MERDEKA! MERDEKA!

>> Aug 31, 2009


MERDEKA!! MERDEKA!

Kedengaran laungan kemerdekaan di ungkapkan berkali-kali dengan penuh semangat di serata tempat, kejiranan, kampung, daerah, bandar, negeri dan ibukota. Negara kini menyambut kemerdekaan yang ke-52 dengan tema 1 Malaysia.. "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan". Lumrah bagi negara kita menyambut kemerdekaan setiap tahun. Tidak mengira bangsa, agama, keturunan dan kulit semuanya berteriak takala jam menunjukkan tepat ke angka 12 malam. Kuala Lumpur sebagai ibukota adalah tempat paling meriah menyambut hari Merdeka. Sifat 1 malaysia dapat kita lihat pada malam kemerdekaan sekitar ibukota. Semangat menyambut kemerdekaan di war-warkan sepanjang jalan oleh pelesit rempit, rauman motosikal mereka menandakan betapa bangganya mereka menjadi anak merdeka. Jalan P Ramlee, Heritage Row, Bukit Bintang, Bangsar, Jalan Ampang, Jalan Pinang & Jalan Sultan Ismail menyaksikan pesta kemerdekaan di sambut dengan kemewahan. Laungan dan jeritan kemerdekaan di sambut sambil tangan memegang minuman-minuman kemerdekaan. Sambil tangan di pinggang gadis sunti, kepala di hayun dan jari telunjuk menunjukkan anak bulan ramadhan. Kelompok punk, shuffle, mat rempit junior berbasikal berlari-lari sambil mengibarkan jalur gemilang sebagai tanda mereka juga tidak lupakan hari kemerdekaan. Rasanya pemimpin negara terpaksalah bersyukur kerana mereka juga masih mengingati hari kemerdekaan walaupun tanpa sebarang erti sebenar dan tanpa asal usulnya.

Kemana anda di malam Merdeka??
Apa pengorbanan anda untuk hari kemerdekaan? Aku sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang sukakan basikal dan keamanan hanya pulang kekampung sempena hari kemerdekaan. Sebagai menghargai erti kemerdekaan negara kita aku memilih pulang kekampung dengan hasil usaha negara kita mencipta lambang kemerdekaan negaranya sendiri...... hanya ini yang aku mampu.... untuk mu Malaysia..... ku...........

Jika anda rasa tidak cukup wang... belilah barangan buatan Malaysia :p

Read more...

Kisah Ramadhan 2

>> Aug 29, 2009

Sudah masuk 6 hari wife & family mak mertua aku berulang-alik ke hospital Putrajaya dan sudah seminggu juga aku berbuka puasa bersama Si celomok. Bapa mertua terpaksa di tahan di wad hospital Putrajaya kerana masalah paru-paru. Alhamdulillah kesihatannya sudah beransur pulih. Subuh sebelumnya kami bersahur bersamanya di Kampung Baru.. pekena bubur nasi.... keesokannya beliau di masukkan ke hospital Putrajaya. Tengahari tadi baru beliau dapat pulang ke rumah... Syukurlah.....

Read more...

Cycling Malaysia

>> Aug 23, 2009

Welcome to the 1st issue of cycling Malaysia.. hahaa.. made in Malaysia nie... last friday ronda-ronda kat Alamanda... singgah sat kedai mamak area food court tu jumpalah majalah nie. Niat nak beli majalah Anjung ataupun revolution.. tapi bila nampak yang nie terus beli. Harga sedikit mahal rasanya RM7.90 berbanding isi dalamnya.. tapi consider paling murah berbanding magazine2 MTB/Cycling yang di import. Nak tahu isi dalamnya? kenalah beli sendiri.. huhuu.. Dengar cerita pas nie menyusul plak Cycling Asia.. 1 lagi majalah yang beroperasi di Malaysia... tunggu!!!

Read more...

Si Celomok... Update?

Sekian lama tak update pasal si Celomok nie.. Baru-baru nie masa aku menyertai PCC ride kat Broga si Celomok dan mama dia berkunjung ke rumah Arfan/Alya di Ampang. Tujuan mereka ke sana nak bawak budak-budak mandi kolam. Pagi sebelumnya d'raispham (family mak mertua) ada buat acara gotong-royong membersihkan kubur arwah atuk & ahli keluarga mereka. Jadi sesekali dapat berkumpul mereka menyambung aktiviti sehingga malam. Maklumlah bila si Celomok dah jumpa kawan-kawan sebaya macam-macamlah perkara terjadi. Entah macam mana dia telah terjatuh dari katil bilik mainan Alya/Arfan. Bila balik rumah dia tunjuk kesan macam darah beku kat kepala dia. Uish!! besarnya tanda... lebam sikit... dengar cerita nasib baik bilik tu di penuhi karpet. Kalau tak mesti lagi teruk.. ish.. ish.. bahaya sungguh.

future & former president?

dah macam bekas presiden USSR.. Mikhail Gorbachev..


Satu lagi tabiat terkini si Celomok yang agak kelakar ialah bila setiap kali nak tidur dia mesti mencari stokin busuknya. Biasanya budak-budak sukakan bantal busuk, tapi dia lain sikit sebab suka stokin busuk... hahaaa.. Dia cuma suka pakai sebelah aje.. puas sorok tapi dia tetap cari dan mintak kalau nak tidur.

baru boleh tidur nyenyak

inilah stokin ajaib.. muahaaahaa..

Read more...

Selamat Datang Ramadhan...

>> Aug 22, 2009


FADHILAT PUASA RAMADHAN

Puasa pada bulan Ramadhan difardhukan kepada setiap individu Muslim dan Muslimah yang telah 'aqil baligh dan ketiadaan uzur syar'i. Uzur puasa seperti sakit dan dalam perjalanan (musafir) sejauh 91km. atau lebih. Orang yang uzur boleh meninggalkan puasanya. tetapi wajib mengqadhanya pada hari dan bulan yang lain.

Puasa Ramadhan adalah menjadi salah satu rukun Islam yang kelima. Pahala melakukannya tersangat besar, sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dalam keadaan beriman dan kerana menuntutkan keredhaan Allah s.w.t., nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (Rujuk: Al-Targhib II:206)

Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.: "Setiap amanalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah s.w.t. (maksudnya) :" Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku" Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)


p/s : Jadikan Ramadhan ini Al-Mubarak... bukan Al-Murtabak.. :p


Read more...

Siapalah yang MC hari nie??

>> Aug 20, 2009

Tarikh : 19 Ogos 2009
Masa Takung : 9.00pm (Maulana Bosnia, Serdang)
Tayar Golek : 9.30pm
Jarak Kayuhan : 30km
Jumlah Peserta : 14 Pelumba Amatur

1M1MTB (1 Malaysian 1 Mountain Bike) merupakan kayuhan kategori santai yang di anjurkan setiap hari rabu malam bagi menghilangkan stress pertengahan minggu. 1M1MTB hanya sekadar kategori kayuhan amatur dan di beri nama sebegitu rupa hanya sekadar suka-suka & spontan. Tidak melibatkan sebarang pakatan jahat mahupun berunsur politik. Kebanyakan basikalis yang menyertai kayuhan ini terdiri dari pelanggan regular kedai Sambike Serdang. Bermula dari perkenalan ringkas di kedai sehinggalah berkayuh dan bertukar-tukar ilmu basikal bersama-sama. Idea asal dicetuskan beberapa orang basikalis yang memulakan kayuhan di sekitar Bangi. Namun mungkin persekitaran Bangi yang sibuk dan padat memberikan sedikit masalah untuk basikalis berkayuh. Lebih-lebih lagi jika jumlah basikalis bertambah ramai. Mungkin laluan sekarang lebih sesuai kerana kurangnya kenderaan berenjin dan faktor udara yang sedikit nyaman.

Alhamdulillah... Minggu ini cuaca amat mengizinkan untuk meneruskan kayuhan 1M1MTB dan rakan-rakan yang datang pun ramai. Terima kasih kepada Abg Lan & Bro Adi (Bangi), Abg Sam & Bro Faizal (Kajang), A.L.O.N.G (Hulu Langat), Red Payed (Equine), Gt-Nik & Yeti-K (PUJMAC), Doktor Farhan & Doktor Ismadi? (UPM), Nasir (Sambike), Bro Ken & Bro Sharul (Beskal.com) atas sokongan anda semua.

Seperti biasa memulakan kayuhan dari Maulana Seri Kembangan (flat Bosnia) dan seterusnya melalui Jalan Raya 2 - Fakulti Kejuruteraan - Persiaran Masjid - Bukit Expo (Mardi) - Hospital Serdang - Marriot Resort - Lebuhraya lembah Klang selatan - Persiaran Persekutuan (Wetlands) - Presint 1 - Persiaran Timur (Alamanda) - Persiaran Utara - Lebuhraya lembah Klang selatan dan kembali semula di hadapan Hospital Serdang. Dari sini kayuhan kembali melalui Bukit Expo dan berhenti berfoto di hadapan pintu masuk Mardi. Kayuhan 30km berjaya di laksanakan dengan kerjasama penuh semua basikalis.

p/s : Kenda Nevegal (Nevergagal) tolonglah jangan pakai tayar nie........ on road..... jahanaaaaaammmmmmm!!!
p/ss : Thankingyuuuu Enche Payed kerana sudi kasi lenjang itu road bike..
p/sss : After Raya... "Ride pecah lemak" 2 in 1 Ride (2 Days 1 Ride) Starting from Maulana (same as 1M1MTB ride route) campoq bila sampai Taman Botani terus menghala ke Dataran Masjid. Then terus menuju ke Istana Kehakiman (same as Keliwon Nite Ride route) campoq bila sampai Alamanda area pakat terus keluaq melalui Persiaran Utara. Balik terus melalui depan Hospital Serdang........... over 60km +++.... Siapa Brannnn????

route

Foto ihsan Bro Ken : http://beskal.com/

Foto dari haitsan

Read more...

Ride rabu... Last Kopek?

>> Aug 17, 2009


TARIKH : 19 OGOS 2009
WAKTU TAKUNG : 9.00 MALAM
LOKASI TAKUNG : MAULANA, BOSNIA - SERDANG
TAYAR GOLEK : 9.30 MALAM
JARAK GOLEK : 22-25KM



P/S: SESIAPA YANG NAK JOIN ECC 1ST NITE RIDE JAMBOREE, MELAKA OKTOBER NANTI... BOLEH REGISTER NAMA PADA MALAM 1M1MTB NITE RIDE BERLANGSUNG. BORANG AKAN DISEDIAKAN..... RIDE MINGGU INI JUGA BERGANTUNG KEPADA CUACA... HARAP MAKLUM........


Read more...

Big Day?

>> Aug 16, 2009

Date : 16 August 09
Time : 6.30am-4.00pm
Location : Nothingham University, Broga
Total Distance : 68km (full check point)
My Distance : 31km included chicken run.. muahahaaa...

Hari ini join PCC Nexus Presidential Ride buat kali pertama. Thanks to Rizal (redzdrake) coz sudi menumpangkan aku dengan keretanya... duit minyak pun tak kasi lagi.. huhuu.. Seawal jam 5.30am aku dah bangun dengan penuh semangat dan mempersiapkan diri serta checklist apa yang perlu di bawa. Selesai solat subuh dan buat susu si Celomok aku pun lepak kat Maulana bawah rumah pekena teh tarik sambil menunggu Rizal dan rakan-rakan lain. Lebih kurang jam 7.30am baru kami sampai di Nothingham University, Broga. Perghhh!! begitu ramai manusia dengan pelbagai jenis basikal join ride kali ini. Dengarnya lebih kurang 1000 ++ orang. Hajat di hati ingat menamatkan kayuhan di checkpoint 2... tetapi tiba-tiba malaslah pulak.. lagi pun rakan-rakan lain semua dah nak keluar bila tiba di checkpoint 1. Mungkin disebabkan cuaca yang panas membuatkan ramai yang keluar lebih awal. (alasan.. hahaa..) Aku pun tak dapat ambik gambar kali nie kerana kamera aku rosak... hanya boleh guna waktu malam aje itu kamera.. huhu...

foto ceduk dari bro Tomi

Stage 1 = 21km + Highest Altitude = 108m
Stage 2 = 19km + Highest Altitude = 222m
Stage 3 = 9km + Highest Altitude = 128m
Stage 4 = 17km + Highest Altitude = 236m

Ride pasport 0824

Foto di bawah adalah foto-foto copy paste dari
facebook & blog rider-rider lain.. kasihanilah saya.. kamera saya rosak...huhuu
Harap halalkan dunia akhirat... Terima Kasih... :p
Gambar sekitar trailhead.. entiti yang di circle merah adalah aku...



Read more...

PCC ride.... Broga........

PCC ride.. Bersedia atau tidakkkkk... Kayuh saja trail ituuuuuueeeeeeeee........

Sekian lama tidak mengikuti kayuhan berkonsepkan jamboree kerana faktor masa dan lokasi aku mengambil peluang untuk tidak ketinggalan menyertai PCC Nexus Precedential Ride tahun ini. Fuji Tahoe pun sedikit berwajah baru dengan seat clamp KCNC, Skewer quickrelease KCNC, Jockey pulley (bling-bling), Shifter cable, Azonic saddle dan sepasang tayar cap Kenda Nevegal. Dengan harapan kesemua stage dapat di takluk... wakaaaakaaa....

nie ler barang-barang dari goodies bag

Read more...

Keliwon nak buat tshirt?

>> Aug 14, 2009

Rabu lepas tak dapat kayuh 1M1MTB ride kat Serdang sebab hujan.. depa dok lepak kat Azwath ja sambil borak-borak pasal basikal, basikal dan basikal. Tercetus pulak idea depa nak buat tshirt... ini saya try buat cuba test design tshirt yang depa maksudkan... tengok-tengoklah.....

Front View Otak Kecik
Back View
Front View

Sebelum terlupa.. "Keliwon Nite Ride" malam ini "ON"... cuma saya tak dapat join coz mak mertua buat kenduri sambut Ramadhan.... Info ride boleh hubungi Enche Fariedz 0122856595 atau Enche Sam 0126662317.... selamat berkayuh :)

Read more...

Read more...

URGENT! APA ITU H1N1?

>> Aug 12, 2009

Dunia di kejutkan dengan tersebarnya virus H1N1 kebelakangan ini. Tetapi apa tindakan kita setelah hampir setiap hari kematian di laporkan di seluruh dunia. Paling menakutkan negara kita sendiri sedang berperang dengan virus ini dengan jumlah kematian yang semakin meningkat. Perlukah kita bertopeng sepanjang berada di luar rumah? Semasa mengayuh basikal?

Viral novel Influenza type A H1N1. Ianya berasal dari virus 'Avian Flu' (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi@khinzir dan telah bergabung dengan 'Swine Flu' (yang sepatutnya hanya menjangkiti babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri didalam 'perumah' yg lebih tinggi di dalam rantaian makanan @ manusia dan semasa di dalam badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air born' dan menjangkiti dari manusia kepada manusia.

JANGKA HAYAT VIRUS

Oleh kerana ia adalah virus yang 'air born', ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. Jika selepas tempoh tersebut ia idak mendapat perumah@host (badan manusia), ia akan mati.

Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan 'air ventilation' yg baik, akan 'bersih' dari virus tersebut.

SERANGAN PENGGANAS H1N1

APA YANG PERLU ANDA TAHU?

ASAL VIRUS INI :
Sebenarnya telah terdapat 'outbreak' di US sebelum terjadi 'outbreak' di Mexico tetapi tidak dilapurkan kpd WHO. Kemungkinan outbreak ini telah dikesan dan USA mahu 'baling batu sembunyi tangan' lalu tercetuslah 'outbreak' di Mexico.

VIROLOGI VIRUS H1N1

'Incubation Period' yang singkat pada purata 2 hari dengan julat 1-4 hari ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkiti pesakit. Pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkiti paling cepat dan selewat-lewatnya hari ke-4. H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kepada pesakit yang berisiko, ia dapat membunuh. Jika pesakit adalah seorang yg normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.

CARA SERANGAN

Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan. Virus ini akan menyerang sistem pernafasan (seperti selsema burung dan SARS) peringkat awal, ia hanya pada 'trakea' jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru-paru dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse'. Ia amat merbahaya kepada golongan yg berisiko tinggi

SIAPA YANG BERISIKO?

1. Orang yang bermasalah 'obesiti'@gemuk.
2. Perempuan yang mengandung.
3 .Orang yang ada Astmatic. (Lelah)
4. Orang yang bermasalah dengan sistem imunisasi (menjalani 'operation yg besar', kanak-kanak yang belum cukup suntikan imunisasi, golongan yang rendah tahap imuniti eg. HIV) Ext.
* Kematian yang telah dilaporkan terdiri daripada golongan-golongan di atas.


SIMPTOM-SIMPTOM

Hari 1 - Rasa kurang sihat, tak bermaya.
Hari 2 - Selsema, batuk dan demam yang kekal (demam tidak turun walaupun telah makan ubat demam)
Hari 3 - Rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas.
Hari 4 - Sakit dada yg teruk. Jumpa doktor dengan segera.
Hari 5 dan seterusnya - lung collapse@koma.


LANGKAH-LANGKAH KAWALAN

1. Golongan-golongan yang berisiko, elakkan daripada kesesakan (kawasan yang padat dengan orang ramai)

2. Menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dengan betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran.

3. Elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat'

4. Jika kurang sihat, elakkan diri dari beraktiviti (sosial dan berkumpulan)

5. Jika kurang sihat dan ada ILI (influenza light illness@selsema biasa) jangan hadirkan diri di kawasan orang ramai. Jika terpaksa, pakai 'mask' (sekurang-kurangnya 3 ply mask)

6. Untuk orang yang sihat, elakkan dari kawasan yang padat.

7. Jika ada tanda-tanda simptom di atas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan.

8. Jika sihat, jangan ke hospital atau klinik untuk 'checkup' kerana di kawasan tersebut mengandungi banyak virus.

9. Tak perlu ambil anti-viral@apa-apa ubat influenza. Jika sihat dan mengambilnya, akan mengakibatkan resistant kepada vaksin@ubat-ubat untuk merawat jika terkena jangkitan. Ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yang telah mengambil ubat-ubat tersebut terlebih awal.

10. Vaksin (penawar) hanya akan 'wujud' seawal-awalnya pada Oktober dan hanya untuk 'frontliner' sahaja dan untuk awam selewat-lewatnya pada 2010.

11. Untuk makluman, 'influenza test' hanya dijalankan di 2 makmal sahaja di Malaysia. Mengambil masa 6 jam untuk run test kepada 1 'batch sample'. Jika klinik menyatakan mereka boleh jalankan ujian, itu tidak betul. Tak perlu ambil suntikan 'seasonal 'influenza' kerana ia tidak berkaitan.

12. Tahap kesedaran dan pengetahuan yang tinggi amat perlu untuk kita sama-sama menghadapi 'outbreak' ini. Sama-samalah kita berdoa kepada Allah S.W.T. agar bala ini cepat berlalu. Amin.

Keterangan lanjut : http://h1n1.moh.gov.my/

Read more...

Don't Panic... Let's Picnic

>> Aug 10, 2009

Tarikh : 9 Ogos 2009
Masa : 7.30am - 5.00pm
Lokasi : Bukit Cermin, Putra Height

Ahad tadi berlangsungnya Bukit Cermin DH Challenge edisi ke-4. Atas tiket nama ROP aku dan rakan-rakan sukarela RM30.00 telah menjadi race crew buat kali ke-3. Kesempatan hujung minggu ini juga kami selitkan dengan ber-picnic di Bukit Cermin sambil tangan memegang wisel. Terima kasih kepada Lydia selaku tukang masak untuk kali ini....

Gambar di bawah = gambar race
Gambar-gambar picnic
Surfing?

Makan-makan

Scha-doot 3 x tambah nasi?

abg. JPA cover line atas motor...

Ish! ini geng Tapak Hijo nie... apsal dapat makan gak? hahaaa...

Jutaan terima kasih kepada Geng AMPG yang di ketuai Bro Yan Durango kerana sudi membazirkan masa bersama kami di sini. Terima Kasih juga kepada BC Riders dan organiser kerana mempercayai kami. ROP & gang will not stop supporting u guys! BCDC Rock!

Read more...

Arah mana? cari bukit?

Tarikh : 7 Ogos 2009
Masa : 9.30pm
Lokasi : Istana Kehakiman
Basikalis : 18 orang
Jarak Kayuhan : 20km


Laluan baru? (map bawah)

Alhamdulillah minggu ini seramai 18 orang rakan-rakan menyertai "Keliwon Nite Ride" yang merupakan kayuhan bersekutu pelanggan-pelanggan tetap kedai Sambike dan kenalan lain. Seperti biasa memulakan kayuhan dari Istana Kehakiman dan terus menuju ke susur masuk Lebuhraya Wadi Ehsan melintasi bangunan KBS dan melalui Jambatan Sri setia. Beberapa km kemudian melintasi belakang bangunan Alamanda dan melalui kawasan berbukit sekitar Presint 16. Setibanya di Lebuh Perdana Selatan kami membelok kekiri menuju ke Lebuh Ehsan dan melintasi Jambatan Seri Bestari. Beberapa meter kemudian kami mendaki naik laluan ke Wisma Putra yang terletak di puncak tertinggi Taman Wawasan. Selesai berehat kami menuruni semula laluan tadi dan menuju ke Presint 18. Dari sini kami meneruskan perjalanan menuju ke Bangunan Kementerian Asas Tani dan melalui Persiaran Barat (lawan arus). Berhenti seketika untuk berfoto beramai-ramai sekitar Pinggiran Tasik dan berfoto lagi di atas Jambatan Seri Bestari. Seterusnya berkayuh terus melalui Lebuh Sentosa yang menemukan kami ke Persiaran Barat melintasi Presint 7 dan Presint 8. Melalui tapak pasar tani, Lebuh Ehsan dan kembali ke Dataran Putrajaya (POJ) Terima Kasih kepada semua yang hadir.... :-)




video
50km sejam....

Read more...

WEEKLY RIDE

>> Aug 6, 2009

Date : 5/8/2009
Time : 9.30pm
Location : Serdang, Selangor
Ride Distance : 24km

Kelmarin 4 basikalis sepakat mengayuh dari Maulana (Bosnia) - Jalan Raya 2 - Fakulti Kejuruteraan - Persiaran Masjid - Bukit Expo (Mardi) - Hospital Serdang - Marriot Resort - Wetlands sejauh 24km dengan persekitaran kolej dan kegelapan malam. Antara basikalis yang hadir ialah Along (jersi baru yang serap peluh), Faizal tbolt, Bro Sam (raja bukit sakit perut) dan haitsan. Minggu ini kami mencuba laluan kiri iaitu melalui pintu utama hospital Serdang. Kemudian berpatah balik melalui jejantas pejalan kaki dan penunggang motosikal. Bertujuan menambahkan lagi kilometer dan mencari seberapa banyak bukit yang akan di lalui di lain hari.

Read more...
Blog Widget by LinkWithin

KELIWON JC MURAH?

KELIWON JC MURAH?

NAK PINDAH RUMAH? CARI LORI?

NAK PINDAH RUMAH? CARI LORI?
0123113473 - MAZLAN

Rider Down!


  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP