Kau Satria Ku

>> Mar 29, 2009

Semenjak 7 tahun lalu aku menjaga mu
Saat suka duka kau bersama ku
Saat kau di cangkuk besi penarik
Aku menangis di dalam hati
Saat kau tersadai
Wong yang akan merawat

Kini
Aku menarik nafas lega
Apabila saat ku tunggu kunjung tiba
Kini
Kau semakin usang
Usang di telan zaman
Kini
Aku gembira
Bersamamu lagi
Kali ini berbekalkan geran
Dan semangat ke Satriaan ku ini


Last payment... Satri ku

Read more...

IMPAK MAKSIMUM?

Date : 29 March 2009
Time : 8.30am

Location : PCP lagi?


Pagi minggu ride solo sekitar PCP.. ride bermula dari 4x trail menuju ke lambakan switchback. Kali nie aku buat 2 loop lambakan switchback dengan kelajuan maksimum yang aku mampu. Seronok jika mencuba climb selaju mungkin dan mampu menguji kecekapan mengawal lambakan switchback. Kemudian kembali ke 4x trail dengan kelajuan maksimum yang aku berani. Lambungan Fuji beberapa kali membuatkan aku tidak berani melakukan jump mengikut nafsu. Kena ingat hari nie ride seorang diri.. pepehal kang susah plak. Mengulangi beberapa kali 4x trail dan terus menuju puncak. Selesai mendaki kepala terasa pening sejenak.. aduh!! apsal nie?? Lepak sejenak dan terus menuju ke trail baru melalui jambatan baru sekitar lereng bukit. Melalui trail baru menembuskan aku sekitar trailhead hut 1. Lagi lambakan switchback & berm menanti.. kali ini gaung juga menanti di bawah jika terlajak dari landasan berm. Terpaksa memperlahankan fuji kerana ada 1 group bergerak perlahan di hadapan. Kemudian aku mengambil keputusan keluar trail melalui tarmac menuju ke 4x trail semula. Masuk semula dan melayan 4x beberapa kali... Penat siol!!



hey! enche Canopus.. saya orang ke-2.. hehehe...

Masa nak loading fuji baru aku perasan kereta satria tahun 1996
aku telah di langgar oleh seekor binatang buas.
Cilakooo!!! Ini kes langgar lari nih.....


Read more...

Kura-kura Sakura Xzone

Kura-kura chap Xzone ini sebagai penganti kura-kura Fox flux yang sekian lama menemani Fuji Tahoe. Kegawatan ekonomi global memaksa aku menjual kura-kura fox flux melalui BBS dengan harga RM200. Hasil jualan aku belanjakan untuk membeli kura-kura Sakura Xzone dari Sambike yang harganya jauh lebih murah dari flux. Wang selebihnya aku gunakan untuk membeli sekotak dunhill 14 yang tertera gambar paru-paru rosak.. belanja isteri makan Ayamas dan isi minyak kereta.

model beriya-riya mengayakan kura-kura Sakura Xzone

2 in 1... boleh guna masa bawak MTB & ROADBIKE

Read more...

GOOD BYE FOX

>> Mar 27, 2009

aksi terakhir model bersama kura-kura fox aku

Good Bye Fox!!!

Do you hear me,
I'm talking to you
Across the water across the deep blue ocean
Under the open sky oh my, baby I'm trying
Boy I hear you in my dreams
I feel your whisper across the sea
I keep you with me in my heart
You make it easier when life gets hard

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Oooohhhhoohhhhohhooohhooohhooohoooh

They don't know how long it takes
Waiting for a love like this
Every time we say goodbye
I wish we had one more kiss
I'll wait for you I promise you, I will

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
I'm lucky we're in love in every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

And so I'm sailing through the sea
To an island where we'll meet
You'll hear the music, feel the air
I'll put a flower in your hair
Though the breezes through trees
Move so pretty you're all I see
As the world keeps spinning round
You hold me right here right now

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
I'm lucky we're in love in every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

Ooohh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh
Ooooh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh

* Lagu si Jason Mraz feat. Colbie Caillat nie langsung
takde kena mengena dgn kura-kura fox aku.
Cuma masa aku ondaway jumpa bakal owner baru kura-kura fox nih...
ini lewh lagu yg aku dok cuba hafal.

Read more...

Ini Dugaan.. bukan Cobaan..

>> Mar 23, 2009

Hari nie punch card bertukar colour merah gara-gara datang lewat. Bangun pagi kereta plak pancit tayar belakang.. belasah je bawak sampai esso berdekatan rumah. Pam angin sampai tahap maksimum.. then drive terus menuju ke rumah mak mertua. Hantar Dinie dan ambik motor.. wife terus je drive menuju UPM. Nanti petang kalo pancit lagi baru tukar tayar. Seperti biasa aku bawak motor menuju ke Puchong.. kelihatan lampu merah menyala menandakan minyak 2T berkurangan. Tiba-tiba motor berhenti mengejut.. aduhhh!! motor aku dah jam plak... hujung-hujung bulan macam nie datang plak dugaan bertindih.. Alamak!!

Read more...

I need RB?

Date : 22 March 09
Time : 8.00am - 11.30am

Location : Pasar Borong Selangor - Cyberjaya - Presint 9

Average Distance : 40km

Principal : Bro Ijan
Hardcore Riders : Wan kuda, Ezam Pingu, Nazri @ Jazryhaikal, Din Ice, Faried, haitsan,
Bro Enold



Sesi latihan tarmac R.O.P datang lagi.. kali ini aku memulakan kayuhan dari Pasar Borong Selangor. Seterusnya mengejar kelompok pertama R.O.P yang kelihatan berada di hadapan kami. Sekitar Cyberjaya berhenti menunggu rider-rider yang lain. Bro Enold terpaksa patah balik ke rumah gara-gara jentera road-nya mengalami masalah teknikal. Namun beliau menunggu kami di Presint 9 dengan menunggang jentera berenjinnya pula. Dari Cyberjaya kami memasuki Putrajaya melalui lebuhraya berdekatan PICC. Kayuh santai sambil melihat belon udara dan ngeteh di Presint 9. Hakikatnya.. penat sih kayuh tarmac pakai MTB..huhuu...


bukti bergambar



Read more...

Crap Crunnk Craaappp!!

Date : 21 March 09
Time : 5.00pm
Location : PCP

Ini kali pertama ride petang-petang hari kat PCP, aku ride dengan enche Faried jek. Walaupun petang pengunjung PCP tetap ramai. Kami memulakan kayuhan dari 4x trail menuju ke hut 1 yang terletak di trailhead PCP. Sedang asyik melayan switchback climb tiba-tiba.. crunk..crunkkk..craaaakkk.. "the end.." pekik enche Faried. Aduhaaaiii.. rantai Anthem putus sudah.. huhu.. Nampaknya ride kali ini terpaksa berakhir di sini.

anthem.. after disaster
Yo! whut up! chantek rantai..

new obstacles


Read more...

Hardcore Training & Nasi Lemak

>> Mar 16, 2009

Date : 15 March 2009
Time : 7.30 waktu Jakarta
Location : Taman Mas - Banting
Average Distance : + - 36km

Ride kali ini terlalu pantas sehinggakan tiada apa cerita yang sempat di karang. Gambar hanya sekadar pemuat ruangan posting kali ini. Semuanya berlaku begitu pantas... apa yang sempat aku ingat cuma trail hari ini basah & kotoran degil menyeliputi tubuh...

Rider bayangan
Gaya baru.. idea Bro Enold
left : Nazry, Din Ice, Ezam Pingu, Shah, Blucold, Bro Ijan & Faried

Read more...

BCDC #3 at Metro

Read more...

Rider 2 Zaman

Date : 13 March 2009
Time : 9.00pm

Location : Putrajaya, Malaysia
Distance : 12km


Malam nie wife & mak mertua aku je yang kayuh kat Putrajaya. Training nak kayuh PD kot diorang nie.. hehe.. aku lepak ngan celomok& tina je kat dataran masjid. Teman budak 2 orang nie main lari-lari.. keluar gak lewh peluh.. hehee...


Rider 2 zaman

nie port rider2 gak nie...

jumpa housemate lama... enche Baboon & Naufal yang hyper..
wife dia tengah gossip ngan wife aku..hehee..

Celomok selesai tawaf dataran masjid

Upin & Ipin? betul..betul..

Celomok & Tina Poyo

Read more...

Race Crew.. Bukit Cermin Downhill 09

>> Mar 10, 2009


Date : 8 March 2009
Time : 7.45am to 5.30pm
Location : Bukit Cermin (Putra Height)

Sekali lagi R.O.P diberi kepercayaan menjadi crew dalam siri 3 "Bukit Cermin Downhill Challenge" yang di anjurkan oleh Ridemore pada tahun ini. Seawal jam 7.00am Putra Height telah di banjiri peserta-peserta yang mengambil bahagian dan para petugas. Kelihatan juga muka-muka rider yang sudah sinonim dalam arena downhill sekitar lembah klang. Tahun ini Republic Of Puchong menghantar 3 orang peserta... Ezam Pingu, Bro Ijan dan Korn (tapak hijau).. malangnya korn hanya dapat mengambil nombor sahaja tahun ini kerana beliau mengalami kecederaan semasa sesi raptai penuh. Akibatnya korn hanya menjadi crew yang memakai nombor 211...hehe.. Tahun ini aku di tempatkan di area "Big Jump" berdekatan dengan Lenggong & Bro Mat. Tugas aku tunggu orang lompat, bagi semangat, borak-borak dengan photographer, hisap rokok, minum air, kencing dan tiup wisel sahaja.. huhuu..

Antara rakan-rakan R.O.P yang menjayakan race tahun ini (crew)
Kaymalik, JazryHaikal, Bro Am, Din Ice, Shah_java, Lenggong, Bro Mat, Korn 211 dan Taqwa.

Bagi rakan-rakan dan kenalan di luar sana yang inginkan perkhidmatan kami sebagai marshall/crew bolehlah menghubungi kami melalui email ataupun talian terus. (Bayaran boleh di bincangkan) hikhikhik...

Borak-borak downhill

Beat My Time.. hehee..

River Gap

Rock Garden

Rock Garden

cara tiup wisel yang betul

Nan Bully

Bro Ijan Final Run

R.O.P riders

Big Jump

Read more...

XC rider + PCP = Be carefull!

Date : 7 March 2009
Time : 8.30am
Location : Putrajaya (PCP)

Seperti biasa ride sekitar PCP bersama Faried kuat.. Scha & Fimi tidak dapat menghadirkan diri kerana masalah keluarga. Kali ini pedal start dari 4x trail menuju ke hut 4 sambil melayan terrace climb. Terserempak dengan Bro Am yang datang PCP seorang diri (secret training) di hut 3. Kemudian memasuki semula lambakan switchback dan kembali ke hut 4 dan terus menuju ke 4x trail semula. Seorang rider yang datang dari Port Dickson terjatuh dan mengalami kecederaan serius... bahu lari sioooolll.... Sempat berkenalan dengan seorang rider dari Segamat.. (lupa nama plak). Selesai drama bantu membantu kami meneruskan 1 loop lagi ride melalui hut 4 dan kembali melayan lambakan switchback.

Mangsa sedang di beri pertolongan

Kelihatan Bro Am (ROP) membantu mangsa sambil
menjeling ke arah gadis berbaju merah

Read more...

Switchbacks & "Penarik Basikal Gunong"

>> Mar 4, 2009

Date : 1 March 2009
Time : 10am
Location : Putrajaya (PCP)

Buat pertama kalinya membawa enche Badoot On 7 merasai kenikmatan switchback & keasyikan dunia MTB setelah beliau berjaya menjebakkan diri membeli sebuah MTB cap Merida TFS. Enche Badoot On 7 merupakan rakan lama dari zaman persekolahan.. dari beratnya 57kg sehingga sudah menjadi 107kg sekarang. Melihat reaksinya jelas beliau mula berminat pada aktiviti ini dan akan cuba mengembalikan berat asalnya supaya sama seperti 15 tahun dahulu. Katanya... itulah tujuan sebenar beliau mahu menjadi "Penarek Basikal Gunong"


Enche Badoot di beri tunjuk ajar oleh guru pedal

mencuba layan downhill size s

Read more...

Putrajaya Critical Mass #11 + Save Gaza

>> Mar 2, 2009



Putrajaya Critical Mass #11

Apa itu PCM?
untuk apa PCM digerakkan?
Kenapa anda menyertai PCM?
Apa pengorbanan anda?


Jawapan mudah bagi rakan-rakan yang bakal & sudah menyertai PCM selama ini terletak pada diri sendiri. Jika anda berminat menyertai PCM tidak timbul sebarang keraguan dan kekesalan terhadap apa jua keadaan yang berlaku semasa PCM berlangsung. Perkara utama yang selalu di bangkitkan adalah masa.. "time is gold"... memang benar masa itu emas. Tetapi cubalah tidak berkira pada masa hanya sekali setiap bulan. Mungkin ianya emas bagi anda.. tetapi jangan terlalu tamak kadangkala. Memang kita perlu menetapkan masa bermula yang tetap, tetapi keadaan dan persekitaran kadang-kadang mampu merubah perjanjian kita. Selama beberapa siri PCM yang saya ikuti berbagai pandangan dan komen dari pelbagai pihak mengenai masa bermulanya PCM. Ada menyokong dan sebaliknya.. namun PCM tetap di teruskan. Jangan hanya menuding jari ke arah PCM yang kononnya mengabaikan masa. Dari pengalaman singkat saya menyertai pelbagai aktiviti MTB termasuk MTB Jamboree, MTB hash, MTB race & Downhill Race yang di anjurkan berbagai pihak juga tidak tepat pada perjanjian masa.

Pendapat saya jika PCM yang akan datang di janjikan bermula jam 9.00 malam... 9.30 malam.. tetapi bila waktunya sudah sampai dan PCM masih belum bermula anda bolehlah memulakan kayuhan anda sendiri. Jika anda datang berkumpulan lebih baik anda memulakannya bersama-sama rakan anda. Jika di teliti konsep PCM telah tertulis "no leader". Ini bermaksud tiada sebarang arahan perlu di dengar dari ketua ataupun sesiapa. Maknanya jika anda berasa perlu memulakan kayuhan kerana faktor masa, mulakan. Rasanya tiada sesiapa yang akan melarang. Jika anda sendiri ingin menunggu dan merasai keghairahan berkayuh secara kelompok.. teruskan... itu pilihan anda. Kita perlu memahami dan mengambil kira pengorbanan rakan-rakan lain yang bertungkus lumus menjayakan acara ini dan rakan-rakan yang sanggup meninggalkan keluarga, kerja dan berbagai perkara lain semata-mata kerana PCM. Contohnya saya sendiri.. dulu selalu bertekak dengan isteri kerana PCM.. kebetulan PCM serentak dengan aktiviti isteri.. iaitu setiap malam jumaat. Walaupun PCM cuma sebulan sekali isteri tetap tidak memberi lesen kerana saya perlu menjaga anak. Cuma Sabtu & Ahad adalah hari pelepasan saya untuk berbasikal. Namun kini setelah saya membelikannya sebuah basikal semata-mata PCM, dia akur dengan minat saya dan mula berkongsi minat yang sama. Anak kami juga di hantar ke rumah mertua dengan ganjaran tambahan untuk beliau semata-mata kerana PCM. Setakat ini juga kami tidak pernah mengambil 'mc' mahupun 'el' kerana PCM walaupun pulang dinihari dan keesokannya masih perlu bekerja. Ini perlukan pengorbanan.. kita perlu berkorban kerana minat kita sendiri.

Kesimpulannya, apa juga matlamat dan niat rakan-rakan (organiser) semata-mata untuk memuaskan hati banyak pihak.. bukan sesetengah pihak sahaja. Mereka tidak di bayar malahan mereka di maki hamun sekiranya ada sedikit kesilapan yang sepatutnya kita sama-sama perbaiki. Cuba ingat, pernahkah kita belanja (organiser) secawan teh sebagai tanda terima kasih padanya. Diharapkan bagi rakan-rakan yang ingin menyertai PCM akan datang lebih "sporting" dan benar-benar merelakan diri untuk PCM.. bukannya sekadar berlagak sombong dan mencari kesilapan orang lain. Kepada rakan-rakan PCM juga dinasihatkan cuba menepati masa.. sekurang-kurangnya janganlah kita terlalu lewat dari kelewatan.


Di bawah ini adalah ringkasan perjalanan menuju ke Putrajaya (PCM) "time is gold.. masa itu emas"

5.30pm : Waktu kerja tamat
5.40pm : Keluar dari pejabat
6.10pm : Sampai Serdang, gunting rambut
6.45pm : Ambil anak dan isteri
7.10pm : Sampai Rumah
7.30pm : Mandi, Solat dan bersiap
8.00pm : Pasang bike rack, loading barang & 2 buah basikal
8.15pm : Hantar anak ke rumah ibu mertua
8.40pm : Bertolak dari Serdang ke Putrajaya
9.00pm : Sampai di "Palace of Justice", parking
9.05pm : Isteri sakit perut (cari tandas)
9.20pm : Cari parking
9.30pm : Bersedia!!

Ini adalah sedikit ringkasan perjalanan aku dan isteri dari Sri Serdang ke Putrajaya. Walaupun dekat tetapi tetap bersiap macam kartun dek kerana mengejar jam 9.00pm (PCM). Bayangkan jika rakan-rakan yang datang sejauh Gombak, Nilai, Seremban, Shah Alam, Sg. Buloh, Klang, Ampang dan sebagainya. Sempat ke nak datang dan start kayuh jam 9.00pm.. sharp?? Jumlah peserta pada malam ini mampu mencapai angka 120 orang walaupun bermula agak lewat... dan bayangkan jika ianya bermula jam 9.00pm.. agak-agak adalah dalam 50 orang kot.. siap tolak isteri aku yang masih dok dalam toilet.. huhuuu... Lagipun bulan ini merupakan bulan pertama berpindah ke lokasi baru. Di fahamkan ramai yang tersesat sekitar Putrajaya mencari lokasi "Palace of Justice". Malah ada yang mengeluh.. "lol cakap lewh mahkamah"... hikhik... Mungkin blog-blog lain ada yang memuji PCM dan tak kurang juga memperlekehkan PCM dan usaha segelintir pengiat seni berbasikal dalam mempelbagaikan aktiviti sihat ini. Jika anda rasa PCM menyusahkan... anda bolehlah berkayuh sendiri atau pun bersama rakan-rakan anda sahaja. Harapan aku PCM dapat diteruskan hingga ke generasi anak aku nanti... lagi 20 tahun kot.. muahaahaaaa...

PCM kali ini juga bertujuan mengutip derma untuk tabung NSTP Gaza.. difahamkan RM800 berjaya di kumpul hasil keperihatinan para peminat PCM.. Banyak dari overtime claim aku tuh... huhuu...

to Daoh... aku dapat info dari Kaymalik wife hang keguguran pagi jumaat tu.. ingatkan hang tak datang PCM.. tapi sebaliknya... bersabar bro.. ini semua dugaan...



Read more...
Blog Widget by LinkWithin

KELIWON JC MURAH?

KELIWON JC MURAH?

NAK PINDAH RUMAH? CARI LORI?

NAK PINDAH RUMAH? CARI LORI?
0123113473 - MAZLAN

Rider Down!


  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP