TG. MALIM FUN RIDE 2010

>> Mar 23, 2010


Assalammualaikum wbt & Selamat Sejahtera.

Yup..Tg Malim ride kembali lagi lahh..Dah lama tak ride ke sana. So, ROP nak organize ride sulong ROP for 2010 di Tg Malim. Lebih kepada trip santai dan relax. Tapi whoever nak kayuh dan main paitball, amat di alu-alukan oleh TM Bikers.. Sebutharga spt tertera dibawah:

Tarikh: 3 & 4 April 2010

Venue: Bernam Heritage, Tg Malim

Penginapan 1 malam utk 1 org:

Chalet:
RM50 per person + 6 meals
RM25 per person + 6 meals utk kanak-2, 10 tahun ke atas. Anak-2 bwh 10 tahun, FOC


* Chalet boleh masuk 4 org dewasa dgn selesa. Takde air-cond dan TV. Tapi kemudah bilik air dan tandas disediakan di dalam setiap chalet dan selesa.

Dorm:
RM45 per person + 6 meals

* Dorm boleh muat 1 batalion tentera. Takde air cond dan TV. Cuma ada 'penunggu' je..heheh. Sgt sesuai utk rakan-2 yg bujang atau perasan bujang..ehem..

Agenda Agendi:

Sabtu :-

7AM - Gerak dari Puchong/KL

8AM - Tiba di Tg.Malim. Siap sedia utk mulakan kayuh.

8.30AM - Tayar roll... (katanye le..)

12PM - Check in chalet

1PM - Lunch dan acara bebas..

4PM - Minum petang dan acara bebas lagi

8PM - Makan malam atau BBQ (kalo ramai permintaan)

9PM - Supper & Karaoke

12AM - Tidor le..atau pun nite trekking (ada bran..?)

Ahad:

8AM- Breakfast

9AM - Pantballzzzzz..

12PM - Lunch

1PM - Check out..

Agenda diatas hanyalah dlm anggaran saya. Kalo perlu adjustment, sila hubungi saya secepat mungkin.

Paintball:

RM55 per person. Details, sila hubungi saudara AO.

Kepada ahli atau bukan ahli ROP yg berminat, sila hubungi saya di tepon genggam 019 2202 292 atau email/YM saya di woitie@yahoo.com.

Sekian. Terima kasih.

Wasalam

Read more...

PENGUMUMAN!

>> Mar 20, 2010

Salam 1 MTB wahai rakan basikalis dan rakan blogger. Saya terpaksa bercuti dari dunia kayuhan beberapa minggu kerana isteri sedang menghitung hari melahirkan cahayamata kedua. Semoga rakan-rakan basikalis tetap meneruskan kayuhan rabu "1M1MTB" dan "Keliwon Nite Ride" Putrajaya setiap hari Jumaat. Bagi rakan-rakan yang ingin menyertai Ipoh Jamboree pada 30 May 2010 nanti bolehlah hubungi saya untuk urusan pendaftaran dan tempat menginap sebelum 1 April 2010.


"KAYUHLAH TANPA RASA PENYESALAN"

Read more...

PASAR MALAM TAIPEI

>> Mar 18, 2010

Sekali lagi majikan aku mengadakan oversea tour, kali ini kami ke Taipei (Northern Taiwan). Aku lah orang paling lama cuti sebab hari isnin tiba-tiba demam dek kerana bertakung belakang tokong masa ride FRIM hari ahad tu.. heheee.. Isnin masih kerja tapi badan lemah dan petang hanya mampu tidur je kat surau ofis. Doktor Tengku pulak bagi aku mc 2 hari dan bekalan ubat serta vitamin yang banyak. Hari rabu aku dah rasa sedikit 'ok' dan jika tidak terpaksalah aku bayar balik ganti rugi air ticket yang dorang dah beli. Namun dengan tiba-tiba Dinie pulak demam, badan dia panas dan merengek-rengek. Aku call ofis inform kat dorang mungkin tak dapat join trip kali nie. Memandangkan keadaan wife yang tengah sarat dan anak yang demam memang confirm tak dapat join. Alhamdulillah keesokan harinya Dinie dah mula menunjukkan tanda-tanda 'ok' dan nasib baik wife aku setuju tido kat rumah mertua. Dari rumah mertua aku bertolak sekitar jam 4.30am, tumpang kereta Puo Suo sampai rumah Ms.Phang kat Puchong. Kemudian tumpang kereta Izlan sampai LCCT dan breakfast kat sana. Flight kami lebih kurang pukul 9.50am dan sampai di Taipei airport sekitar jam 3.50pm.

Hari 1 - 11 Mar 2010

Hari pertama kami terus menuju ke Taischee Blooming Oasis yang hanya menyajikan bunga bungaan dengan cuaca ala-ala Genting Highland. Tidak ada apa yang menarik di sini, cuma pemandangan tanah tinggi dan pokok bunga. Dari sini kami terus bergerak ke Restoran makanan halal ala-ala masakan Thai sekitar jam 7.30pm. Selesai makan malam kami di bawa ke Shin Lin Night Market yang merupakan pasar malam dengan bau-bauan yang macam haram. Bau tauhu busuk yang sungguh meloyakan menyebabkan kami tidak berada lama di sini. Lagipun barang-barang di sini tiada bezanya jika shopping di Sekinchan ataupun sekitar Jinjang. :p Sekitar Shin Lin terdapat sebuah butik basikal Giant namun aku tak dapat nak ke sana kerana terlalu malas nak berjalan kaki dan masa yang suntuk. Check in di New Continental hotel sekitar jam 10.30pm dan selepas letak barang aku keluar semula berjalan sekitar hotel mencari kedai basikal terdekat.


Hari 2 - 12 Mar 2010

Selesai makan roti dan sandwich tuna yang siap sedia di bawa kami bergerak terus ke Chiang Kai Shek Memorial Hall. Kawasan nie lebih kurang macam sebuah dataran yang luas dengan beberapa bangunan bercirikan tradisi masyarakat cina. Kami di sambut dengan tarian-tarian masyarakat asli mereka dan hanya sekadar mengambil gambar di sini. Dari sini kami menuju ke Yangmingshan National Park dan sekali lagi terpaksa berjalan kaki beberapa kilometer hanya sekadar melihat bunga-bungaan. Di sini terdapat pelbagai spesis bunga dan paling menjadi tarikan ialah bunga sakura. Di sini juga kelihatan beberapa kenderaan keluar masuk membawa basikal. Mungkin terdapat bike trail dan kelihatan ramai juga basikalis yang sedang mendaki di laluan tarmac. Sekitar jam 12.00pm kami bergerak untuk makan tengahari di restoran Ali Baba. Menghidangkan nasi beriani dan masakan selera mamak. Sekitar jam 1.30pm kami sampai di Jiufen Old Street yang terletak di puncak kawasan tanah tinggi. Jiufen menawarkan barangan cenderahati dan pelbagai jenis makanan. Namun tiada apa yang menarik bagi kami memandangkan kurangnya cenderahati yang mengambarkan Taipei itu sendiri. Nasib baik aku dapat beli model beca yang diperbuat dari besi dengan harga yang lebih murah dari yang terdapat di Melaka. Terpaksa juga berbelanja untuk beberapa jenis keychain yang harganya sekitar RM5.00 hingga RM8.00 satu. Memang mahal giler! Bayangkan jika ahli keluarga ada 10 orang? kawan 10 orang? awek? jiran? rakan basikalis? Jahanam! Dari sini kami terus bergerak ke Yehliu Geopark yang merupakan kawasan batu karang dan batu-batu yang unik terbentuk hasil dari hakisan ombak. Dari sini kami terus menuju ke Restoran Yunus yang terletak di Pei Ning Road untuk makan malam. Restoran ini menyajikan masakan Thai dan pernah beberapa kali di kunjungi stesen tv dari Malaysia termasuklah rancangan Halal Oriental di astro Oasis yang di hoskan oleh Fara AF. Restoran ini turut menyediakan ruang solat dan mempunyai pelbagai pilihan makanan halal. Selesai makan malam kami menuju ke Huaxi Night Market. Namun ketika sampai masih banyak gerai yang belum dibuka kerana hujan. Hanya berjalan-jalan sekitar kaki lima kedai dan di sinilah aku terjumpa kedai serbaneka yang menjual pelbagai jenis aksesori basikal. Melihatkan harga yang di tawarkan aku dengan gelojohnya membeli touring bike carrier, touring bag belakang, touring bag depan, bike tools, lampu dan juga sebiji helmet cap VR1. Ikut hati memang aku nak borong sampai habis duit tapi memikirkan ada lagi beberapa hari untuk mencari kedai basikal terpaksalah aku tahan sedikit nafsu gelojoh. Sampai di hotel aku terus bertanyakan pada Ms. Jane (amoi tour guide) kat mana kedai basikal terdekat. Dengan relanya dia offer aku naik skuter dengan dia pergi kedai basikal dan di Taipei kedai basikalnya hanya akan tutup sekitar jam 10.00pm. Sempat juga Jane berpesan.. "No Hug huh!" heheee.. Lebih kurang 1km sahaja dari hotel terdapat 5 buah kedai basikal yang masih beroperasi. Namun kesemuanya berkonsepkan bike boutique dan hanya 1 kedai sahaja boleh cakap omputih. Nasib baik Jane tolong translate kat tokey tu dalam bahasa Hokkien. Namun memang menghampakan bila tanya harga semuanya lebih mahal dari kedai Sam Serdang yang sememangnya mahal. Cheh! lebih baik beli kat Sam.. boleh buat easy payment lagi.. heheeee... Harga complete bike lebih murah di sini berbanding bike parts. Tetapi mata memang tak boleh tahan tengok fixie bike yang terdapat di kedai sekitar Taipei. Perghhh!!! memang tertarik.. Budaya berbasikal sekitar Taipei memang lebih menarik. Anda akan dapat lihat folding bike, fixie dan MTB menguasai pusat bandar selain skuter. Amoi ranggi ala-ala Wondergirl pun naik basikal je pergi shopping kat Taipei 101.. adakah Cik Da atau Kaymalik akan ke KLCC naik basikal? Mungkin tidak... muahahahaaa... Selesai cuci mata aku terpaksa bergegas balik kerana Jane dah mula bising sebab waktu kerjanya dah lama tamat. Dia suruh aku balik jalan kaki sambil menunjukkan arah jalan. Namun dia tetap menumpangkan aku sehinggalah sampai sekitar balai polis di mana kawasan tu aku dah ingat macam mana nak balik hotel. Berkali-kali dia tanya aku ingat tak jalan nak balik hotel masa atas skuter. Aku cakap kalau sesat aku pergi cari balai polis aje.. heheee...


Hari 3 - 13 Mar 2010

Selepas sarapan dalam bilik dengan Ismed kami menaiki bas menuju ke Martyr's Shrine. Masa nie hujan sekitar Taipei. Ingatkan nak tengok mende.. Chit! hanya sekadar pergi tengok pengawal yang terpacak macam kat Istana Negara tu tukar shift kerja jek. Tak berbaloi berhimpit-himpit dalam hujan.. memang macam haram. Dari sini kami singgah di sebuah tempat menjual lingzhi dan teh yang sememangnya menambahkan tahap kebosanan. Kemudian menuju ke Shilin Residence di mana terletaknya kebun bunga isteri bekas perdana menteri pertama mereka dan seterusnya makan tengahari di restoran Taj yang terletak di Jhongsiao E. Rd. Makanan di sini memang sedap dan kami dihidangkan dengan nasi beriani, ayam tandoori, nan dan pelbagai pilihan kari. Kami mengambil keputusan tidak mahu ke Sankeng Tofu Street yang sememangnya pasar yang busuk kerana dari namanya pun dah tahu dan mengambil keputusan terus menuju ke Taipei Story House. Taipei Story House memang sesuai di kunjungi para pelancong, merupakan gambaran tentang sejarah bandar Taipei itu sendiri. Sarat dengan barangan antik di dalamnya dan mengambarkan budaya Taipei sekitar 50-70an. Dari sini kami di bawa ke Taipei 101 yang merupakan menara tunggal kedua tertinggi di dunia. Mempunyai lif paling laju di dunia dan dengan bayaran 400NT aku dah merasa naik menara nie dengan tshirt "Keliwon Nite Ride" lagi nok! Muahahaaaa... Sekitar jam 6.30pm sampai di restoran Yunus sekali lagi untuk makan malam. Hari nie letih sikit dan terpaksa tidur seawal jam 9.00pm.


Hari 4 - 14 Mar 2010

Kali ini kami di bawa ke Fisherman's Wharf yang merupakan pelabuhan untuk para nelayan dan tempat riadah bagi warga Taipei. Di sini juga terdapat begitu ramai basikalis bersiar-siar, kaki pancing dan pelancong. Pemandangan di sini menarik di hiasi dengan bunga-bungaan, dek kayu, susunan bot dan berlatar belakangkan bukit bukau. Cuma kami tidak berada lama di sini kerana kesuntukan masa. Kemudian kami di bawa ke Danshui Old Street yang juga macam pasar uptown. Di sini di sediakan basikal sewa namun aku terpaksa berputih mata sebab hanya tinggal tandem bike. Terpaksalah berjalan kaki sekitar pasar ini dan beberapa kali mengelak dari di sondol anjing. Nasib ada juga beberapa jenis keychain di sini namun harganya amat mengecewakan. Adeh! Di sini kami terpaksa berada agak lama kerana bas yang membawa kami telah di langgar budak skuter dari belakang dan terpaksa di bawa ke balai polis. Bila bas gantian sampai kami terus menuju ke sebuah restoran seafood yang bertaraf 5 bintang. Order makanan dari reception counter di tingkat bawah dan menaiki lif untuk makan di tingkat 8. Perghh!! Lobi dia pun macam hotel.. setiap tingkatnya plak dewan makan. Angkara tuan director yang mahukan kami sama-sama makan dalam 1 dewan terpaksalah semuanya ikutkan saja sebab dia yang bayar. Sebab restoran halal memang tak mampu nak tampung kami yang seramai 3 bas ini terpaksalah kami makan nasi putih, udang rebus, serunding dan sambal ikan bilis yang di bawa dari Malaysia. Adeh! harap tempat je best.. tapi cuak nak main makan jek. Dari sini kami di jebakkan ke sebuah pusat penjualan mutiara dan selesai mendengar taklimat mengenai mutiara dan khasiatnya aku berpura-pura ke tandas dan terus turun hisap rokok kat luar. hahahaaa.. harga semua berdentum mahal lagi mahu promote kah? Chit! Dari sini kami terus menuju ke Xi Meng Ting Pedestrian yang merupakan kawasan beli-belah seperti Petaling Street yang menjual pakaian dan aksesori lebih moden. Penduduk tempatan mengelarnya Pop Culture Street yang sarat dengan pengunjung yang pelbagai gaya, fesyen dan ragam. Turut di hiburkan dengan pemuzik-pemuzik jalanan, para pelukis dan kebetulan pula Coco Lee sedang mempromosikan albumnya di sini. Mungkin di sinilah muda-mudi Taipei berpeleseran ketika hari minggu. Agak lama kami berada di sini dan kemudiannya mengunjungi restoran Aaleja yang terletak di Yanji St. Taipei untuk makan malam. Kami hanya makan kebab dan roti nan di sini. Restoran juga turut di kunjungi warga arab yang mencari restoran makanan halal sekitar Taipei. Setibanya di hotel kami terus keluar berjalan-jalan mencari kedai-kedai cenderahati dan aku mencari kedai basikal. Ramai antara kami masih banyak lagi duit Taiwan, masing-masing dah buntu nak buat beli apa memandangkan kurangnya cenderahati bercirikan Taiwan itu sendiri.


Hari 5 - 15 Mar 2010

Hari ini hari terakhir kami di Taipei, walaupun jam 10.40am kami check out kami tetap bangun awal dan selepas sarapan kami bergegas keluar mencari kedai-kedai yang sudah di buka. Memang kami ketandusan barang-barang cenderahati dan semuanya sanggup berjalan kaki begitu jauh semata-mata mahu menghabiskan duit Taiwan. Malangnya kedai sekitar Taipei hanya di buka jam 10.00am dan dengan perasaan gundah masing-masing pulang semula ke hotel sekitar jam 10.30am. Aku pun dah mula menyesal.. kalau tau baik beli touring bag tu banyak-banyak dan boleh jugak ler jual kat BBS... hampeh! Selesai check out kami terus menuju ke restoran Taj sekali lagi untuk makan tengahari dan sampai di airport sekitar jam 12.30pm. Nasib kami baik kerana begitu banyak tshirt dan barangan cenderahati di jual di dalam terminal. Cuma harganya agak melambung dan daripada ditanya isteri mana cenderahati bila balik nanti lebihlah baik beli aje apa yang mampu.. huhuu..


Sedikit info tentang makanan halal di Taipei (Taiwan) :

Yunus halal restaurant, No.36, Pei Ning RD, Taipei
Tel:(02)2579-0528 (disebelahnya juga terdapat 1 lagi restoran halal)
Menu : Masakan Thai

Aaleja restaurant, IF, No.6, Alley5, Lane70, Yanji St, Taipei
Tel:(02)27733227 , 0935-783-786
Menu : Beriani, kari, ayam tandoori, roti nan dan masakan india

Taj Indian restaurant, No.12, Alley6, Lane 170, Sec.4, Jhongsiao E.Rd, Taipei
Tel:(02) 8773-0175
Menu : Beriani, kari, ayam tandoori, roti nan dan masakan india

Read more...

Keliwon edisi Abg Mat

>> Mar 9, 2010


Putrajaya, 5 Mac 2010, Seramai 28 basikalis menyertai "Keliwon Nite Ride" edisi laluan pilihan Abg. Mat Merida. Kali ini laluan yang beliau pilih adalah Presint 14-Persiaran Timur-Sg. Merab-Teras Jernang-UKM-Hentian Kajang-Sek.14 Bangi-Selaman-Uniten-Ayer Hitam Presint 14. Di harap para basikalis yang menyertai kayuhan kali ini berpuashati dengan laluan pilihan Abg. Mat Merida yang berjaya menghabiskan 33km penuh aksi, ceria dan senda tawa. Ucapan Terima Kasih kepada para basikalis yang hadir terutamanya "Langat Gang" Abg. Wan, Bro Nizam, Abg. Roslee dan lain-lain (nama lupa). Jutaan Terima Kasih buat Nik Pujmac yang bertindak selaku sweeper bersama-sama Along Daud dan Kaylah (OKT). Terima Kasih kepada Abg. Lan, Mus, Faizal, Cupin, Bro Sam touring dan Adi touring... hehehee... kerana anda semua bersatupadu bekerjasama penuh sepakat dan semangat muhibbah bagi menjayakan kayuhan minggu ini. Semoga kita bertemu lagi di edisi kayuhan akan datang dengan laluan-laluan pilihan rakan-rakan lain pula. Ride More, Talk Less!

Read more...

Keliwon Nite Ride Edisi Abg Mat

>> Mar 3, 2010

Bawah : Laluan Pilihan
30++ KM

Read more...

40 Orang yang bermain panas?

>> Mar 2, 2010

Tarikh : 28 Feb. 2010
Masa : 8am - 12.30pm
Lokasi : Kota Warisan, Sepang
Jarak Kayuhan : + - 20km
Jumlah Basikalis : 40 orang

Lebih kurang seminggu yang lalu acara "fun ride" Kota Warisan telah pun di war-warkan di dalam FB yang di anjurkan Pujmac. Oleh kerana bunyinya "fun ride" aku pun berminat menyertainya kerana masih belum serasi dengan jentera baru "dawg" 14.3kg.. berat sungguh! Rakan-rakan lain ada yang meneruskan kayuhan "da tua gi Pangkor", Cupin pula menyertai hash di Sg. Buaya, Payed pergi layan PCP dan Bro Zamri follow geng Duke ke Kemensah. Geng ROP ada yang pergi gotong royong kat Bukit Cermin. Kali ini Along Daud dan Mus turut menyertai ride Kota Warisan dan kerana merekalah jumlah peserta menjadi genap 40 orang.. hehee.. Seperti biasa Pujmac menyusun acara dengan sedikit briefing ringkas dan bacaan doa. Jayen bertindak selaku mc untuk hari itu dan Bro Kamarul Oneone selaku kepala kayuh dan di bantu Bro Musawir, Nik, Sharin dan beberapa orang lagi. Sedikit bermasalah ketika kayuhan kerana hidung tersumbat dek kerana hingus masih menguasai rongga hidung. Susah sungguh bernafas melalui mulut ketika climb. Nasib baik kawan Bro Lob "kepancitan" dan inilah alasan untuk saya juga turut menyertai mereka.. heheee...

Ucapan Terima Kasih kepada Pujmac dan rakan-rakan lain kerana sabar menunggu saya ketika panas terik menguasai climb sebelum pencawang. Memang saya sangat keletihan mungkin sebab kurang tidur, lapar dan penat mandi laut masih belum recover... (alasan sungguh!... muahahaahaaaa...) Terima Kasih Bro Lob coz sudi belanja 2 gelas milo ais, 1 gelas soya bean dan sekeping roti canai (kalo tau nak belanja baik saya makan nasi beriani + 2 ketul ayam + kambing + sekotak dunhell 20) muahahaaahaaaa.... Terima Kasih para basikalis yang turut serta dan sampai kita jumpa di sesi kayuhan "Kota Warisan" yang lain. Kona dawg... anyone?

Read more...

Sarang punya program?

Tarikh : 26 & 27 Feb. 2010
Lokasi : Kuala Linggi, Port Dickson

Kesempatan cuti Maal Hijrah di ambil untuk membawa keluarga bercuti
di Port Dickson. Kali ini kami memilih chalet sekitar Kuala Linggi. Chalet
yang ringkas dan betul-betul menghala ke arah pantai. Namun seperti
kebiasaan Dinie memang tidak berminat langsung mandi air laut. Mungkin
pukulan ombak sedikit menakutkannya. Di tambah pula Dinie memang
kurang suka memijak pasir pantai, mungkin geli kakinya. Namun kami
terpaksa berputih mata bila tujuan utama ke Port Dickson adalah kerana
ketam "songkla" telah habis sebegitu awal.


Read more...

R U MALAYSIAN? GOT MTB?

>> Mar 1, 2010

EVERY WEDNESDAY
MEET. TIME : 9PM
RIDE TIME : 9.30PM
MEET. POINT : AZWATH FLAT BOSNIA, SERDANG

INFO : 0172676371 (haitsan kona berat)

Read more...
Blog Widget by LinkWithin

KELIWON JC MURAH?

KELIWON JC MURAH?

NAK PINDAH RUMAH? CARI LORI?

NAK PINDAH RUMAH? CARI LORI?
0123113473 - MAZLAN

Rider Down!


  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP