Showing posts with label VaCaTioN. Show all posts
Showing posts with label VaCaTioN. Show all posts

PASAR MALAM TAIPEI

>> Mar 18, 2010

Sekali lagi majikan aku mengadakan oversea tour, kali ini kami ke Taipei (Northern Taiwan). Aku lah orang paling lama cuti sebab hari isnin tiba-tiba demam dek kerana bertakung belakang tokong masa ride FRIM hari ahad tu.. heheee.. Isnin masih kerja tapi badan lemah dan petang hanya mampu tidur je kat surau ofis. Doktor Tengku pulak bagi aku mc 2 hari dan bekalan ubat serta vitamin yang banyak. Hari rabu aku dah rasa sedikit 'ok' dan jika tidak terpaksalah aku bayar balik ganti rugi air ticket yang dorang dah beli. Namun dengan tiba-tiba Dinie pulak demam, badan dia panas dan merengek-rengek. Aku call ofis inform kat dorang mungkin tak dapat join trip kali nie. Memandangkan keadaan wife yang tengah sarat dan anak yang demam memang confirm tak dapat join. Alhamdulillah keesokan harinya Dinie dah mula menunjukkan tanda-tanda 'ok' dan nasib baik wife aku setuju tido kat rumah mertua. Dari rumah mertua aku bertolak sekitar jam 4.30am, tumpang kereta Puo Suo sampai rumah Ms.Phang kat Puchong. Kemudian tumpang kereta Izlan sampai LCCT dan breakfast kat sana. Flight kami lebih kurang pukul 9.50am dan sampai di Taipei airport sekitar jam 3.50pm.

Hari 1 - 11 Mar 2010

Hari pertama kami terus menuju ke Taischee Blooming Oasis yang hanya menyajikan bunga bungaan dengan cuaca ala-ala Genting Highland. Tidak ada apa yang menarik di sini, cuma pemandangan tanah tinggi dan pokok bunga. Dari sini kami terus bergerak ke Restoran makanan halal ala-ala masakan Thai sekitar jam 7.30pm. Selesai makan malam kami di bawa ke Shin Lin Night Market yang merupakan pasar malam dengan bau-bauan yang macam haram. Bau tauhu busuk yang sungguh meloyakan menyebabkan kami tidak berada lama di sini. Lagipun barang-barang di sini tiada bezanya jika shopping di Sekinchan ataupun sekitar Jinjang. :p Sekitar Shin Lin terdapat sebuah butik basikal Giant namun aku tak dapat nak ke sana kerana terlalu malas nak berjalan kaki dan masa yang suntuk. Check in di New Continental hotel sekitar jam 10.30pm dan selepas letak barang aku keluar semula berjalan sekitar hotel mencari kedai basikal terdekat.


Hari 2 - 12 Mar 2010

Selesai makan roti dan sandwich tuna yang siap sedia di bawa kami bergerak terus ke Chiang Kai Shek Memorial Hall. Kawasan nie lebih kurang macam sebuah dataran yang luas dengan beberapa bangunan bercirikan tradisi masyarakat cina. Kami di sambut dengan tarian-tarian masyarakat asli mereka dan hanya sekadar mengambil gambar di sini. Dari sini kami menuju ke Yangmingshan National Park dan sekali lagi terpaksa berjalan kaki beberapa kilometer hanya sekadar melihat bunga-bungaan. Di sini terdapat pelbagai spesis bunga dan paling menjadi tarikan ialah bunga sakura. Di sini juga kelihatan beberapa kenderaan keluar masuk membawa basikal. Mungkin terdapat bike trail dan kelihatan ramai juga basikalis yang sedang mendaki di laluan tarmac. Sekitar jam 12.00pm kami bergerak untuk makan tengahari di restoran Ali Baba. Menghidangkan nasi beriani dan masakan selera mamak. Sekitar jam 1.30pm kami sampai di Jiufen Old Street yang terletak di puncak kawasan tanah tinggi. Jiufen menawarkan barangan cenderahati dan pelbagai jenis makanan. Namun tiada apa yang menarik bagi kami memandangkan kurangnya cenderahati yang mengambarkan Taipei itu sendiri. Nasib baik aku dapat beli model beca yang diperbuat dari besi dengan harga yang lebih murah dari yang terdapat di Melaka. Terpaksa juga berbelanja untuk beberapa jenis keychain yang harganya sekitar RM5.00 hingga RM8.00 satu. Memang mahal giler! Bayangkan jika ahli keluarga ada 10 orang? kawan 10 orang? awek? jiran? rakan basikalis? Jahanam! Dari sini kami terus bergerak ke Yehliu Geopark yang merupakan kawasan batu karang dan batu-batu yang unik terbentuk hasil dari hakisan ombak. Dari sini kami terus menuju ke Restoran Yunus yang terletak di Pei Ning Road untuk makan malam. Restoran ini menyajikan masakan Thai dan pernah beberapa kali di kunjungi stesen tv dari Malaysia termasuklah rancangan Halal Oriental di astro Oasis yang di hoskan oleh Fara AF. Restoran ini turut menyediakan ruang solat dan mempunyai pelbagai pilihan makanan halal. Selesai makan malam kami menuju ke Huaxi Night Market. Namun ketika sampai masih banyak gerai yang belum dibuka kerana hujan. Hanya berjalan-jalan sekitar kaki lima kedai dan di sinilah aku terjumpa kedai serbaneka yang menjual pelbagai jenis aksesori basikal. Melihatkan harga yang di tawarkan aku dengan gelojohnya membeli touring bike carrier, touring bag belakang, touring bag depan, bike tools, lampu dan juga sebiji helmet cap VR1. Ikut hati memang aku nak borong sampai habis duit tapi memikirkan ada lagi beberapa hari untuk mencari kedai basikal terpaksalah aku tahan sedikit nafsu gelojoh. Sampai di hotel aku terus bertanyakan pada Ms. Jane (amoi tour guide) kat mana kedai basikal terdekat. Dengan relanya dia offer aku naik skuter dengan dia pergi kedai basikal dan di Taipei kedai basikalnya hanya akan tutup sekitar jam 10.00pm. Sempat juga Jane berpesan.. "No Hug huh!" heheee.. Lebih kurang 1km sahaja dari hotel terdapat 5 buah kedai basikal yang masih beroperasi. Namun kesemuanya berkonsepkan bike boutique dan hanya 1 kedai sahaja boleh cakap omputih. Nasib baik Jane tolong translate kat tokey tu dalam bahasa Hokkien. Namun memang menghampakan bila tanya harga semuanya lebih mahal dari kedai Sam Serdang yang sememangnya mahal. Cheh! lebih baik beli kat Sam.. boleh buat easy payment lagi.. heheeee... Harga complete bike lebih murah di sini berbanding bike parts. Tetapi mata memang tak boleh tahan tengok fixie bike yang terdapat di kedai sekitar Taipei. Perghhh!!! memang tertarik.. Budaya berbasikal sekitar Taipei memang lebih menarik. Anda akan dapat lihat folding bike, fixie dan MTB menguasai pusat bandar selain skuter. Amoi ranggi ala-ala Wondergirl pun naik basikal je pergi shopping kat Taipei 101.. adakah Cik Da atau Kaymalik akan ke KLCC naik basikal? Mungkin tidak... muahahahaaa... Selesai cuci mata aku terpaksa bergegas balik kerana Jane dah mula bising sebab waktu kerjanya dah lama tamat. Dia suruh aku balik jalan kaki sambil menunjukkan arah jalan. Namun dia tetap menumpangkan aku sehinggalah sampai sekitar balai polis di mana kawasan tu aku dah ingat macam mana nak balik hotel. Berkali-kali dia tanya aku ingat tak jalan nak balik hotel masa atas skuter. Aku cakap kalau sesat aku pergi cari balai polis aje.. heheee...


Hari 3 - 13 Mar 2010

Selepas sarapan dalam bilik dengan Ismed kami menaiki bas menuju ke Martyr's Shrine. Masa nie hujan sekitar Taipei. Ingatkan nak tengok mende.. Chit! hanya sekadar pergi tengok pengawal yang terpacak macam kat Istana Negara tu tukar shift kerja jek. Tak berbaloi berhimpit-himpit dalam hujan.. memang macam haram. Dari sini kami singgah di sebuah tempat menjual lingzhi dan teh yang sememangnya menambahkan tahap kebosanan. Kemudian menuju ke Shilin Residence di mana terletaknya kebun bunga isteri bekas perdana menteri pertama mereka dan seterusnya makan tengahari di restoran Taj yang terletak di Jhongsiao E. Rd. Makanan di sini memang sedap dan kami dihidangkan dengan nasi beriani, ayam tandoori, nan dan pelbagai pilihan kari. Kami mengambil keputusan tidak mahu ke Sankeng Tofu Street yang sememangnya pasar yang busuk kerana dari namanya pun dah tahu dan mengambil keputusan terus menuju ke Taipei Story House. Taipei Story House memang sesuai di kunjungi para pelancong, merupakan gambaran tentang sejarah bandar Taipei itu sendiri. Sarat dengan barangan antik di dalamnya dan mengambarkan budaya Taipei sekitar 50-70an. Dari sini kami di bawa ke Taipei 101 yang merupakan menara tunggal kedua tertinggi di dunia. Mempunyai lif paling laju di dunia dan dengan bayaran 400NT aku dah merasa naik menara nie dengan tshirt "Keliwon Nite Ride" lagi nok! Muahahaaaa... Sekitar jam 6.30pm sampai di restoran Yunus sekali lagi untuk makan malam. Hari nie letih sikit dan terpaksa tidur seawal jam 9.00pm.


Hari 4 - 14 Mar 2010

Kali ini kami di bawa ke Fisherman's Wharf yang merupakan pelabuhan untuk para nelayan dan tempat riadah bagi warga Taipei. Di sini juga terdapat begitu ramai basikalis bersiar-siar, kaki pancing dan pelancong. Pemandangan di sini menarik di hiasi dengan bunga-bungaan, dek kayu, susunan bot dan berlatar belakangkan bukit bukau. Cuma kami tidak berada lama di sini kerana kesuntukan masa. Kemudian kami di bawa ke Danshui Old Street yang juga macam pasar uptown. Di sini di sediakan basikal sewa namun aku terpaksa berputih mata sebab hanya tinggal tandem bike. Terpaksalah berjalan kaki sekitar pasar ini dan beberapa kali mengelak dari di sondol anjing. Nasib ada juga beberapa jenis keychain di sini namun harganya amat mengecewakan. Adeh! Di sini kami terpaksa berada agak lama kerana bas yang membawa kami telah di langgar budak skuter dari belakang dan terpaksa di bawa ke balai polis. Bila bas gantian sampai kami terus menuju ke sebuah restoran seafood yang bertaraf 5 bintang. Order makanan dari reception counter di tingkat bawah dan menaiki lif untuk makan di tingkat 8. Perghh!! Lobi dia pun macam hotel.. setiap tingkatnya plak dewan makan. Angkara tuan director yang mahukan kami sama-sama makan dalam 1 dewan terpaksalah semuanya ikutkan saja sebab dia yang bayar. Sebab restoran halal memang tak mampu nak tampung kami yang seramai 3 bas ini terpaksalah kami makan nasi putih, udang rebus, serunding dan sambal ikan bilis yang di bawa dari Malaysia. Adeh! harap tempat je best.. tapi cuak nak main makan jek. Dari sini kami di jebakkan ke sebuah pusat penjualan mutiara dan selesai mendengar taklimat mengenai mutiara dan khasiatnya aku berpura-pura ke tandas dan terus turun hisap rokok kat luar. hahahaaa.. harga semua berdentum mahal lagi mahu promote kah? Chit! Dari sini kami terus menuju ke Xi Meng Ting Pedestrian yang merupakan kawasan beli-belah seperti Petaling Street yang menjual pakaian dan aksesori lebih moden. Penduduk tempatan mengelarnya Pop Culture Street yang sarat dengan pengunjung yang pelbagai gaya, fesyen dan ragam. Turut di hiburkan dengan pemuzik-pemuzik jalanan, para pelukis dan kebetulan pula Coco Lee sedang mempromosikan albumnya di sini. Mungkin di sinilah muda-mudi Taipei berpeleseran ketika hari minggu. Agak lama kami berada di sini dan kemudiannya mengunjungi restoran Aaleja yang terletak di Yanji St. Taipei untuk makan malam. Kami hanya makan kebab dan roti nan di sini. Restoran juga turut di kunjungi warga arab yang mencari restoran makanan halal sekitar Taipei. Setibanya di hotel kami terus keluar berjalan-jalan mencari kedai-kedai cenderahati dan aku mencari kedai basikal. Ramai antara kami masih banyak lagi duit Taiwan, masing-masing dah buntu nak buat beli apa memandangkan kurangnya cenderahati bercirikan Taiwan itu sendiri.


Hari 5 - 15 Mar 2010

Hari ini hari terakhir kami di Taipei, walaupun jam 10.40am kami check out kami tetap bangun awal dan selepas sarapan kami bergegas keluar mencari kedai-kedai yang sudah di buka. Memang kami ketandusan barang-barang cenderahati dan semuanya sanggup berjalan kaki begitu jauh semata-mata mahu menghabiskan duit Taiwan. Malangnya kedai sekitar Taipei hanya di buka jam 10.00am dan dengan perasaan gundah masing-masing pulang semula ke hotel sekitar jam 10.30am. Aku pun dah mula menyesal.. kalau tau baik beli touring bag tu banyak-banyak dan boleh jugak ler jual kat BBS... hampeh! Selesai check out kami terus menuju ke restoran Taj sekali lagi untuk makan tengahari dan sampai di airport sekitar jam 12.30pm. Nasib kami baik kerana begitu banyak tshirt dan barangan cenderahati di jual di dalam terminal. Cuma harganya agak melambung dan daripada ditanya isteri mana cenderahati bila balik nanti lebihlah baik beli aje apa yang mampu.. huhuu..


Sedikit info tentang makanan halal di Taipei (Taiwan) :

Yunus halal restaurant, No.36, Pei Ning RD, Taipei
Tel:(02)2579-0528 (disebelahnya juga terdapat 1 lagi restoran halal)
Menu : Masakan Thai

Aaleja restaurant, IF, No.6, Alley5, Lane70, Yanji St, Taipei
Tel:(02)27733227 , 0935-783-786
Menu : Beriani, kari, ayam tandoori, roti nan dan masakan india

Taj Indian restaurant, No.12, Alley6, Lane 170, Sec.4, Jhongsiao E.Rd, Taipei
Tel:(02) 8773-0175
Menu : Beriani, kari, ayam tandoori, roti nan dan masakan india

Read more...

Sarang punya program?

>> Mar 2, 2010

Tarikh : 26 & 27 Feb. 2010
Lokasi : Kuala Linggi, Port Dickson

Kesempatan cuti Maal Hijrah di ambil untuk membawa keluarga bercuti
di Port Dickson. Kali ini kami memilih chalet sekitar Kuala Linggi. Chalet
yang ringkas dan betul-betul menghala ke arah pantai. Namun seperti
kebiasaan Dinie memang tidak berminat langsung mandi air laut. Mungkin
pukulan ombak sedikit menakutkannya. Di tambah pula Dinie memang
kurang suka memijak pasir pantai, mungkin geli kakinya. Namun kami
terpaksa berputih mata bila tujuan utama ke Port Dickson adalah kerana
ketam "songkla" telah habis sebegitu awal.


Read more...

Melaka Trip

>> Jan 6, 2010

Negeri Melaka sememangnya dikenali sebagai salah sebuah destinasi pelancongan yang terunggul di Malaysia dengan keunikan warisan budayanya yang tersendiri, tempat-tempat bersejarah untuk dilawati dan pastinya makanannya yang begitu enak dan unik sekali. Slogan Melaka “Melawat Melaka Bersejarah Bererti Melawat Malaysia” secara ringkas sudah dapat memberi gambaran apa yang dapat disajikan kepada pelancong oleh penduduk berbilang kaum di sini. Kelainan ini meletakkan Negeri Melaka sebagai salah sebuah destinasi pelancong yang terbilang di Rantau Asia. Pada 7 Julai 2008, Melaka juga telah diikhtiraf oleh UNESCO sebagai sebuah Bandaraya Warisan Dunia dan kini dikenali sebagai "Melaka Bandaraya Warisan Dunia UNESCO". Ini disokong dengan 12 Sub Sektor Pelancongan Negeri Melaka yang terkenal iaitu Pelancongan Sejarah, Pelancongan Budaya, Pelancongan Rekreasi, Pelanconagn Sukan, Pelancongan Membeli-Belah, Pelancongan Konvensyen, Pelancongan kesihatan, Pelancongan Pendidikan, Pelancongan Agro, Pelancongan Makan-Makan, Pelancongan Melaka Rumah Keduaku dan Pelancongan Belia.

Di kesempatan cuti tahun baru 2010 saya sekeluarga berpeluang ke Negeri Melaka. Walaupun beberapa kali sampai ke sini namun inilah kali pertama dapat berjalan kaki sekitar bandar Melaka. Kedudukan hotel yang berada tidak jauh dari kawasan tumpuan pelancong memudahkan pergerakan kami sekeluarga.

Parameschichi Menakluk Melaka

Fort "A Famosa"

Eye On Malaysia, Melaka

Read more...

Insentif pekerja-pekerja lewat

>> Nov 11, 2009


Date : 7 & 8 NOV. 2009
Location: Bukit Gambang Resort City, Kuantan

Event : "Staff Day" (hari pekerja-pekerja lewat)

Getting there : Approx. 2.5 hours" from Kuala Lumpur
20 mins" from Kuantan town

Bukit Gambang Resort City merupakan tarikan terkini ke negeri Pahang. Lebih kurang 2 setengah jam dari Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Pantai Timur dan lebih kurang 20 minit untuk menuju ke Bandar Kuantan. BGRC merupakan pilihan tepat kami untuk mengadakan "staff day" bagi meraikan pekerja-pekerja PESB yang selalu datang lewat ke tempat kerja :p. Idea kreatif ini di timbulkan oleh tuan pengarah PESB yang bertujuan mengurangkan kakitangannya dari datang ke tempat kerja lewat. Setiap "punch card" yang mempunyai tanda merah akan di kenakan penalti rm5.00 kali pertama, rm10.00 kali kedua dan meningkat seterusnya. Kemudian wang penalti akan di masukkan ke dalam tabung yang di gelar "tabung karat" sehinggalah wang penalti cukup matang untuk di gunakan. Antara sumber lain wang tabung karat datangnya dari hasil penjualan wayar, kertas, kotak, besi dan komputer-komputer lama yang di jual di kedai barang lusuh. Ini adalah kali kedua kami mengunakan wang dari "tabung karat" dan kali kedua jugalah kami ke Kuantan. Kali pertama dulu kami ke Swiss Garden Kuantan dan sekali lagi Kuantan menjadi pilihan kerana pada 27 Disember 09 nanti akan berlangsungnya "Monsoon Ride (MTB)" di sekitar daerah ini. Kesempatan ini juga aku ambil untuk melihat-lihat suasana dan cuba mencari tempat penginapan rakan-rakan untuk acara "Monsoon Ride" nanti. Nasib baiklah idea aku mengadakan "staff day" di BGRC di terima dan mereka semua berpuashati dengan fasiliti yang disediakan. Biar pun BGRC masih belum siap sepenuhnya dan jika di rujuk di laman sesarang begitu banyak komen-komen mengenainya yang merupakan taman tema air terbesar Pantai Timur namun BGRC masih mampu memberikan impak dan keseronokannya tersendiri kepada kami. Suasana bersih sekitar resort dengan landskap dan kemudahan yang masih baru di tambah lagi dengan keindahan alam semulajadi yang cukup mententeramkan. Juga terdapat aktiviti-aktiviti "outdoor" seperti Paintball, ATV fun ride (offroad), jungle tracking, pony ride dan team building exercise. Kedengarannya juga akan di sediakan MTB trail bagi kegunaan pengunjung yang mengemari sukan ini tidak lama lagi. Komen saya cuma pilihan makanan yang kurang dan bila diminta sejadah dari sebelum maghrib sampai ke subuh masih tak sampai-sampai.. kenaaaaaappppeeeerrrrrrr??? huhuu..


nie ler muka-muka yang selalu datang lambat sampai ofis
kecuali si gemok berbaju kuning tanpa lengan tue.
video bawah nie saja nak tunjuk kalau kengkawan
nak g tido sini masa "Monsoon Ride" nanti. Harap maaf gambar
bilik dan lain-lain tanpa sengaja telah terdelete. :(

Read more...

Langkawi Geoparks trip

>> Jul 13, 2009

Tarikh : 9 - 12 Julai 2009
Lokasi : Langkawi, Kedah, Malaysia
Jumlah Peserta : 80 orang

Langkawi Island known as the jewel of Kedah...
Kepulauan Langkawi terdiri dari gugusan 99 buah pulau tropika di persisiran pantai barat laut Semanjung Malaysia, kira-kira 30km dari Kuala Perlis dan 51km dari Kuala Kedah.Pulau yang di kenali ramai ialah Pulau Langkawi.Pulau Langkawi mempunyai warisan yang begitu unik dan penuh dengan cerita hikayat perwira, burung raksasa, dan tanyalah sesiapa saja di pulau ini, tentang kisah seorang wanita cantik bernama Mahsuri. Anda akan mendengar kisah cinta, cemburu, dan sumpah yang diletakkan ke atas pulau ini selama tujuh keturunan. Langkawi juga dianggap syurga tropika yang mekar dengan tumbuhan khatulistiwa dan didiami oleh habitat yang terpelihara, Langkawi wujud dengan tidak ada tolok bandingnya di antara kepulauan yang sedia ada di Asia Tenggara.Dengan sejarah alamnya bermula dari 500 juta tahun dahulu, pulau ini terdiri dari rangkaian batu-batan yang unik dan merangsangkan imaginasi pengunjung dengan penuh tanda tanya. Ikuti pengembaraan kami dan sesi melawan nafsu membeli belah di "duty free" shop sekitar Pulau Langkawi.

Hari 1 (10 Julai 2009)
Seawal jam 5.20am kami telah sampai sekitar Kuala Perlis dan menunaikan solat subuh di sebuah masjid di sana. Kemudian bersarapan pagi di lobi TH hotel sekitar jeti Kuala Perlis. Perjalanan feri mengambil masa lebih kurang 1jam 30min sebelum sampai ke jeti Kuah dan seterusnya bermulalah "city tour" iaitu lawatan ke kilang pemprosesan Gamat, Kota Mahsuri dan Underwater World. Oleh kerana ini lawatan kali kedua aku dan isteri kami hanya mengambil keputusan berpeleseran sekitar kedai "duty free" dan makan tengahari di sebuah restoran Siam. Kemudian kami menuju ke "Mat Cincang cable car" dan menaiki gondola sejauh lebih kurang 2km yang mana ketinggian Gunung Mat Cincang lebih kurang 700 meter dan merupakan gunung kedua tertinggi di Langkawi selepas Gunung Raya (850 meter). Di sini kami dapat menyaksikan panorama indah beberapa pulau sekitar Langkawi, tanah besar Kedah dan Pulau Tarutao di Thailand. Juga turut dapat menyaksikan keindahan hutan semulajadi dan air terjun Telaga Tujuh yang turut menghiasi landskap "Mat Cincang cable car". Kemudian kami mengambil keputusan tidak pergi ke Galeri Perdana dan terus menuju ke hotel untuk "check in" sekitar jam 5.30pm. Selepas maghrib kami menuju ke pekan Kuah untuk makan malam di restoran Wan Thai yang menyajikan masakan citarasa Thailand sebenar. Kemudian kami sempat berpeleseran sekitar pekan kuah sambil berbelanja. Dinie pula mula mengamuk kerana mahukan sebiji bola sejak dari awal turun dari bas. Sekitar jam 11.30pm kami sampai semula ke hotel dan tertidur kerana kepenatan.

Bergambar di luar Makam Mahsuri

Underwater World Langkawi

Mat Cincang Cable Car



Hari 2 (11 Julai 2009)
Seawal jam 6.30am kami bergegas bangun dan bersarapan sekitar jam 7.30am. Kemudian sekitar jam 8.15am kami bergerak terus menuju ke Langkawi Geopark untuk menyaksikan keindahan hutan bakau (mangrove), Gua kelawar, pusat ternakan ikan dan "Eagle feeding" sekitar Sungai Kilim. Geopark Langkawi merupakan daya tarikan terkini dan membuatkan kami berasa sangat teruja dengan keindahan panoramanya. Dengan menaiki bot kami semua menjelajah kawasan sekitar Sungai Kilim dan dapat menyaksikan burung Helang menunjukkan kebolehannya menghidu dan menyambar makanan (eagle feeding). Sekitar jam 2.10pm kami bergerak menuju ke Dataran Helang, Kuah untuk group photo. Namun kami hanya berada di sana lebih kurang 20 minit kerana hujan mulai turun dengan lebatnya. Dalam keadaan hujan kami terus menuju ke sebuah perkampungan melayu untuk makan tengahari. Selesai makan pulang semula ke hotel dalam keadaan masih hujan. Sekitar jam 5.15pm barulah dapat mandi pool bersama Dinie. Sekitar jam 8.00pm makan malam (BBQ) dan sekitar jam 9.30pm membawa keluarga bersiar-siar sekitar Pantai Chenang. Sekitar jam 1.00am mula mengemas pakaian kerana keesokannya kami akan "check out" sekitar jam 8.15am.

Mangrove Tour

I'm Sailing

Sluaq Bunga

Hari 3 (12 Julai 2009)
Pukul 6.30am kami bangun dan bersiap untuk "check out" dan terus menuju ke cafe hotel untuk sarapan pagi. Lebih kurang 8.45am terus menaiki bas menuju ke jeti Kuah. Jam 10.00am menaiki feri menuju ke Kuala Perlis dan sampai di sana sekitar 12.00pm. Dari Kuala Perlis kami menuju ke Bandaraya Alor Star dan melawat Muzium Di Raja Kedah sekaligus mengambil peluang bergambar di Masjid Zahir. Masjid ini dibuka pada tahun 1912, ia mempunyai senibina Moor dengan lima kubah hitam, dan tiang yang lurus. Senibina masjid ini mendapat inspirasi wawasan Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin II. Dari lokasi kami berhenti juga dapat di lihat Menara Alor Star, Galeri Seni dan Balai Nobat Di Raja Kedah. Kemudian kami di bawa ke Pekan Rabu untuk makan tengahari dan membeli belah. Sekitar jam 4.00pm bertolak dari Alor Star ke Puchong dan sampai lebih kurang jam 9.40pm setelah berhenti rehat di Bukit Merah dan R&R Tapah.

Masjid Zahir Alor Star

Komen aku tentang Langkawi :
Jelas rokok, coklat, arak, dan pinggan mangkuk murah di sini. Bagi pendapat aku barangan lain tiada bezanya dengan harga sekitar lembah Klang. Malah ada barang yang lagi mahal dari harga di Lembah Klang. Contohnya aku memasuki 1 komplek "duty free" sekitar Pantai Chenang dan menawarkan "SALE" sehingga 70%. Sehelai tshirt Nike roundneck di tandakan "LESS 20%" dengan harga selepas "LESS" RM79.90. Bila aku tanyakan pada jurujual katanya harga itu sudah "LESS". Sedangkan aku telah membeli baju yang sama, design yang sama, kualiti yang sama di butik Nike Alamanda, Putrajaya dengan hanya RM45.00 sahaja tanpa sebarang "LESS" pada masa itu. Maknanya tiada istilah "duty free" di disini.

Kemudian harga bola yang Dinie mahukan itu juga terlalu tinggi harganya RM11.90 sedangkan sekitar Lembah Klang cuma dalam lingkungan RM7.00 hingga ke RM9.00. Disebabkan Dinie hampir baring tengah jalan terpaksalah juga di belikan untuknya. :p

Suka ler dapat beli bola :p

Read more...

Hari keluarga Pak Mertua lah pulok!

>> Jul 6, 2009

Tarikh : 3 - 5 July 2009
Lokasi : Port Dickson

Allhamdulillah, Sambutan hari keluarga allahyarham Hj Abd. Manap & Hjh Kamariah berjalan lancar dengan jayanya. Hari keluarga ini adalah hari keluarga sebelah Pak Mertua aku pulak. Namun nenek tidak dapat menghadirkan diri kerana berada di Sarawak. Biarpun tidak lengkap kesemua ahli keluarganya namun kemeriahan tetap di rasai. Seramai 50 orang ahli keluarga mereka menyertai program kali ini. Termasuklah anak-anak, cucu-cucu & cicit-cicit nenek yang berjaya memporak perandakan banglo UPM tahun ini. Biar pun kami sekeluarga datang agak lewat tetapi kemeriahan jelas di rasai. Terima kasih kerana sudi menjemput kami sekeluarga dan terima kasih kepada semua sponsor.......... Kita jumpa lagi tahun hadapan, Insyaallah!!

Berikut adalah ringkasan aktiviti:
Hari 1
10.00pm - Bertolak dari Serdang ke Port Dickson
11.30pm - Sampai banglo terus makan malam
12.00pm - Berborak dan suai kenal :p
2.00am - Tidur

Hari 2
6.30am - Morning call
8.00am - Sarapan Pagi
9.00am - Acara menaikkan hasil tangkapan (jaring) & mandi laut
11.30am - Acara makan durian sampai lebam
12.30pm - Makan tengahari
2.00pm - Aktiviti bebas
5.00pm - Acara Tele-match bermula
5.30pm - Tarian Poco-Poyo dan persembahan
6.00pm - Pemberian soalan treasure hunt
6.15pm - Mandi laut lagi!!
7.40pm - Solat Maghrib
8.00pm - Persediaan BBQ nite
9.00pm - Tazkirah oleh Pak Long
9.45pm - Pemberian hadiah kepada para peserta
10.15pm - Pemberian jawapan soalan treasure hunt dan hadiah
10.30pm - Acara makan
12.00am - Para nelayan turun ke laut
1.30am - Tidur

Hari 3
6.30am - Morning call
8.00am - Sarapan Pagi
8.30am - Para nelayan turun ke laut (ambik hasil)
11.30am - Mandi manda
1.00am - Makan
2.00am - Check Out



Read more...

d'Rais Pham Beach Blast!

>> Jun 24, 2009

Tarikh : 18 June - 22 June 2009
Lokasi : Duta Village Resort, Kuantan

Buat julung kalinya d'Rais Pham a.k.a family sebelah mak mertua aku mengadakan hari keluarga di Duta Village, Kuantan. Bertujuan merapatkan tali persaudaraan dan mengeratkan sulatulrahim antara ahli keluarga. Walaupun tidak kesemua ahli keluarga menghadirkan diri namun kesemua acara berjalan lancar dan jayanya. Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada tuan penasihat, tuan pengerusi, ajk-ajk terlibat, seluruh ahli keluarga dan terima kasih tidak terhingga atas sumbangan t-shirt, rebat tol, makan malam dan hadiah-hadiah pertandingan. Semoga rezeki anda semua akan bertambah lagi dan kita akan berjumpa di tahun hadapan.. Insyaallah.............

Kronologi:
Hari 1
4.45pm - Memulakan perjalanan dari KL ke Kuantan
6.15pm - Berhenti di R&R Temerloh
7.40pm - Berhenti solat di R&R Gambang
9.00pm - Berhenti di Pekan Gambang
10.30pm - Tiba di Duta Village, Kuantan (check in)
11.00pm - Makan malam (acara bebas)
2.00am - Tidur

Hari 2
9.30am - Sarapan Pagi
11.00am - Acara "Treasure Hunt" bermula
1.00pm - Makan kenduri (aktiviti bebas)
4.50pm - Acara "Tele-Match" bermula
6.00pm - Mandi laut
6.45pm - Mandi pool
7.40pm - Solat Maghrib
8.30pm - Bertolak ke Tg. Lumpur (makan malam)
11.00am - Menuju ke Bandar Kuantan
12.00am - Acara "Karaoke & Sambutan Hari Bapa"
3.00am - Kembali ke Duta Village
3.30am - Aktiviti bebas (Sailang)

Hari 3
9.30am - Sarapan Pagi
10.00am - Aktiviti bebas
12.30pm - Bertolak ke Sungai Lembing
2.00pm - Mandi Sungai dan Makan tengahari (gotong-royong)
6.00pm - Pulang ke Duta Village
7.45pm - Solat Maghrib
8.10pm - Persiapan malam BBQ (gotong-royong)
10.00pm - Makan malam (BBQ)
12.00am - Pemberian jawapan soalan "Treasure Hunt" dan Penyampaian Hadiah acara "Tele-Match)
1.30am - Soalan cepu emas dan game tambahan
2.30am - Bersurai
3.00am - Aktiviti bebas (Sailang)

Hari 4
10.00am - Sarapan Pagi
10.30am - Aktiviti bebas
12.00pm - Check Out
12.30pm - Bertolak ke Teluk Cempedak
1.45pm - Makan Tengahari (aktiviti bebas)
5.00pm - Bertolak ke KL

Read more...

Ayam den Lopeh!! aik..aik...

>> Feb 17, 2009

Tarikh : 12/2/2009 hingga 15/2/2009
Lokasi : Padang & Bukit Tinggi, Indonesia

Hari 1 : Menaiki bas dari UPM Serdang seawal 4.30 pagi menuju ke LCCT Sepang bersama pelajar-pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan & Pengajian Kaunseling UPM. Agenda asal pemergian mereka adalah untuk menyertai Seminar Internasional Pembudayaan Kaunseling di Universitas Negeri Padang (UNP). Kami tiba di lapangan terbang Minangkabau, Padang pada jam 8.00 pagi dan terus menuju ke UNP untuk acara seminar. Kedatangan kami disambut dengan acara sarapan pagi dan tarian tradisi masyarakat minang. kemudian aku sekeluarga hanya berlegar-legar di sekitar universiti sehinggalah jam 5.00 petang.


Check-in di Ambacang hotel dan kami sekeluarga mengambil keputusan tidak melibatkan diri untuk acara sukaneka dan makan malam mereka yang juga diadakan di UNP. Sekitar jam 8.00 malam waktu tempatan kami sekeluarga makan malam di restoran KFC/Swensens yang terletak bersebelahan hotel. Melihatkan suasana sibuk kota Padang membuatkan kami tidak berani berjalan-jalan lebih jauh dari kawasan hotel.

nasi goreng & teh botol

Hari 2 : Check-out seawal jam 8.00 pagi dan terus menuju ke UNP sekali lagi bagi sesi Seminar kaunseling yang kali ini disertai guru-guru dari sekitar Sumatera Barat. Aku sekeluarga mengambil peluang mencuba masakan masyarakat Padang di warung berhampiran Universiti. Lebih kurang jam 12.00 tengahari bas bertolak terus menuju ke Bukit Tinggi yang mengambil masa lebih kurang 4 jam. Dalam perjalanan ke Bukit Tinggi, kami singgah sebentar di air terjun Lembah Anai (Air mancur).


Kemudian meneruskan perjalanan sehinggalah dibawa ke Pandai Sikek di Padang Panjang bagi melihat kerja-kerja menyulam dan sekaligus membuatkan isteri dan ibu mertua aku teruja dengan jualan kain telekung dan kain kebaya.

Dinie mencuba songkok bulu.. eeee...

Selesai membelanjakan beberapa ribu rupiah kami semua di bawa terus menuju ke Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau. Menariknya, replika Rumah Gadang di jadikan tarikan pusat informasi ini. Selesai penerangan ringkas mengenai budaya dan adat masyarakat Minang kami meneruskan perjalanan sambil berhenti di beberapa butik kain dan songket sekitar Padang Panjang.

Rumah Gadang


Sampai di Kota Bukit Tinggi kami terus menuju ke rumah makan Gon Raya bagi menikmati makan malam ala-Minang. Memang pedas! (tahap dewa). Sempat juga membeli replika basikal tua yang di perbuat dari tembaga.

speda tembaga sih!

dinner


Kemudian check-in di Kharisma hotel lebih kurang jam 7.00 malam. Hotel ini terletak berhampiran Jam Gadang dan Pasar Bawah/Atas. Setibanya kami dihotel ini kami terus diserbu oleh peniaga-peniaga kain & cenderahati yang membuka perniagaan mereka disekitar pintu pagar hotel. Di lobi hotel terdapat persembahan tarian tradisional minang. Antara lagu paling sinonim yang di nyanyikan ialah lagu "Ayam den lopeh" dan lagu-lagu rakyat yang lain. Sempat juga mencuba "Murtabak Bandung" yang di jual dengan harga RP10,000.

murtabak bandung (apam balik)

Hari 3 :
Seawal 8.00 pagi bertolak terus menuju ke butik kain sekitar Bukit Tinggi dan seterusnya menuju ke Ngarai Sianok dan Lobang Jepang. Ngarai Sianok merupakan Grand Canyon versi Bukit Tinggi. Pemandangannya indah apatah lagi berlatarkan Gunung Singalang. Lobang Jepang merupakan kubu bawah tanah yang dibina oleh tentera Jepun semasa perang dunia ke-2. Ramai buruh paksa yang telah menjadi korban di sini. Di dalam lubang ini terdapat banyak bilik dan terowong yang panjang keseluruhanya adalah 7 kilometer. Aku dan Dinie hanya menunggu di luar sambil menikmati pemandangan dan udara yang nyaman.

Ngarai Sianok

Lobang Jepang

wall's bike

Kemudian kami menaiki bas semula menuju ke Pasar Atas yang terletak berhampiran Jam Gadang. Jam Gadang merupakan mercu tanda Bukit Tinggi. Di sinilah syurga membeli belah kaum hawa di Bukit Tinggi. Pelbagai barang hiasan, cenderahati, kain, telekung, songket, pakaian, makanan dan perhiasan wanita terdapat di sini.

Jam Gadang

Pasar Atas

Sekitar jam 1.30 petang kami meninggalkan Pasar Atas dan bertolak menuju ke Rumah Makan Minang yang terletak berhampiran Rumah Sakit Bukit Tinggi.


ise steller

Selesai makan, perjalanan pulang semula ke Kota Padang diteruskan sambil berhenti di beberapa lokasi butik kain. Sekitar jam 5.45 petang sampai semula ke Ambacang hotel dan selesai urusan check-in terus menuju ke bilik untuk mengemaskan bagasi yang dari awalnya 2 kini menjadi 3 buah. Selepas maghrib sekitar jam 7.00 malam kami sekeluarga turun ke kolam renang bagi menikmati makan malam yang berkonsepkan BBQ. Kejutan bagi Prof Rosnani kerana anak-anak didiknya telah merancang menyambut hari lahirnya di sini.


Habis acara, isteri, ibu mertua dan Dinie kembali ke bilik bagi mengemaskan bagasi kami. Aku di pelawa Azlan & Pak Ween (tour guide) berjalan-jalan sekitar Kota Padang. Ada di antara rombongan yang ingin mencuba telur penyu dan mencari rokok kretek. Pulang kehotel sekitar jam 12.00 tengah malam.

Hari 4 :
Seawal jam 4.30 pagi kami di kejutkan dan menuju ke meja sarapan. Selesai check-out sekitar jam 5.45 pagi terus bertolak ke Lapangan Terbang Minangkabau untuk kembali ke tanahair. Penerbangan pulang dari Padang ke LCCT cuma mengambil masa 45 minit.


*Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Fakulti Pengajian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Kaunselor & Psikologi UPM Serdang, Plus Travel (Azlan), Safirra Travel (Pak ween & friends) dan Universitas Negeri Padang atas layanan anda semua... Terima Kasih!

Read more...
Blog Widget by LinkWithin

Pyzam Glitter Text Maker

KELIWON JC MURAH?

KELIWON JC MURAH?

NAK PINDAH RUMAH? CARI LORI?

NAK PINDAH RUMAH? CARI LORI?
0123113473 - MAZLAN

Rider Down!


  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP