KISAH KAKI?

>> Jan 31, 2010

Rabu lalu sepasang kaki bekerja keras menekan minyak dan brek sebuah kereta Myvi dari Putrajaya ke arah Serdang. Sampai ke destinasi sepasang kaki melepak di Restoran Azwath Serdang sambil melihat kaki-kaki yang lain dan menonton warta berita yang berkisar perihal lain-lain kaki. Tidak lama kemudian muncul sepasang lagi kaki dan mereka mula bercerita sesama sendiri. Beberapa detik kemudian muncul pula sepasang kaki yang lebih tinggi dari jajahan Cheras. Kemudian sepasang lagi kaki tidak berbulu muncul dan di ikuti sepasang kaki yang baru pulang dari mendaki gunung. Di datangi pula 2 pasang kaki suami isteri yang agak jarang bertakung setiap hari rabu di sini.. ini magik! Asyik tuduh menuduh tiba-tiba kaki mula terasa titis-titis hujan malam mula di rasai. Hujan mulai turun dan 7 pasang kaki tadi mula berlari mencari tempat teduh. Kelibat kaki-kaki lain juga sudah tiba dan beberapa pasang lagi mula berteduh sekitar kedai runcit kaki dari Acheh. Nampaknya hujan semakin lebat, kelihatan beberapa kaki lalu lalang sambil berpayung. Mungkin acara minggu ini juga sama seperti minggu lalu, terpaksa bermula lewat. Tapi tidak mungkin kerana ini minggu kerja dan jika hujan berlarutan terpaksalah kaki-kaki semua menuju terus ke gerai Char Keow Tiaw. Kemudian beberapa pasang kaki sudah mula menuju ke kenderaan masing-masing dan mula mengeluar dan menurunkan jentera sukan kaki masing-masing. Hujan mulai reda.. cuma tinggal hujan-hujan nipis.. renyai... Kayuhan kaki-kaki pun bermula dengan kekuatan anggota kaki 17 pasang. Selesai beberapa kilometer berkayuh kaki-kaki pun bersantai sekitar pintu utama Mardi sambil berfoto dan di datangi sepasang lagi kaki yang kononnya berkayuh dari rumahnya di Puchong. Genaplah 18 pasang kaki malam itu dan mengakhiri kayuhan dengan penuh ceria... namun gerai Char Keow Tiaw tutup pada malam itu... kesian kaki......


p/s : Kaki kaki semua adalah kaki kayuh... basikal...... Happy Wilayah Day! cheh!!

Read more...

CHAR KEOW TEOW RIDE?

>> Jan 26, 2010

DATE : 2010 JaN 27
MeeT : 9PM
Ride : 9.30PM
CHAR : 12.00AM
RV : AZWATH FLAT BosniA

Read more...

Katak panggil hujan?

>> Jan 25, 2010


Tarikh : 22 January 2010
Masa : 10.40pm-1.00am
Lokasi : Presint Diplomatik, Putrajaya
Jarak kayuhan : 22km
Jumlah Pelumba : 30 orang


Sejak dari petang hujan mulai turun dengan lebatnya di selang seli dengan bunyi guruh, kilat dan petir. Ada di antaranya sanggup meredah hujan semata-mata mahu pulang ke rumah awal. Biar basah kuyup ketika menunggang motosikal, biar terpaksa bersesak-sesak memandu kereta semata-mata tidak mahu ketinggalan "Keliwon Nite Ride" malam nanti. Namun semua terpaksa akur sehingga jam 9.00 malam hujan masih lagi belum reda. Ada yang asyik mengintai di tingkap rumah, ada yang mundar mandir di dalam rumah, ada yang berdoa ketika solat, ada yang bergegas keluar biarpun hujan masih lebat, ada yang sudah sampai di lokasi takung sekitar 8.00 malam dan ada yang asyik sms dan telefon sana sini. Mengikut info dari Along Daud yang sejak dari awal berada di Putrajaya, masih lagi hujan di sana dan beliau manyatakan jika hujan berlarutan sehingga jam 9.00 malam beliau juga akan melangkah pulang. Mesej itu jugalah yang di sebarkan kepada rakan-rakan lain. Aku juga terpaksa akur dengan keadaan cuaca dan tidak dapat keluar rumah memandangkan tiada kenderaan dan sepatutnya hanya berkayuh dari rumah ke Presint Diplomatik. Pada mulanya Payed juga telah menyatakan hasrat malasnya berkayuh malam ini dan memang tipislah lagi harapan aku untuk ke Presint Diplomatik. Namun satu persatu sms masuk dari rakan-rakan basikalis yang mulai berkumpul di sana. Setelah di pujuk rayu dengan teknik kail tangsi ke-2 Payed akhirnya bersetuju menyertai kayuhan malam ini. Secara automatiknya juga aku ada kenderaan ke sana.. hikhikk.. Kami sampai sekitar jam 10.00 malam dan kelihatan kelibat Ken beskal.com, Bro Sam Tabligh, Limang, Daniel, Sivan, Pejal Puji, Along Daud, Mus, Kaylah, Bro Zack dan paling mengejutkan kami Sharizman a.k.a cupin juga telah berada di sana. :p

Hati hanya mampu berkata "perghh!! lain macam dorang nie, giler punya ketagih" Tidak lama kemudian beberapa orang lagi basikalis lain sampai dan kelibat Abg Lan, Adi dan Bro Khalid juga di kesan, namun mereka tidak mengikuti kayuhan malam ini kerana masing-masing datang dengan pakaian yang sungguh bergaya. Tidak lama kemudian muncul pula Geng Langat yang di kepalai Bro Wan. Akhirnya kami semua dapat juga meneruskan "Keliwon Nite Ride" walaupun tidak melalui laluan cadangan atas faktor keselamatan. Kali ini Bro Wan Merida selaku kepala kayuh membawa kami menyusuri laluan biasa sekitar Putrajaya. Rasa Terima Kasih kepada para basikalis yang sudi menyertai "Keliwon Nite Ride" minggu ini walaupun keadaan cuaca tidak mengizinkan. Terima Kasih kepada rakan-rakan yang di bawa khas oleh Enche Cupin dan kita jumpa lagi di kayuhan PCM minggu ini. Adios!

Read more...

Warna Warni 1M1MTB

>> Jan 24, 2010

Date : 20 Jan. 2010
Time : 9pm
Rv : Azwath Flat Bosnia
Distance : 20km (it's the CLIMB)

Read more...

Keliwon Latest Route?

>> Jan 22, 2010

Demi masa.. laluan malam ini terpaksa di ubah sedikit bagi memastikan semua rakan basikalis merasai keseronokan "Keliwon Nite Ride" dan bergerak dengan jarak yang tidak terlalu jauh antara satu sama lain. Setiap tanda larangan merokok merupakan HENTI untuk re-group semula. Terima Kasih.. Jumpa malam!

Read more...

GPS: 2.56'43"N 101.43'23"E

>> Jan 20, 2010

Cadangan hala tuju para basikalis
Peta lokasi takung sekitar Presint Diplomatik
Info ringkas "Keliwon Nite Ride" 22 Jan. 2010

STOP 1 - Sekitar Jambatan Wawasan menuju ke PICC
STOP 2 - Sekitar flight over gelap
STOP 3 - Puncak Pencawang
STOP 4 - Sekitar Taman Impian
STOP 5 - Bulatan/Perantau

** Kayuhan bergantung kepada keadaan cuaca, masa & ketahanan para basikalis. Semuanya akan berubah mengikut keadaan pada waktu itu. Sila bawa bekalan air lebih, lampu yang cukup terang dan muka yang tidak terlalu ketat... Jumpa nanti!

Read more...

GPS: N 3.02100 E 101.71159

>> Jan 18, 2010

Read more...

WEEKLY RIDE

Tarikh : 13 Jan. 10
Masa : 9pm-11.30pm
Lokasi : Serdang (UPM)
Pelumba : 9 orang

(foto ihsan dari telefon tangan Cupin)

1M1MTB Serdang-UPM berjalan lancar seperti biasa. Kali ini hala tuju sedikit berubah kerana mulai tahun baru pihak keselamatan UPM sudah menukar laluan masuk ke kolej kediaman. Kali ini kami mengubah sedikit adab kayuhan bagi mencari seberapa banyak bukit untuk sesi kayuhan kali ini. Dari lampu isyarat Masjid UPM kami menuju ke Lebuh Silikon dan di sambut dengan anak-anak bukit yang sememangnya laluan ini sejuk dan menyegarkan kerana terdapat pepohon rimbun sekitar laluan. Di tambah pula wujudnya jirat cina disebelah kanan kami menambahkan lagi kesejukan malam.. hik! Seperti kebiasaanya melayan bukit kembar dan kali ini di tambah dengan 1 lagi bukit melalui pondok pengawal. Kemudian kami melalui Persiaran Maklumat dan melayan bukit sekitar stadium UPM. Selepas berehat seketika berpatah balik menuju ke Persiaran Satelit yang menyajikan sedikit dakian dengan suasana gelap sambil memerhatikan ERL bergerak pantas. Dari sini kami terpaksa mengangkat basikal untuk menuju ke Bukit Expo. Bergerak melalui bukit Expo dan berpatah balik sehinggalah kami berhenti rehat sekitar pintu masuk utama Mardi. Setelah mendengar penerangan dari Cik Da bagaimana mahu menghilangkan perut dan membina otot perut kami beredar menuju ke pendakian terakhir sekitar fakulti bahasa. Kayuhan di tamatkan seperti biasa dengan acara "Yum Cha & Char Kuew Tiow"....


Tarikh : 15 Jan. 10
Masa : 9pm-12.00pm
Lokasi : Presint Diplomatik-Limau Manis-Sg. Merab
Pelumba : 25 orang

Alhamdulillah, kayuhan kali pertama "Keliwon Nite Ride" dari Presint Diplomatik telah berjalan lancar dan di sertai ramai rakan-rakan basikalis termasuklah Geng Langat yang sememangnya telah bertakung lama di sini. Hari ini saya terpaksa berkayuh dari rumah kerana isteri menggunakan kereta. Selesai sesi suai kenal dan ramai yang sesat jalan telah tiba kami pun memulakan kayuhan. Ketika masing-masing mula mencari rentak kayuhan basikal Fuji Bro Sam tabligh mengalami rantai putus dan Along Daud selaku kembar Fujinya bertindak sebagai "pomen" mengantikan tempat Sam Nasir. Dari Presint Diplomatik kami menuju ke Lebuh Selatan sehinggalah ke susur keluar arah Kajang. Setibanya memasuki susur keluar kami telah di sambut dengan pendakian.. pendakian.. dan pendakian sekitar Kampung Limau Manis. Pada mulanya saya berada di depan bagi memandu arah dan kemudiannya terpaksa menunggu salah seorang basikalis yang berada jauh di belakang. Rakan-rakan lain telah bergerak terus dan hanya berhenti sekitar Sg. Merab. Hampir setengah jam menunggu namun basikalis itu masih belum muncul juga. Kebetulan telefon tangan saya pula kehabisan bateri. Saya berpatah balik beberapa kilometer mencari beliau namun masih tidak menjumpainya. Beliau kali pertama menyertai kami dan laluan kali ini memang tidak di ketahuinya. Setelah lama menunggu saya meneruskan kayuhan dan bertemu semula rakan-rakan lain sekitar Sg Merab dan mengarahkan rakannya menghubungi beliau. Namun dari awal lagi telefon tangannya berada di dalam poket rakannya itu. Rakannya bertindak berpatah balik dan masih tidak menemuinya. Seterusnya kami bergerak terus menuju ke Presint Diplomatik melalui Sg. Merab dan mengakhiri kayuhan dengan mendaki hingga ke puncak bukit kediaman diplomat Iraq (info dari Abg Mat). Jutaan TERIMA KASIH kepada rakan-rakan basikalis yang turut serta kali ini dan kita jumpa di "Keliwon Nite Ride" akan datang dengan sedikit transformasi.... InsyaAllah....

Read more...

KHASIAT PISANG JAMBOREE?

>> Jan 17, 2010


Perhatian:

Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah , yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu . Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda .

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek . Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil . Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari . Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh .

Stress:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh . Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku The New England Journal of Medicine, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah .
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor.

PS: Kesimpulannya, pisang adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!


KEPADA RAKAN-RAKAN BASIKALIS DI LUAR SANA YANG INGIN MEMBELI PISANG SEGAR UNTUK TUJUAN JAMBOREE/HASH BOLEHLAH HUBUNGI 0123113473 (Mazlan Rani)


Read more...

KELIWON WEEKLY RIDE

>> Jan 14, 2010



LOKASI TAKUNG TELAH BERUBAH DI SEKITAR PRESINT DIPLOMATIK.
ANDA BOLEHLAH PARKIR SEKITAR PASARAYA MYDIN, ANI SUP UTARA, RESTORAN HAJI TAPAH, RESTORAN IEDAH ULAM, RESTORAN MAHEEDMIYAH, BANGUNAN UMNO PUTRAJAYA, SECRET RECIPE DAN KAWASAN SEKITARNYA. JIKA TIADA KESILAPAN INILAH KOORDINATNYA : 2°56'43"N 101°43'23"E .
SILA BAWA AIR LEBIH DAN LAMPU YANG CUKUP TERANG! JIKA ANDA MEROKOK SILA BAWA ROKOK LEBIH JUGA.....

Read more...

SOALAN BULANAN?

Soalan Bulanan : Berikan nama penuh basikalis gunung di bawah?

Jawapan yang tepat akan menerima 2 kilo santan segar.. :p

Read more...

TOURING LAH PULOK

>> Jan 11, 2010

Read more...

WEEKLY RIDE

Read more...

Serdang - Putrajaya

>> Jan 7, 2010

DATE : 8 JAN 2010
MEET TIME : 9PM
RIDE TIME : 9.30PM
MEET POINT : MAULANA/AZWATH FLAT BOSNIA
N 3.02100
E 101.71159

Read more...

Melaka Trip

>> Jan 6, 2010

Negeri Melaka sememangnya dikenali sebagai salah sebuah destinasi pelancongan yang terunggul di Malaysia dengan keunikan warisan budayanya yang tersendiri, tempat-tempat bersejarah untuk dilawati dan pastinya makanannya yang begitu enak dan unik sekali. Slogan Melaka “Melawat Melaka Bersejarah Bererti Melawat Malaysia” secara ringkas sudah dapat memberi gambaran apa yang dapat disajikan kepada pelancong oleh penduduk berbilang kaum di sini. Kelainan ini meletakkan Negeri Melaka sebagai salah sebuah destinasi pelancong yang terbilang di Rantau Asia. Pada 7 Julai 2008, Melaka juga telah diikhtiraf oleh UNESCO sebagai sebuah Bandaraya Warisan Dunia dan kini dikenali sebagai "Melaka Bandaraya Warisan Dunia UNESCO". Ini disokong dengan 12 Sub Sektor Pelancongan Negeri Melaka yang terkenal iaitu Pelancongan Sejarah, Pelancongan Budaya, Pelancongan Rekreasi, Pelanconagn Sukan, Pelancongan Membeli-Belah, Pelancongan Konvensyen, Pelancongan kesihatan, Pelancongan Pendidikan, Pelancongan Agro, Pelancongan Makan-Makan, Pelancongan Melaka Rumah Keduaku dan Pelancongan Belia.

Di kesempatan cuti tahun baru 2010 saya sekeluarga berpeluang ke Negeri Melaka. Walaupun beberapa kali sampai ke sini namun inilah kali pertama dapat berjalan kaki sekitar bandar Melaka. Kedudukan hotel yang berada tidak jauh dari kawasan tumpuan pelancong memudahkan pergerakan kami sekeluarga.

Parameschichi Menakluk Melaka

Fort "A Famosa"

Eye On Malaysia, Melaka

Read more...

1M1MTB 2010

>> Jan 4, 2010

DATE : 6 JAN 2010
MEET TIME : 9PM
RIDE TIME : 9.30PM
MEET POINT : MAULANA/AZWATH FLAT BOSNIA
N 3.02100
E 101.71159

p/s : I like to take this opportunity to wish all friends, riders and their immediate family's a very "HAPPY NEW YEAR 2010" RIDE MORE TALK LESS... haitsanalidin

Read more...
Blog Widget by LinkWithin

KELIWON JC MURAH?

KELIWON JC MURAH?

NAK PINDAH RUMAH? CARI LORI?

NAK PINDAH RUMAH? CARI LORI?
0123113473 - MAZLAN

Rider Down!


  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP