Tanjung Malim "Fun Ride & Picnic"
>> Aug 17, 2008
Title : "Fun Ride & Picnic" Tanjung Malim (with The TM Bikers)
Date : 17 August 2008
Location : Start/Finish at Bernam Heritage Resort
Time : 9.00am Average
Distance : 10km (kalo tak silap)
Tanggal 17 Ogos 2008, Kayuhan Bersekutu TM Bikers, Republic Of Puchong & Yan Brothers telah dilangsungkan di Tanjung Malim yang bertemakan "Fun ride & picnic" telah berjalan dengan jayanya. Lebih kurang dalam 30 riders mengambil bahagian kali ini. Flag Off seawal jam 9.30am yang bermula dari Bernam Heritage Resort terus menuju ke trail yang telah dirancang. Permulaan kayuhan melalui camp site dan seterusnya melalui single trail yang agak berlalang dan penuh jurai-jurayan. Disebelah kiri trail terdapat aliran anak sungai yang membisikan ketenangan sepanjang laluan.
Seterusnya, selepas berehat seketika kayuhan di teruskan dengan pendakian-pendakian ringan sehinggalah sampai ke tebing sungai. Setelah habis menarik powerstick masing-masing semua riders menyeberangi sungai sambil muka berkerut. Jarang junjung basikal beb...
Kemudian kayuhan diteruskan dengan pendakian yang agak menegak dan licin. Ramai berjaya mendaki dan ramai juga berjaya menolak naik basikal masing-masing. Selesai pendakian rider dapat merasai sedikit downhill menuju ke tebing sungai... sekali lagi jumpa sungai. Oleh kerana lokasi perkelahan hanya selepas menyeberang sungai, ramai riders mengambil keputusan untuk mencuba bakat membuat lompatan-lompatan nakal sekitar tebing. Ramai yang berjaya... ramai juga yang berjaya luka.... Sekali lagi arus sungai yang deras diseberangi... rasa sejuk & udara nyaman dirasai.. memang best!
Sampai lokasi perkelahan masing-masing mengeluarkan bekalan makanan dan bermulalah acara masak-memasak, borak-berborak & hisap-menghisap...huhuu.. Quartermaster pada hari itu ialah Bro Enul & Bro A/O... dibantu oleh Bro Al-Bob, Don, Cik Mat, lecturer & lain-lain. Menu menarik lagi da bomb...Talapia merah bakar, Nasi putih, Ikan masak asam, Sardin cili api, kerang rebus/bakar, roti bersalut telur, buah-buahan, biskut, maggi tomyam & macam-macam lagi. Selesai makan ada yang mengambil kesempatan mandi-manda, berborak tentang basikal dan cerita-cerita kedai basikal paling murah... huhuuu... Dengan aliran sungai yang separa deras dan bunyi-bunyian yang mengasyikkan dapatlah juga menenangkan jiwa para riders sebelum menempuh hari Isnin yang sarat dengan beban kerja.
Selesai membersihkan kawasan takluk, Rombongan riders terus menuju ke laluan trail yang menyajikan pendakian-pendakian gersang yang agak panas cuacanyer. Kemudian melalui downhill yang agak mengujakan dan memerlukan fokus yang lebih. Nyaris juga Farid bertumpu dengan aku.. huhuuu... Memasuki ladang getah yang agak panjang sambil melayan dakian-dakian kecil sehinggalah menuju lorong keluar ke tarmac. Kayuhan tarmac melalui kawasan campsite & dusun-dusun durian amat mengujakan, lebih kurang dalam 2km sampai semula ke Bernam Heritage Resort (finishing)
Secara purata kayuhan bersekutu "Fun ride & Picnic" bawaan The TM Bikers kali ini memang menyeronokkan. Jika kayuh seorang diri memang seronok.. kayuh berdua jadi 2 ronok... tapi bila kayuh beramai-ramai sudah menjadi beronok-ronok...

Ikhlasnyer... Terima Kasih buat The TM Bikers.. Bro A/O, Bro Al-Bob, Cik Mat, Bro Bakrie yang sudi melayan kami budak baru belajar sepanjang kayuhan kali ini. Tuan-tuan semua memang Best! best! Dengan harapan menggunung dapatlah kiranyer diadakan berkali-kali lagi selepas ini. Insyaallah sampai jumpa lagi!
2 comments:
Kayuhan kali ini ditemani duckling duck yang beberapa kali menyelamatkan kayuhan dari terlanggar rider-rider yang lain..huhuuu...
Hait-san.... Samapaikan salam pada geng Ampang... Insyaallah... Nanti kita bikin lagi lepas raye... Kita layan trek lain plak....
Post a Comment