>> Apr 27, 2010

Holla!

Mungkin bagi rakan-rakan basikalis mereka mula mengenali basikal "Fixed Wheel (Fixie)" yang sedang menular popularitinya di seluruh negara. Biasanya Fixie merupakan gaya hidup berbasikal bagi golongon urban yang pada mulanya di pakai oleh para messenger atau kurier. Sejenis basikal yang tidak menggunakan freewheel dan brake. Pusingan crank akan seiring dengan pusingan roda dan hanya di berhentikan dengan cara memusingkan crank berlawanan arah dengan pusingan roda (perewelmati). Amerika Syarikat merupakan negara asal budaya Fixie dan mula menular popularitinya di seluruh Eropah. Antara kompeni messenger terkenal di Amerika Syarikat selepas perang dunia kedua ialah Carl Sparks yang lebih di kenali sebagai Sparkie's' sekitar tahun 1945 di San Francisco. Kemudiannya telah di ambil alih oleh Syarikat CitySprint pada tahun 1998 dan bertukar nama kepada Aero. Dalam perkembangannya, Fixie tidak hanya di pakai oleh para kurier di bandar-bandar besar namun sudah menjadi satu aliran tersendiri oleh para basikalis malahan sudah menyaingi folding bike. Di Kuala Lumpur juga budaya Fixie sudah mulai popular dan jumlah peminatnya juga semakin bertambah. Sehinggakan harga basikal dan frame old skool (basikal racing) mula mendadak naik. Tahun lepas aku telah mula berkira-kira menyiapkan sebuah basikal Fixie untuk kayuhan santai, apatah lagi rakan sekayuhan 'Payed' telah menyiapkan Fixie-nya sendiri. Namun terpaksa di lupakan buat sementara kerana keadaan fizikal dan tenaga yang kurang dalam badan. Lagipun masih terpaksa menggunakan sistem gear untuk kayuhan 1M1MTB dan Keliwon Nite Ride memandangkan basikal Dawg berstatus all mountain begitu menyiksakan jika di gayakan di laluan tarmac. Autobots, bertukar!... Sejak dari awal tahun aku sudah berkira-kira ingin mengecat dan merias semula basikal itu. Maklumlah basikal old skool yang dah buruk tiba-tiba duduk atas bumbung kereta. Setiap kali berhenti sekitar traffic light semua mata memandang dengan penuh sinis dan tertawa. Pernah sekali terserempak dengan beberapa buah kereta yang membawa road bike berstatus 'dewa'. Mata mereka mula memandang... senyum... Oh! dunia... malulah nok!

Ikuti perkembangan projek terbaru aku "Bukan Fixie-lah..." Adios!

Foto 1 - 3 :1-Cari Inspirasi dari anak-anak.
2-Gambar kenangan bersama jentera lama.
3-Mula lunturkan cat dengan Alseal Paint remover (minyak panas dari hardware).

4-Mula melunturkan cat asal dengan minyak panas (Paint remover).

5-Mencari idea contoh kombinasi warna melalui internet.

6-Mula membuat beberapa lakaran sendiri.

7-Proses mengecat frame di mulakan.

Foto 8 - 10 :

8-Tempahan tayar jenama Duro sedondon dengan warna frame dari Yao.
9-Brev M grip atau yang lain.. janji warna hijau juga dari Yao.
Dapatkan barangan Fixie dari :
http://colourfulfixie.wordpress.com/
10-Proses mengecat semula handlebar ke warna putih Samurai dengan clear Dove.

PROJECT HANYA SETAKAT INI.
TUNGGU!!!

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin

Pyzam Glitter Text Maker

KELIWON JC MURAH?

KELIWON JC MURAH?

NAK PINDAH RUMAH? CARI LORI?

NAK PINDAH RUMAH? CARI LORI?
0123113473 - MAZLAN

Rider Down!


  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP