Keliwon Nite Ride 1 tahun?

>> Jun 29, 2010


Tarikh Peristiwa pada 05-06-2009
Pada hari ini dalam tahun 2009, sekumpulan basikalis amatur telah berjanji mengadakan kayuhan sulung mereka setelah beberapa lama "Kayuhan Jumaat Putrajaya" yang berpangkalan di Presint 9 tiba-tiba berhenti. Ini kerana kemerosotan jumlah basikalis menyumbang kepada perlunya langkah dan formasi lain bagi menarik minat basikalis lain turut serta. Kemudian sekumpulan basikalis dari sebuah republik (ROP) mula mencari idea dan akhirnya setuju mengembalikan kegemilangan kayuhan malam Jumaat secara mingguan. Manakala Jumaat setiap hujung bulan adalah hari kemuncak di mana sememangnya "Putrajaya Critical Mass" adalah pilihan kayuhan. Penjenamaan baru dimulakan, munculnya "Keliwon Nite Ride Putrajaya" edisi pertama yang lokasi takungnya bertukar sekitar anjung mahkamah Putrajaya (POJ) pada tanggal 5-6-2009. Namun hanya 3 orang basikalis yang menghadirkan diri malam itu dek kerana yang lain masih sibuk di tempat kerja. Hanya Korn,Shahjava & Haitsanfuji (nama masa itu) yang mampu hadir. Secara rasminya kayuhan malam pertama itu bertukar kepada duduk santai di kedai mamak. Minggu berikutnya di sertai 3 lagi basikalis lain yang baru di kenali, En. Mazlan, En. Norhisyam dan En. Noryusran. Turut serta Shahjava, Haitsanfuji, Payed dan En. Amer a.k.a Pak Bond yang melengkapkan kekuatan seramai 7 orang malam itu. Beberapa minggu kemudian "KNR" mula bertukar lokasi takung, kali ini kembali di Presint 9 (double trouble). Kemudian jumlah basikalis mulai ramai dan bertukar-tukar setiap minggu. Muncullah beberapa basikalis regular setiap minggu antaranya En. Matt Kutty, En. Muzafar, En. Zulkifli Alwi, En. Kamarulzaman (beskal.com), En. Faizal, En. Amdari, En. Sharul, Cik Khaironisa, En. Suhardy, En. Azmi dan anaknya, En. Nasir, En. Rashdan, En. Naim, En. Azrul, En. Hazmi, En. Farhan, En. Shahrizman, En. Faiz dan lain-lain kenalan basikalis yang bersilih ganti. Pada bulan Ramadhan 2009 "KNR" berkolaborasi dengan basikalis-basikalis "road" yang di ketuai En. Azman Ciocc dan lain-lain. Pada 15-1-2009 "KNR" sekali lagi berpindah lokasi takung kerana ruang parkir yang terhad sekitar Presint 9. Presint Diplomatik (14) menjadi pilihan kerana ruang parking dan restoran mamak yang berdekatan. Kali ini "KNR" berkolaborasi pula dengan "Langat Cycling Team" yang di terajui oleh En. Wan Merida di mana mereka juga bertakung sekitar Diplomatik. Kemudian beberapa basikalis mula hilang (mungkin tidak berminat dengan kayuhan santai dan sukakan kelajuan) dan muncullah pula nama-nama basikalis seperti En. Sivan, Cik Da, En. Zaihasri, En. Danial, En. Hafiz, En. Kamarul Azar, En. Nazam Saton, En. Rumah depan kedai Sam dan terbaru Saudara Zul. Sejarah paling ramai menyertai "KNR" adalah seramai 50 orang basikalis yang turut di jayakan rakan basikalis dari "Langat Cycling Team", "Pujmac" dan beberapa basikalis perseorangan. Namun "KNR" tidak mengutamakan jumlah basikalis kerana jika terlalu ramai keadaan juga akan menjadi tidak terkawal. Berlandaskan tujuan asal kayuhan mingguan ini adalah bagi mengeratkan silatulrahim sesama basikalis sambil beriadah dan bertukar-tukar idea tanpa mengira agama, bangsa, politik, status dan pangkat.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua rakan basikalis yang pernah menyertai KNR dari dulu hingga kini, Jutaan Terima Kasih kepada "Langat Cycling Team" yang sudi berkolaborasi setiap minggu, Terima Kasih kepada "PUJMAC" yang beberapa kali menyertai kami, Terima Kasih rakan-rakan ROP yang turut serta dan kepada basikalis setia setiap minggu ucapan Terima Kasih kerana mempercayai dan terpengaruh dengan propaganda "KNR" ini. Akhir kata, bersyukurlah kita tidak berbasikal seorang diri....

p/s : Sebarang usul dan cadangan untuk masa akan datang amatlah di alu-alukan. PEACE NO WAR :p

Read more...

KNR 1st. Anniversary?

>> Jun 10, 2010

LALUAN CADANGAN :
VOUCHER DISKAUN KEPADA 30 BASIKALIS TERAWAL
YANG DAPAT MENGESAN HAITSAN SCOTT

Read more...

GREEN CYCLE II @ FRIM, KEPONG


Tarikh : 6 Jun 2010
Masa Mula : 8.00am-1.00pm
Lokasi : FRIM, Kepong
Jarak : + - 28km

"Green Cycle II" merupakan acara tahunan yang di anjurkan oleh FRIM MTB Team dengan kerjasama Kelab FRIM dan FRIM. Acara ini merupakan kesinambungan daripada "Green Cycle I" yang telah diadakan pada tahun 2009. Sempena sambutan FRIM 25 Tahun dan Hari Alam Sekitar "Green Cycle II" telah di naik taraf sebagai Mini Jamboree pada tahun ini. Ikuti pengalaman aku ketika menyertai program kayuhan di dalam tanah milik FRIM yang telah di iktiraf sebagai "Natural Heritage Site of Malaysia".

Tajam! 8.00 pagi kami di lepaskan serta merta, lebih kurang 400 basikalis mengambil bahagian kali ini. Ramai juga kenalan turut berada di sana dan ada di antaranya merupakan pelanggan tetap trail-trail sekitar FRIM. Kali ini laluan yang di hidangkan memang berbeza dari laluan biasa. Pertama kali juga aku bersama jentera Scott berstatus ekor keras.. prestasinya menarik, cuma sedikit lenguh dek kerana stem terlalu pendek. Sedang kaki mula mengikut rentak kayuhan tiba-tiba roda belakang terasa bagai di cuit.. tiba-tiba seorang basikalis dan basikalnya bersepah di atas jalan.. kebetulan sekitar wetland merupakan laluan tarmac, "Ok bro?" tanya aku padanya. Darah mula keluar dari mulutnya.. dagunya luka teruk juga. Kebetulan marshal/medic tidak berapa jauh dari tempat kejadian, kesian basikalis tu sebab giginya patah dan luka-luka. Namun masih jadi tanda tanya macam mana dia boleh langgar tayar aku sedangkan aku hanya berkayuh di laluan paling tepi dengan santainya. Kemudian bila marshal sampai aku pun beredar "Sorry Bro!" Rakan basikalis lain sudah hilang dari pandangan, malahan Dom sempat sendawa besar, memotong dan berlalu pergi ketika aku sedang mengurangkan angin tayar di CP1. Mus & Z sudah jauh bersaing bersama-sama Farhan dalam misi memburu Ken Mercury.Terserempak Cik Da di dreamtrail, disc brake depannya sangkut.. berat katanya. Keadaan dreamtrail sedikit sesak kerana ada di antara basikalis kali pertama melaluinya. Keluar sahaja terserempak dengan Geng Langat dan meneruskan kayuhan melalui Rover track. Kemudian di pertemukan CP2 yang sengaja berada di puncak bukit. Dari sini menuju ke arah Tangki yang dari mulanya melalui pendakian tarmac sebelum di pertemukan dengan laluan singletrail. Ada 1 section tu siap kena mendaki sambil tolak/tarik basikal.. Nasib penganjur menyediakan anak tangga dan tali sebagai sokongan. Keadaan trail yang lembab membuatkan pergerakan bertambah perlahan. Sekali lagi TBlaze Cik Da bermasalah.. rim belakang sudah tertanggal masa downhill. Nasib dia tolak.. jika dia layan duduk atas basikal memang bahaya. Selesai melayan technical section di sini aku berhenti lepak seketika sambil borak-borak dengan basikalis lain. Ada 1 brader pakai Merida bling-bling dengan groupset XX-nya lepak sekali (lupa tanya nama). Penat lepak kami meneruskan kayuhan sehinggalah CP3 yang terletak sekitar kaki Steroid Hill. Masa nie terserempak Geng Langat.. Abg Willy dan Bro yang pakai Scott hitam tu. Habis makan buah lai sebiji kami pun mula memanjat Steroid.. tiba-tiba di tegur.. "San, bukan ko ada bawak beg ke tadi?" Adeh!!! beg pulak tinggal kat CP3. Nak tak nak turun balik ambik beg dan panjat balik steroid.... Huh! Jap.. jap.. Boss panggil lah... susah betul nak update blog kalo time keje nie... Tapi kali nie aku habis semua CP dan berjaya makan semua buah lai sambil menunggang basikal. Okok.. Bos dah mai....

Ms Scott?

Read more...

>> Jun 8, 2010

Masa itu mungkin aku berada di dalam keadaan lalai dan terleka. Entah bagaimana naluri ku terus menerus menyatakan kau bukan lagi jodoh ku. Ku hantar gambar.. Ku susun madah berhelah.... Sejak malam tadi telefon tangan ku sedikit sibuk. Bertubi-tubi pertanyaan menusuk telinga. Akhirnya ku akur... memang jodoh mu dengan si dia, dia sudah lama mengidamkan mu... cuma aku bernasib baik memiliki mu dulu. Syukur kau telah bertemu si dia.. Syukur, kerna dia juga menemukan aku dengan yang baru... Selamat tinggal Mar'KONA'h... Kini aku terpaksa melayan anak orang putih bersaiz S... Ms Scott, tunggu... akan ku kerjakan kamu sepuas hati ku.

Salam, rindu sayang kamu.. Mar'KONA'h Binti 'DAWG'ud @ Daud


Gambar bawah : Senyum bersama anak orang putih.. Ms Scott
p/s: Terima Kasih Bro Sham di atas urusniaga kita di tepi lebuhraya.. Lebih kurang mintak halal lah yek? heheee...

Read more...

Keliwon Nite Ride Malam Ini

>> Jun 3, 2010

Read more...

IPOH JAMBOREE - HAPPY TO PUSH!

>> Jun 1, 2010


Tarikh : 30/5/2010
Masa : 7.30am
Lokasi : Tambun, Ipoh, Perak
Jarak Kayuhan : 48km
Anjuran : HTR Ipoh

Kali ini aku menyertai Jamboree Ipoh sambil di temani ahli keluarga. Di sebabkan lokasi acara berhampiran Lost World Tambun memang sesuai jika ahli keluarga di bawa bersama. Sekurang-kurangnya rakan basikalis yang biasanya tinggal bersama-sama di edisi Jamboree yang lalu dapat tidur nyenyak tanpa sebarang dengkuran dan geseran gigi taring. Ikuti keseronokan Jamboree Ipoh... Happy To Push!!!!!!!!!!!!

H : Sebelum acara bermula sticker H sudah di tampal mungkin menandakan "sign in" para basikalis. Dari kesesakan peserta kami di lepaskan dengan bunyi pop-pop yang sungguh comel ala-ala majlis harijadi. Kelihatan crew belon sedang bertungkus lumus mengepam belon dan para penonton mula berpusu-pusu menyaksikan acara pelepasan. Para basikalis mula bertindak liar dan kelihatan mula memotong antara satu sama lain bagi mendapatkan kedudukan terbaik. Melintasi laluan masuk utama Lost World Tambun dan di hadapan beberapa meter terhidang "gunung" yang mula sesak. Di sinilah bermulanya acara menolak, berfoto dan berkenal-kenalan. Setibanya di puncak dapat di saksikan pemandangan sekitar yang sungguh indah dengan landskap semulajadinya. Kelibat rakan-rakan lain sudah lama hilang dan terpaksa berkayuh solo dan hanya mengekori Along bahan sehingga di pertemukan laluan tarmac. Sedang asyik melayan laluan tarmac kedengaran suara berteriak, "sannnn!!........." minum dulu lah... Rupa-rupanya Yan Durango dan Ampg Gang sedang asyik bersarapan pagi di sebuah warung tepi jalan. Terima kasih Chuki sebab belanja milo Ais dan Amer untuk sebatang powerstick.. Lebih kurang 20 minit melepak di sini aku meneruskan kayuhan sebelum terserempak dengan Dom yang mengalami rantai putus. Bila di tanya rantai beli dari siapa.. dengan tenang Dom menjawab.. "rantai beli dari kau hari tue.." heheeee.... Kesian Dom dengan dugaan 1st. Jamboree yang terpaksa di tempuhinya (Dom rantai tu free jek sebenarnya.. price tu untuk rd & fd aje :p) Nasib baik ada 2 orang basikalis membantu Dom dan kemudiannya kami berempat meneruskan kayuhan sebelum kelibat kedua-dua mereka hilang di belakang. Kemudian aku di tinggalkan Dom dan berehat bersama seorang basikalis dari Taiping yang rasanya sebelum nie pernah bersama-sama menolak di SIT Jamboree. Kelihatan Ah Chong, Bro Zizan & Geng melintasi kami. Selesai makan pisang dan borak lebih kurang kami bergerak menuju kebun sayur. Ada sorang awek jatuh masa ambik drop kebun sayur.. mungkin licin kot.. pegang perut mungkin terkena handle atau apatah. Kemudian di hadapan climb tanpa canopy di sajikan.. aku lepak kat kaki bukit dulu sambil tukar baju. Jersi ROP dah basah lencun, terpaksa tukar baju tanpa lengan dan kalau ikutkan hati mau jek aku bukak baju. huhuu.. memang santai sungguh dan dalam hati takpe lah coz Abg Enold dan Kay masih ada di belakang. Habis lambat pun nanti dapat jumpa dorang jugak. Lepas tukar baju aku meneruskan tolakan sehingga puncak dan kemudiannya melayan downhill dan naik turun sehingga menemukan CP2 yang berada di puncak.

T : Selesai sticker T di tampal kelibat Din Ice di kesan berada di sini sambil menghulurkan sebatang winston. Din ice tidak dapat meneruskan kayuhan kerana tapak kasutnya sudah terbarai. Modal hupgrade-nya tidak terbalas kerana terpaksa menaiki lori di sebabkan sepasang kasut. Sempat juga berposing untuk 1 foto yang di tembak Bro Azrul (Scott Scale). Terima Kasih bro... Ampg Gang pula sudah mula loading basikal naik lori dan aku mula menurunkan seatpost untuk melayan downhill yang tertera "AWAS, BAHAYA!". Din ice memberikan semangat untuk meneruskan kayuhan dan nyata lambakan drop, licin dan akar yang berselirat ditambah trail yang sudah lunyai membuatkan aku hilang kawalan dan melanggar sebatang pokok getah. Handlebar sudah senget sedikit ke kiri, namun kayuhan di teruskan sehinggalah bertemu kembali Dom yang sedang melepak dengan seorang marshall. Meneruskan kayuhan dan sebelum jambatan besi sempat juga di tegur Abg. Mail yang terperasan harga RD masih melekat kemas.. nasib sarang tak perasan...huhuuu.. Bro Junai juga berada disana selaku sweeper dan mengesahkan Abg Enold dan Kay sudah berjaya menamatkan kayuhan lebih awal dari yang di sangka. muahahaaaa....

R : Bebas melayan lambakan downhill dan di pertemukan dengan Ah Chong & geng. Kami di potong mereka dan mereka di potong kami sehinggalah CP3 di mana kami sama-sama berhenti dek kerana sumber air yang sudah kehabisan. Beberapa minit kemudian air mineral sampai dan aku bergegas melayan downhill yang di sajikan dan nyata Uncle Dawg masih mampu bertindak cemerlang.. hehee...

1 : No. nie aku takde coz sticker dah habis... hikhik... (camne boleh berlaku nie?)

0 : No. nie nak dapat kena lalu kandang kuda, anjing menyalak dan sedikit bau-bauan yang tidak menyenangkan. Sedikit laluan tarmac dan berbatu kelikir sehingga menemukan aku CP5 yang terletak di tepi jalan dan lebih 4 km kayuhan tarmac sebelum finishing line. Di sinilah terserempak dan di tegur Cik Da.. "apa sudah jadi san?" Beberapa km kemudian aku ternampak deretan rumah kedai terbengkalai.. di dindingnya di conteng dengan grafiti, kamera Along berada di tangan dan beberapa foto di ambil sebagai kenangan...

Kesimpulannya Jamboree Ipoh kali ini memang menarik bila dapat berjumpa rakan-rakan basikalis dan rakan facebook yang hanya dapat di temui ketika acara Jamboree seperti ini. Jumpa lagi di Mini Jamboree FRIM ahad nanti.. kali ini target top 10 pulak.... muahahaaaaaaaaaaa.........

Read more...


Tarikh : 25/5/2010
Masa : 9.30pm
Lokasi : Bukit Jalil - KL
Jarak Kayuhan : 34km
Basikalis : 14 kekuatan

Mak, semalam orang balik kerja awal... tiada kerja lebih masa, tapi janganlah mak risau elaun bulanan mak masih sama. Mak, Alhamdulillah.. cucu-cucu mak semuanya sihat sejahtera. Mak, malam ini orang naik basikal lagi, kali ini dengan abang-abang Pujmac dan seorang kakak Pujmac. Mak, malam ini orang naik basikal dari Bukit Jalil menuju ke Kelompo (KL). Ya Mak! Naik basikal pergi KLCC.. menara kembar yang mahal sungguh dan kebanggaan negara itulah tempat yang kami tuju. Mak, malam itu En. Jayen bertindak sebagai kepala kayuh, di bantu En. Poey & En. Arash sebagai penjaga trafik dan penyapu. Mak, malam itu tiba-tiba di sergah anjing.. meluru seekor anjing ke arah orang yang sedang naik basikal. Tapi nasib baiklah ilmu pengakap muda dulu di praktikkan kembali.. orang bertindak pusing balik dan menanti basikalis lain di belakang. Tekanan darah mula naik.. muka mula berpeluh.. kemudian seorang basikalis sampai, orang mengimpit basikalis itu supaya jika di sergah anjing masih ada ruang berlindung. Mak, malam itu kami puas bergambar di kaki KLCC bertemankan lampu-lampu neon kotaraya dan di kelilingi beberapa orang pengawal keselamatan. Kemudian kami terus menuju ke arah Dataran Merdeka sambil melintasi Saloma Bistro dan hanya berhenti rehat di kedai 7 eleven. Mak, selesai berehat kami meneruskan kayuhan melalui Bangsar dan seterusnya kembali ke arah jalan Klang Lama dan seterusnya sampai sekitar Bukit Jalil di hadapan Stadium nasional negara kita. Mak, lebih kurang 34km perjalanan kami malam itu.. masih belum dapat menandingi tenaga askar Jepun yang memasuki Malaya dengan basikal besi mereka suatu ketika dulu. Mak, sesungguhnya keamanan yang kita kecapi hasil dari pengorbanan masa lalu amat bermakna. Jika tidak sudah pasti orang dan orang-orang lain tidak dapat menjunjung basikal sambil tersenyum puas berlatar belakangkan bangunan kembar tertinggi dunia.. KLCC itu.............

Read more...
Blog Widget by LinkWithin

KELIWON JC MURAH?

KELIWON JC MURAH?

NAK PINDAH RUMAH? CARI LORI?

NAK PINDAH RUMAH? CARI LORI?
0123113473 - MAZLAN

Rider Down!


  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP