>> May 24, 2010

Read more...

BROGA - LENGGENG RIDE! 23 MAY 2010

>> May 20, 2010

Read more...

WEEKLY RIDE!


Read more...

>> May 18, 2010

Read more...

FRIM VS GENG LANGAT!

Tarikh : 16 May 2010
Masa : 8.30am
Lokasi : FRIM, Kepong
Basikalis : 14 Orang

Sms dari Kay ROP mengajak layan XC di PCP, Sham pun ajak layan PCP coz nak test Titusnya, Jazry pun kedengaran nak layan PCP bersama HARO-nya. PujMAC pulak layan FRIM takung di sekitar tokong, manakala Along dan Kaylah call ajak ride Sg. Long bersama Beskal.com. Masa tu belum ada keputusan aku nak kemana minggu nie. Kononnya berserah pada takdir aje, kalau bangun awal boleh ler drive jauh skit.. tapi kalo bangun lewat semestinya PCP menjadi pilihan. Tiba-tiba lewat malam tu Along dan Kaylah ada call bagitau Geng Langat ajak layan FRIM trail. Maklumlah ramai antara mereka kali pertama ke sini dan paling "magik" abg Wan Cina pun turut serta kali ini. Memandangkan singletrail FRIM salah satu dari trail kesukaan aku dan sesuai juga mencuba Folker di sini. Keputusannya FRIM menjadi pilihan dan Folker mampu beraksi di dalam Dreamtrail. Cuma terlupa nak repair rantai dan menyebabkan penukaran gear terganggu (skip beberapa kali).

Read more...

Oi! 50 Basikalis?

Tarikh : 14 May 2010
Masa Takung : 9pm ketika Wong Chun Han buat jumping smash!
Masa Lumba : 9.35pm
Jumlah Basikalis : 50 Pelumba
Jarak Kayuhan : 20km (terpaksa KFC kerana hujan sungguh lebat)
Laluan : Presint Diplomatik-Abu Bakar Baginda-Sg.Merab-Kolam Pancing-Alamanda-Presint Diplomatik

Alhamdulillah, Seramai 50 orang pelumba amatur menyertai kayuhan "Keliwon Nite Ride" minggu ini yang sekaligus telah melebihi jumlah maksimum seramai 30 orang basikalis setiap minggu. Jutaan TERIMA KASIH kepada para basikalis dari PUJMAC kerana memilih "KNRP" sebagai kayuhan mereka minggu ini. Ucapan TERIMA KASIH juga kepada LANGAT CYCLING TEAM yang sememangnya sekutu kayuhan setiap minggu. TERIMA KASIH tidak terhingga juga kepada KEN Beskal.com yang turut mempromosikan kayuhan minggu ini di dalam laman sesawangnya. TERIMA KASIH kepada CYCCO, RepublicOfPuchong, Bro Zulkipli a.k.a Pak Cik Kayo dan rakan-rakan, Pak Din, Bro OneOne, Abg Wan Cina, Bro Nizam (anoi), Dato Lob, Yang Di pertua Mazlan Rani dan rakan-rakan regular "KNRP" yang lain.

Memulakan kayuhan dari Presint Diplomatik sekitar jam 9.35pm menuju ke Kmpg. Abu Bakar Baginda dengan di sambut beberapa pendakian sekitar sampai di Kmpg. Sg. Merab. Kali ini Abg Wan, Bro Nizam dan Sham semak bertindak selaku kepala kayuh (maaf kerana sukahati je bagi arahan). Manakala Mus, Kaylah, Yang Dipertua dan aku sendiri bertindak selaku penyapu di belakang. Setibanya traffic light sekitar Chaiyo panggilan telefon di terima dari Ken yang mengatakan beliau telah tersasar dari laluan cadangan. Manakala kelompok hadapan telah pun sampai CP1 sekitar bulatan Sg. Merab. Beberapa ketika kelompok hadapan terus bergerak menuju CP2 sekitar kolam pancing dan kami berlima terpaksa mengejar mereka kembali dan hanya bertemu 4 basikalis terakhir sekitar 2 bukit terakhir sebelum kolam pancing. Beberapa ketika bersidai di atas bahu jalan kami mula bergerak semula dan tidak lama kemudian hujan mulai turun dengan lebatnya. Di sinilah kami terpaksa berpisah kepada dua kelompok.. kelompok hadapan hanya aku, Bro David, Abg Wan, Bro Nizam, Bro Poey dan sorang lagi rider pujMAC. Manakala rakan basikalis lain mula bergambar di bawah jambatan dan kemudiannya KFC sampai Presint Diplomatik. Kami pula terpaksa melalui Presint 18, Alamanda dan seterusnya Presint Diplomatik sebelum di pertemukan dengan 2 lagi basikalis kelompok KFC yang baru sampai... heheeee...

p/s : Kebanyakan foto dari kamera A'chik yang telah ditukar dengan rokok Dunhill.. TQ bro!!!

Read more...

DIARI AKADEMIK FANTASIKAL
Latihan menjelang HTR Jamboree, Ipoh

Tarikh : 9 May 2010
Lokasi : Taman Cabaran, Putrajaya
Mula Lumba : 8.30am
Latihan berbasikal bagi menempuh HTR Jamboree Ipoh minggu ini berjalan lancar. Hari ahad bersama-sama Kaylah, Nazri, Bro Mat Don, Z, Dom, Sham Semak dan Bro Merida fullsus melayan PCP trail. Kali ini bertemankan Folker yang sememangnya sesuai dengan trail begini. Tapau habis semua teknikal dan berjaya mengemudi naik dan turun kesemua switchback.

Tarikh : 11 May 2010
Lokasi : Puncak Jalil + Bukit Jalil + MEX + Cyberjaya + Pasar Borong + Puncak Jalil
Jarak : 40++km
Mula Lumba : 9.30pm

Buat julung kalinya aku menyertai pujMAC berbasikal dari Puncak Jalil ke arah destinasi tidak ketahuan. Kepala kayuh malam itu adalah orang no.2 di Kulim Jamboree, Bro Rostan yang sememangnya sihat dan kuat bagai sang harimau... heheee... Laluan pilihannya menarik dengan beberapa pendakian menguji mental dan fizikal. Seramai 9 orang basikalis menyertai kayuhan malam itu antaranya Bro Rostan, Bro Burn, Bro Golok, Bro Arash, Bro Poey, Yeti Nik, Yan dan Mr David. Terima kasih semua dan gambar tidak dapat di sertakan kerana terlalu sibuk melayan & memikirkan laluan yang bakal di lalui malam itu. Terima Kasih juga kepada pujMAC chif kerana malam itu telah terjebak membeli sehelai tshirt "KNRP".

Tarikh : 12 May 2010
Lokasi : Serdang
Mula Lumba : 9.30pm

Slogan "Kami masih hidup" menyemarakan lagi sesi kayuhan 1M1MTB minggu ini setelah beberapa minggu seakan ibarat "hidup segan, kayuh tak mahu". Seramai 10 basikalis turut serta kali ini antaranya Bro Zul, Bro Ken Beskal.com, PejalFuji, Fendi, Bro Z, Bro Dom, Sivan, Cik Da, Kaylah dan Ah Chong. Malam ini aku terpaksa mengekori mereka dengan memandu BLM di temani Dinie yang sibuk melihat rakan basikalis sedang mendaki bukit 3 beradik. Paling kelakar masa balik Dinie cakap kat mama dia "Chichi tenok akai mama.. awek tuunnn mama" hahaaa... Terima Kasih rakan basikalis yang masih menghidupkan 1M1MTB rabu dan sekaligus beberapa pinggan Char keow teow laris malam itu.

Read more...

>> May 12, 2010



CADANGAN LALUAN

Read more...

>> May 6, 2010

Read more...

Serangkap Drama

>> May 5, 2010

Menjelang "Ulangtahun PCM ke-2" 30 April 2010....

Sinopsis Drama : Abg. Uda mula mengelap-gelap basikal besinya sejak beberapa hari. Sebelum pergi kerja, balik dari kerja, sebelum makan malam dan sebelum masuk tidur. Maklumlah Abg. Uda sudah 2 minggu tidak berbasikal keliling kota. Lagi pun semenjak basikal besinya berwajah baru Abg. Uda masih belum sempat mencubanya di sebabkan terlalu sibuk dan menyibuk....Akhirnya Abg Uda dapat juga menyertai rakan-rakan lain pusing kota sempena ulangtahun ke-2 "PCM" kali ini. Ramai rakan, kenalan dan buat-buat kenal menyertai acara kali ini. Terima kasih juga kepada Abg. Rudy yang sudi menangkap gambar Abg. Uda dengan kamera canggihnya... Sungguh Bagus! Sungguh Seronok... mmmmm.....

Read more...

Akhirnya....

>> May 1, 2010

Alhamdulillah... Akhirnya berjaya juga menyiapkan 1 lagi projek yang di biayai sepenuhnya oleh diri sendiri. Namun masih ada beberapa bahagian yang masih nampak gonjeng dari lukisan kerja asal. Harap-harap duit jual tin nanti boleh cover Brev M Grip dan tayar Duro pisang plak. Dengan rasminya telah di gayakan pada malam PCM edisi 2 tahun malam Jumaat lepas. Muahahaa... Ini bukan Fixie ya! tapi Green Mix-xie....

Dulu

Kini

Read more...
Blog Widget by LinkWithin

Pyzam Glitter Text Maker

KELIWON JC MURAH?

KELIWON JC MURAH?

NAK PINDAH RUMAH? CARI LORI?

NAK PINDAH RUMAH? CARI LORI?
0123113473 - MAZLAN

Rider Down!


  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP