Dan bila Jamboree Sri Iskandar berlangsung

>> Feb 25, 2010

Tarikh : 20 & 21 Feb. 2010
Lokasi : Sri Iskandar, Perak
Jarak Kayuhan : 38km dari 52km (jadilah :p)

Keputusan menyertai Sri Iskandar Jamboree adalah di saat-saat akhir kerana sepatutnya hanya fokus kepada program "Da Tua Gi Pangkor" anjuran Beskal.com. Namun hasrat menyertai touring terpaksa di batalkan kerana sarang hanya bagi kelonggaran hanya untuk menyertai jamboree. Ini merupakan jamboree sulung bagi tahun 2010 dan kebanyakan rakan-rakan yang menyertai Jamboree kali ini pun mendaftar di saat-saat akhir. Beberapa rakan menyertai SIT atas tiket rakan-rakan basikalis lain dan akhirnya seramai 11 orang berjaya berkumpul di dalam homestay milik Pn. Salwani. Antara rakan basikalis yang turut serta kali ini ialah Bro Zamri kembar Dawg, Along Bianchi, Mus, Zack, Kaylah, Adi Adios, Payed, Sharizman a.k.a Cupin, Ken Beskal.com dan Dr Farhan. Tahniah buat semua rakan basikalis yang berjaya menghabiskan ke semua 5 check point. Saya hanya sampai CP4 dan paling "gampang" CP4 dah tutup masa kami sampai dalam jam 1pm. Sticker tinggal 6 keping aje... habis yang lain? Atleast kasi je lah sticker pada semua yang dah sampai CP4 nie.. sticker pun nak kira. Cupin dah mimpi dah nak dapat tembikai potong.. slurppp.. :p

Jam 7.30am acara di lepaskan melalui laluan tarmac sepanjang lebih kurang 8km yang membuatkan Kona dawg kelihatan makin lama makin tertinggal berkampung-kampung. Di hidangkan pula dengan tarmac climb yang sememangnya neraka bagi tayar cap kenda nevergagal. 14.1kg + 76kg = 91.1kg jumlah berat basikalis dan basikalnya cukup membuatkan nafas mula bergerak pantas dengan sedikit penyesalan di rasai. Itu belum kira berat spare tube, sure up Payed, kamera, rokok, bladder, biskut, cloud9 & tools. Tambahan pula batuk, selsema & demam yang mula melanda berjaya menambahkan lagi rasa penuh kesal untuk meneruskan kayuhan kali ini. Dalam hati hanya mampu berkata.. selesai CP2 terus keluar chicken run. Setibanya sekitar trail head kelihatan ramai berpusu-pusu memasuki trail yang penuh sesak. Sepanjang trail menuju ke CP2 di sajikan dengan lambakan climb dan beberapa singletrail pendek. Laluan sekitar kebanyakannya di penuhi pasir-pasir halus dan berbatu kelikir.. juga najis lembu. Namun paling menambahkan tekanan adalah cuaca yang sungguh panas. Bayangkan tengahari buta panjat bukit yang macam haram... pokok takde.. macam sahara woooo... Paling tak syok bila tengah dok layan downhill bibir mula rasa masam-masam manis, ingatkan peluh biasa.. rupanya siap campur hingus yang dah meleleh. Cheh!! Terima kasih kepada seorang basikalis dari utara yang sudi bagi saya sejenis gel sebagai daya tahan. Itu pun sebab dia perasan muka saya macam pucat tahap apa ntah. Dia cakap bagus untuk orang demam, "buh terus.. tak yah ayaq" Kelihatan beberapa basikalis mula mengambil laluan pintas setibanya di satu climb yang macam haram. Di sinilah saya bertemu Cikgu Ijass dan kami sama-sama menolak ketika mendaki hingga ke puncak. Lebih kurang 22km barulah sampai di puncak CP2 yang menyediakan mineral water, sebuah pondok dan sebatang pohon kayu yang besar untuk berteduh. Di sinilah saya bertemu Bro Armstrong yang kemudiannya saya mengekori beliau beberapa kilometer sehinggalah CP3. Melayan downhill dari ketinggian 150 meter bukit botak memang menyeronokkan apatah lagi dengan kona dawg yang di perkemaskan dengan recon bertravel 130mm. Sungguh teruja.. namun perlu berhati-hati kerana keadaan begitu curam dan kelihatan longgokan batu-batu besar menanti di bawah. Dalam hati hanya berkata.. "giler jugak Bro Armstrong nie layan downhill.. berkipas-kipas tayar belakang" Keluar kelaluan tarmac dah nampak ambulan dok standby tepi jalan. Itu tandanya bahaya!Seterusnya laluan menuju ke CP3 di sambut dengan lambakan terrace climb yang masih macam haram. Walaupun hanya 300 meter nak sampai CP3 saya dah mula tolak rehat dan tolak rehat sahaja. Cuaca panas menembusi tempurung kepala dan rasa macam nak chicken run dah. Namun setelah sampai CP3 di hidangkan dengan epal, mineral water dan 100 plus semangat kembali pulih. "Ok! tanya bro Armstrong.. "takpe lah bro, jalan dulu lah" Beberapa ketika saya kembali meneruskan kayuhan dengan misi mahu sampai ke CP4 barulah chicken run sebab kalau lewat sangat takut terlepas lucky draw. Laluan seterusnya masih disajikan dengan lambakan climb dan saya terpaksa berhenti beberapa kali. Kembali bertemu Bro Armstrong dan sempat melepak dengan group dari Banting (Kelab KakiKayuh). Sempat juga berborak sambil menolak dengan Atok dari Serdang Jaya. Umur 74 tahun tapi masih kuat giler dok kayuh MTB. Katanya dia juga customer Sam K&L dan jersi yang di pakainya baru di beli dari Sam sebelum mengikuti program jelajah semenanjung bersama-sama pelajar UPM Serdang. Sedang cuba memulakan rentak kayuhan mata mula tersasar ke arah beberapa basikalis yang kelihatan sedang bersantai sehinggakan peluh sudah kering dari badan mereka. Di sinilah saya bertemu Kaylah, Cupin, Zack dan Enche Nizam Saton. Maknanya saya berjaya mengejar mereka??? atau mereka berjaya menunggu saya??? muahahaaa... "kitorang cari ko nok!!" kata Kaylah.. "kitorang risau, kan ko demam.. phone tak angkat" kata Cupin. Terima kasih wahai rakan.. nak nangis dengar masa tue... huhu.. Nasib baiklah bertemu mereka semula dan sekurang-kurangnya masih ada semangat untuk meneruskan kayuhan. Namun beberapa ketika melayan downhill kami kembali menemui lambakan climb dan sampai tahap saya dah tak tahan dengan panas. Tanggal baju sehinggalah sampai ke CP4 dan sungguh nyaman ketika melayan downhill. Namun bila sampai di CP4 kami di beritahu CP4 dah tutup. Untunglah Bro Zack dah siap-siap naik black maria.. kami berempat terpaksalah kayuh melalui tarmac 6km lagi menuju ke dataran Sri Iskandar. Memang hampeh bila di beritahu CP4 dah tutup lebih kurang jam 1pm. Ingatkan dapatlah juga sticker CP4, namun hampeh... sungguh! Sempat juga berbual dengan Enche Pojie dari geng Mountain Bike Recreation Tg. Malim semasa perjalanan menuju ke dataran Sri Iskandar.
** Ucapan TAHNIAH! buat pihak penganjur kerana telah berjaya menganjurkan acara sebesar ini dan InsyaAllah kami akan mengikuti lagi program anjuran anda pada masa akan datang. Jersi jangan lupa POS yer!!!

p/s : Adeh!!! demam lah pulak.. banyak sangat berjemur masa cuti panjang tempohari.. huuuhu..

Read more...

Cuti Panjang

>> Feb 24, 2010

Latihan jenis apa yang di jalani sebelum Sri Iskandar Jamboree?
Cuti panjang 10 hari yang Mr Tony bagi cukupkah untuk latihan ala taliban?
Atau hanya tidur di rumah tanpa membuat kerja-kerja rumah yang telah di arahkan isteri?

Kategori : Santai
Tarikh : 16 Feb. 2010
Lokasi : Promenade, Putrajaya
Masa : 5.30pm-9pm
Latihan : Berlari-lari anak mengejar Dinie yang berbasikal sekitar Promenade Presint 1. Maklumlah budak notti nie masih tak pandai guna brake, main kayuh aje.


Kategori : Lompat tahap pelagak ngeri
Tarikh : 17 Feb. 2010
Lokasi : Taman Cabaran, Putrajaya
Masa : 8.30am-10.45am
Latihan : Melompat dan sesi fotografi sekitar bike park bersama-sama Enche Don a.k.a owner asal dawg yang memacu jentera baru dari negara omputih. Cuma kami belum berani mencuba fun box.. ngeri seh!


Kategori : Urban ride/Melancong
Tarikh : 18 Feb. 2010
Lokasi : Pesisir Tasik, Putrajaya
Masa : 8.30am-10.45am
Jarak : 20km
Latihan : Latihan menahan haba panas dan halangan kecil bersama-sama Fendi Raleigh sekitar pesisir tasik dan Bukit Wisma Putra. Laluan menarik jika di benarkan berkayuh santai pada waktu malam.

Read more...

JOM LUMBA LAGI!

>> Feb 23, 2010

DATE : 24 FEB 2010
TIME : 9PM
LOC : AZWATH, SERDANG

** JIKA HUJAN? AUTOMATIK CANCEL LAH!

Read more...

Critical Mass

>> Feb 17, 2010


Date : 16 Feb. 2010
Time : 5.30pm
Location : Promenad Presint 1, Putrajaya

Memandangkan cuti tahun baru cina yang masih panjang inilah peluang untuk membawa anakanda Dinie & sepupunya Tina dan Afiq bersiar-siar sekitar Presint 1, Putrajaya. Peluang mereka bermain "akai" dengan tiada batasan ruang membuatkan mereka gembira sampai lupa nak balik.

Read more...

D'Rais Pham Day 2010

Tarikh : 12, 13 & 14 Feb 2010
Lokasi : Bukit James Louis Fraser (Fraser Hill)
Peserta : 45 Orang

Pekan kecil Bukit Fraser dikelilingi hutan hujan negeri Pahang. Pusat peranginan tanah tinggi ini yang terletak pada ketinggian 1,524 meter di atas paras laut merupakan tempat tumpuan para penggemar alam semulajadi kerana hutan di sini mengandungi pelbagai jenis tumbuhan, burung dan spesis haiwan yang lain. Bukit Fraser hanya boleh dikunjungi menerusi sebatang jalan yang melalui 'The Gap' yang terletak di kaki bukit. Sebaik sahaja anda melepasi 'The Gap', anda akan merasakan seolah-olah kembali ke zaman silam. Suasana di Bukit Fraser menyerupai suasana perkampungan di pedalaman negara Scotland yang dipenuhi dengan bangunan granit kelabu dengan gaya Tudor. Pekannya agak kecil dan kebanyakan aktiviti di sini tertumpu di sebuah dataran yang mempunyai sebuah menara jam yang cantik. Kebanyakan kemudahan di sini terletak di dalam bangunan-bangunan yang terbina pada zaman penjajahan Inggeris. Setelah kata sepakat dari seluruh keanggotaan ahli kelab D'Rais Pham hari keluarga edisi 2010 di adakan di sini. Kami menginap di apartment Silverpark dengan pelbagai acara seperti sukaneka, treasure hunt, BBQ nightmare, poco-poco dan acara sailang. Seperti biasa saya hanya memandu beberapa ketika sebelum kepala terasa berpusing, nasi sudah sampai hidung dan badan mula berpeluh.... nasib tak muntah... huhuuu...



p/s : Ucapan Tahniah juga buat para rakan basikalis yang berjaya menawan puncak Fraser tempohari. Saya lebih rela berkayuh dari menjawab soalan treasure hunt... huhuu...

Read more...

>> Feb 11, 2010

INFO : TIADA "KELIWON NITE RIDE" 12 FEB. 2010 KERANA RAMAI RAKAN-RAKAN BASIKALIS SIBUK DENGAN PERSIAPAN HARI RAYA CINA DAN PERSIAPAN BERCUTI. NAMUN KEPADA RAKAN-RAKAN BASIKALIS YANG MASIH DEGIL INGIN BERKAYUH BOLEHLAH HUBUNGI 012-3113473 (ABG. LAN) KERANA BELIAU MUNGKIN BERKAYUH. SELAMAT BERCUTI KEPADA RAKAN-RAKAN BASIKALIS, KENALAN DAN RAKAN BLOGGER. BERHATI-HATI DI JALAN RAYA DAN KITA BERTEMU DI KAYUHAN 1M1MTB 17 FEB 2010 NANTI... HARAP MAKLUM!

Read more...

10 x Bukit

>> Feb 8, 2010

Read more...

Baik Nok!!!

Tarikh : 7 Feb 2010
Masa : 8am-10am
Lokasi : Taman Cabaran, Putrajaya
Pelumba : Don, Pejal, Payed, Daniel dan Kaylah

Minggu ini buat kali keduanya sesi uji pandu Kona Dawg di PCP bersama rakan-rakan lain. Ini merupakan pengalaman pertama Daniel bermain di sekitar PCP dan pengalaman pertama aku berkayuh sosial dalam hutan bersama-sama Pejal, Kaylah & Daniel. Manakala Payed dan Don merupakan pemburu awal denai-denai sekitar PCP. Minggu lalu aku terpaksa berseorangan mengemudi jentera terpakai cap Kona Dawg yang di beli dari Don dan mengalami masalah pada "headset". Mengeluarkan bunyi yang kurang enak di dengar dan semakin lama terasa semakin ketat. Namun minggu ini sesi uji pandu "repeat" berlangsung dengan jayanya.

Read more...

Minggu Encik Mazlan Rani

Encik Mazlan (kacak sungguh)

Tarikh : 5 Feb. 2010
Masa : 9pm-12am
Lokasi : Putrajaya
Pelumba : 29 kekuatan
Jarak kayuhan : 29km
Jarak haitsan : 35km (dari rumah sampai terowong UPM) :p

Alhamdulillah, seramai 29 pelumba amatur menyertai "Keliwon Nite Ride" edisi yang di pertua Mazlan Rani. Minggu ini yang di pertua bertindak selaku kepala kayuh mengikut sistem giliran gegelung putaran masa. Insyaallah, senarai giliran mengikut peringkat ke-otai-an akan di paparkan di dalam blog ini bagi memudahkan semakan semula giliran masing-masing. Pilihan laluan kayuhan dan lokasi takung di tangan anda dan buatlah pilihan yang bijak bagi kepuasan kita bersama. Syaratnya hanya Putrajaya akan menjadi lokasi bermulanya "Keliwon Nite Ride" pada setiap minggu.

Kelihatan yang di pertua Mazlan tersenyum lebar tanda berpuashati dengan laluan pilihannya dan cukup gembira kerana berjaya menghabiskan kayuhan bersama-sama jentera 'folker ekor lembut' barunya (kuat orang tua nie). Kami memulakan kayuhan dari Presint Diplomatik menuju ke Kampung Limau Manis melalui Persiaran Timur dan hanya re-group sekitar "puncak simpang". Seterusnya bermandi peluh melayan turun naik sekitar laluan Kampung Limau Manis yang menyajikan lambakan pendakian dan hanya berhenti re-group sekitar bulatan. Berhenti di sini beberapa minit sambil menunggu Abg Wan & the Langat Gang sambil ada beberapa pelumba amatur mula mencucuh rokok, bagi laporan pada isteri, borak-borak basikal, ketawa-ketawa dan ada juga yang kelihatan "menung cicak". Dari sini kami meneruskan kayuhan melalui Kampung Teras Jernang menuju kearah UKM Bangi. Along dan Mus bertindak selaku "penyapu" kali ini dan berjaya membantu Bro Din yang mengalami kekejangan otot kaki. Namun kedua-dua "penyapu" dan Bro Din tersasar dari laluan asal dan terpaksa berkayuh pulang bertiga. Kami hanya menunggu di Shell sekitar seksyen 6 Bangi dan setelah lama menunggu dan di sahkan yang mereka bertiga telah tersasar kami pun mula bergerak kembali. Dari sini kami melalui Tasik Cempaka, Kompleks PKNS, Selaman, Uniten dan kembali semula ke Presint Diplomatik. Sekitar Selaman 2 orang lagi pelumba amatur mengalami kekejangan otot dan kami terpaksa menunggu mereka beberapa ketika manakala pelumba-pelumba amatur yang lain telah pun bergerak terus ke Presint Diplomatik. Terima kasih kepada para pelumba amatur yang memeriahkan kayuhan malam itu dengan semangat kesukanan dan minat yang sama. Biasalah jika ada sedikit kecacatan, faktor masa, trafik dan kerenah segelintir pelumba.. itu semua lumrah bagi dunia pelumba amatur seperti kami. Rasa Terima Kasih kepada para pelumba "regular", Langat Gang, Pujmac dan lain-lain. GO RIDE YO BIKE!

Read more...

5 simple rules while riding a bicycle at night.

>> Feb 4, 2010

1. Be sure your bike has front, rear, side rim, and wheel and pedal reflectors.These are now required on all new bicycles, for older bikes reflective tape may be used. Use front and rear lights to help make you more noticeable to cars and strap small battery-operated lamps to your legs such as a simple flashlight.
2. Wear light colored clothing, never wear black. Always wear a reflective vest and reflective bands on arms and legs.
3. Always wear a good helmet with a rigid but crushable interior material which may help absorb the force of an impact.
Apply reflective tape to your helmet for more visibility.
4. Never allow children to ride a night.
5. Avoid riding on dark, narrow roadways where the posted speed is more than 35mph.

Read more...

Laluan Pilihan Abg. Lan


TRANSFORMASI "KELIWON NITE RIDE" 2010

Kayuhan di atas merupakan kayuhan mingguan yang di sertai rakan-rakan basikalis yang baru di kenali sepanjang tahun 2009. Telah memulakan kayuhan pada 1 May 2009 dengan hanya 3 basikalis hadir waktu itu. Jutaan TERIMA KASIH kepada rakan basikalis yang tidak jemu mengikuti kayuhan mingguan ini biar pun mereka datang dari pelbagai peringkat umur, bangsa, agama, status dan pangkat. Semoga kayuhan 2010 lebih ceria dengan sedikit transformasi format kayuhan "Keliwon Nite Ride". Demi keadilan dan keseronokan semua basikalis yang setia menyertai kayuhan ini mulai 22 Jan 2010 setiap basikalis yang menyertai kayuhan ini akan di beri peluang menentukan laluan mana yang beliau inginkan (Sekitar Putrajaya). Sebagai penghormatan kita akan bermula berdasarkan peringkat umur basikalis (Siapa Otai dia dulu). Di harapkan transformasi ini akan lebih memberikan keseronokan dan kepuasan kepada semua rakan basikalis. Insyaallah semoga rancangan kita ini akan berjalan lancar dengan kerjasama anda semua.



View Larger Map

Minggu ini secara automatik Abg. Lan a.k.a yang di pertua 2 akan bertindak selaku "Kepala Kayuh" yang laluan kali ini di ilhamkan olehnya sendiri. Bagi yang inginkan kepastian tentang keadaan cuaca sekitar Putrajaya bolehlah hubungi Along Daud di talian 0123993969 untuk info cuaca. Jumpa malam... Adios!

Read more...

Berbasikal dengan orang glamour?

>> Feb 3, 2010

Hujan yang turun dengan lebat selebat-lebatnya hari ini telah pun reda sekitar jam 7 malam. Semuanya mula berkira-kira adakah diri cukup sedia berbasikal malam ini bersama teman yang lain. Ada yang mula meminta kepastian seawal mungkin dari teman supaya diri dapat dipersiapkan jika benar malam ini malam mereka. Ya! "Serdang ready to roll Dato..." Janji di kotakan dan bermulalah kayuhan yang di gelar 1M1MTB yang lebih menitik beratkan latihan "naik bukit" untuk diri sendiri. Seperti biasa para basikalis-basikalis setia mula berkumpul dan berbasikal bersama-sama. Namun malam ini cukup istimewa... dawg bertemu kembarnya. Lebih istimewa kali ini para basikalis di kejutkan dengan kedatangan seseorang yang cukup terkenal di seluruh pelusuk kampung, bandar dan kota. Jika di tanya kanak-kanak hinggalah ke orang dewasa pasti semua mengenalinya. Ada yang meminatinya.. ada yang mengeruni wataknya. Beliau memang hebat dan lebih di kenali berbanding Arash Mohd yang kini menyertai Pujmac. Rasa hormat kami kepadanya cukup tebal.. sehinggakan ada yang segan silu bila dia mula menegur para basikalis. Danial pula hanya berdiam diri dan sedikit berpeluh bila dia bertanyakan beberapa soalan. Ketika dia memintas kami semasa mendaki di sekitar "twin peak" beliau tersenyum sinis sambil berteriak.. "POTONG! POTONG!" Namun beliau tidak dapat meneruskan kayuhan dan hanya berhenti ketika di puncak pintu utama Mardi kerana masih ada 3 orang pelanggan yang perlu beliau uruskan. Kami hanya bertemu beliau kembali ketika sesi char keow tiaw dan beliau menyatakan hasratnya untuk pergi touring ke Pangkor memandangkan kurangnya "job" ketika sesi persekolahan berlangsung. Sayang sekali tidak seorang pun membawa kamera malam itu. Jadi tiadalah gambar kenangan para basikalis bersama beliau... beliau memang hebat!

Rasanya inilah jenis "commuting bike" yang di kayuh TOK MUDIM malam itu... heheee..

Read more...

Streching

Adakah anda melakukan regangan (streching) sebelum dan selepas kayuhan? Macam tiada kan? Ada kah? Bila kah? Kebanyakan basikalis hanya meregangkan mulut dengan merokok, minum teh tarik atau makan tosai rawa sebelum berbasikal dan selepas berbasikal mereka hanya duduk berborak dan makan char kuew tiaw sebagai regangan. Itu tindakan yang jauh sekali tidak betul. Di bawah ini adalah sedikit cara-cara meregangkan badan sebelum dan selepas aktiviti berbasikal. Regangan (streching) penting bagi mengelakkan kecederaan semasa berbasikal dan aktiviti sukan yang lain. Mulakanlah dari sekarang!


Read more...

CARI BUKIT BUKAN CARI JODOH

>> Feb 2, 2010

Read more...

TEMPAHAN T-SHIRT?

>> Feb 1, 2010

Salam 1 MTB kepada rakan-rakan basikalis dan para pengunjung blog ini. Kali ini saya dengan rasa rendah diri, gundah gulana dan tekanan darah tinggi yang belum menurun ingin menjual tshirt berkaitan MTB yang di minati saya dan mungkin juga kalian semua. "JIKA BERMINAT" dengan design ringkas yang di paparkan di bawah ini anda bolehlah membuat tempahan melalui saya di talian telefon tangan 0172676371 (haitsankona) atau boleh bertemu muka bertentang mata setiap hari Rabu di kayuhan 1M1MTB Serdang atau setiap hari Jumaat malam di "Keliwon Nite Ride" , Presint Diplomatik, Putrajaya. Harga sehelai rm25 dan bolehlah membuat tempahan saiz dan juga bayaran secepat mungkin.....

* I suka KL MTB - Tshirt warna hitam


- Depan -

- Belakang -

* Keliwon Nite Ride Kuala Lumpur

Read more...
Blog Widget by LinkWithin

KELIWON JC MURAH?

KELIWON JC MURAH?

NAK PINDAH RUMAH? CARI LORI?

NAK PINDAH RUMAH? CARI LORI?
0123113473 - MAZLAN

Rider Down!


  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP