d'Raispham Mega Futsal

>> Aug 27, 2008


Title : d'Raispham Mega Futsal
Date: 22 August2008
Venue : Sport Planet Kajang
Time : 11.30pm-1.30am

D'Raispham Futsal mini league telah berlangsung dengan jayanya pada 22 Ogos 2008 yang lalu. Sebanyak 7 pasukan telah mengambil bahagian kali ini, termasuk pasukan jemputan dari Team Sungai Ramal. Perlawanan yang bermula agak lewat malam tidak menjejaskan sedikit pun prestasi & skil masing-masing. Malahan kesemua pemain berkobar-kobar bagi merebut piala pusingan yang selama ini dirangkul berturut-turut oleh D'Piah FC. Pemain-pemain amatur seawal 12 tahun hingga 60 tahun beraksi kali ini.

Berbekalkan semangat dan rasa iri hati kerana kerap tumpas ditangan D'Piah FC, kali ini semua pasukan kelihatan bersungguh-sungguh untuk menewaskan pasukan copy paste Man U itu. Dengan usaha & sokongan crowd yang padu pada malam itu membuatkan pasukan underdog D'Mamood FC menang dengan lebihan mata. Sukar dijangka ketiga-tiga striker D'Mamood FC yang terdiri dari Mama (Pn Ana karipap), Mama_en & Mamasheta (kini pemain elite UPM... sila semak akhbar kosmo 24 Ogos 2008.. huhuu..) berjaya meloloskan diri beberapa kali bagi menjaringkan gol. Gelecekan & kawalan bola separa semi pro mereka membuatkan pihak lawan kecundang berkali-kali.

D'Mamood FC mengucapkan seplanet terima kasih kepada semua yang terlibat pada temasya kali ini. Thanks to D'Piah FC (Kajang) Mak Teh FC (Bangi), Ampang Pham, Kak Ella's Pham, Uncle Sudin Pham & Sport Planet Kajang, Tanpa sokongan & jeritan tuan puan siapalah kami.... kick today... heal tomorrow..

Piala pusingan yang hampir berkarat setelah setahun dijulang oleh
D'Piah FC berkali-kali... kali ini dan selepas ini... tidak lagi!!!


Lihat betul-betul kilauan piala ini.... buat masuk maggi best
mangkuk kat atas nih... huhuu...


Hamper saguhati kepada pasukan bawah 60 tahun
wanita di sampaikan Madam Mahami.


Anugerah pemain yang paling sabar menunggu kot nih... wakakaaaa.....

Aksi bakal Player D'Mamood FC yang akan mengegarkan seluruh wilayah jajahan celcom tidak lama lagi... dalam 10 tahun lagi kot... huhuu.. (Kelihatan Afiq & D'nee berjaya mengelecek bola melepasi salah seorang pemain D'Piah FC (berbaju hitam) dengan mengunakan teknik one two mereka. (bola terlindung)

Penulis bersama salah seorang ladies striker pada malam itu...

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin

Pyzam Glitter Text Maker

KELIWON JC MURAH?

KELIWON JC MURAH?

NAK PINDAH RUMAH? CARI LORI?

NAK PINDAH RUMAH? CARI LORI?
0123113473 - MAZLAN

Rider Down!


  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP