ANDA MINAT MTB? BARU BERJINAK-JINAK?
>> Jan 20, 2011
Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi di panjangkan umur menyambut tahun baru 2011. Tahun 2010 banyak meninggalkan kenangan suka dan duka kepada saya dan keluarga. Tahun 2011 ini juga begitu berlainan buat kami sekeluarga lebih-lebih lagi ketiadaan 'mak' yang telah kembali ke rahmatullah pada 22 oktober 2010 akibat strok. Impak yang besar kepada anggota keluarga dan saya sungguh tidak sampai hati bila melihat keadaan mak yang terlantar di hospital sambil memegang tasbih di tangannya. Memandang wajahnya sahaja sudah cukup meruntunkan perasaan. Al-Fatihah...
2010 juga perginya seorang rakan basikalis Arwahyarham Aznul Alias (Abg Enul/Blucold) yang merupakan kepala kayuh Republic Of Puchong. Beliau meninggal dunia ketika dalam perjalanan mendaftar Langkawi International MTB Race di Langkawi, seminggu sebelum bulan ramadhan bermula akibat serangan jantung. Al-Fatihah...
Al-Fatihah juga Mohd Firdaus Bin Azlan Shah, anak sulung adik perempuan saya yang meninggal dunia di dalam kandungan akibat tekanan darah tinggi ibunya. Ibunya terpaksa berada di dalam ICU beberapa hari kerana tidak sedarkan diri.
Alhamdulillah pada 4 april 2010 saya di kurniakan seorang lagi cahayamata lelaki, Rifdi Hafiy
Bin Haizan yang selamat di lahirkan di hospital Serdang.
Pada bulan Mac 2010 saya juga berpeluang melancong ke Taiwan (Taipei) yang kosnya di tanggung majikan. Agak menarik ketika berada di sini kerana berpeluang membeli beberapa aksesori basikal yang kemudiannya telah habis di jual di dalam 'BBS' dan kepada rakan basikalis.
Tahun ini juga 'Keliwon Nite Ride' dan '1M1MTB Serdang' telah berusia 1 tahun dan rasa syukur
kerna di pertemukan ramai rakan basikalis yang datang dari pelbagai latar belakang dan status. Terima kasih tidak terhingga kerana sudi menyertai kayuhan mingguan, ada yang sudi mendaftarkan nama di setiap jamboree dengan nama 'KNR Community'. Ini memang cukup berharga kepada saya lebih-lebih lagi sambutan terhadap tshirt dan jersi 'KNR' sungguh di luar jangkaan. Tahun 2010 juga merupakan penyertaan jamboree saya paling banyak, Sri Iskandar Jamboree Perak, Nibong Tebal Jamboree Penang, Happy To Ride Ipoh, ECC Burung Hantu Ayer Keroh Melaka, Sepang Jamboree Selangor, Green Ride FRIM Kepong, PKNS Bernam Jaya Jamboree dan Kuala Linggi Jamboree Melaka. Kona dawg juga terpaksa di tukar kepada Scott Scale Fourty namun perasaan menyesal mula terbayang apabila menyusuri Pcp Trail. Thule roof rack juga terpaksa di jual kerana masalah kewangan meruncing pada masa itu. Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana proses jual beli kediaman sekitar Desa Pinggiran hampir selesai.
Ya Allah! Terima kasih tidak terhingga kerana perjalanan hidup tahun 2010 ku selesai dan akan menempuh dugaan tahun 2011 yang akan mendatang.
SELAMAT TAHUN BARU! ELAKKAN KONTROVERSI, TINGKATKAN PRESTASI KAYUHAN!