Aku dan basikal "cup prix"

>> Nov 19, 2008

Kisah aku dan basikal (Dolu-dolu)


Mengimbau kembali kisah dan kenangan lama sewaktu mula berbasikal. Aku mula belajar menunggang basikal sekitar tahun 1982, masa tu aku baru berumur 5 tahun. Basikal pertama aku merupakan basikal plastik (tricycle) yang arwah abah aku beli di kedai cina gemuk kat pekan Sg. Besar. Mulanya abah tak beli basikal tapi dia terbeli kuda plastik yang ada roda tu. Meraunglah aku sambil menendang-nendang dinding rumah sampai tercabut salah satu papannya (rumah kampung). Disebabkan masa tu aku anak bongsu, arwah abah ikutkan sahaja kehendak aku... hehee.. Masa aku darjah 3 arwah abang aku a.k.a Black telah terjumpa sejenis basikal tricycle yang lebih besar dan seat-nya mirip-mirip motor harley. Bila dia bawa balik aku pun modified tukar sepit udang pakai yang basikal biasa punya. So, basikal tu dah jadi cam harley davidson ler.

Secara serius belajar kayuh basikal dengan mahaguru Pak Cik Dorani & Abg Joe. Dua beranak nie merupakan jiran sekampung aku yang ajar cara nak balance & ride basikal. Yer lah! Abg Joe nie tiap-tiap petang lepak tembok main gitar.. baik aku suruh dia ajar dan pinjam basikal dia...hehee.. Aku mula berkayuh kesekolah sekitar tahun 1988, masa tu darjah 4. Basikal pertama yang aku naik orang kampung panggil basikal "chopper" kepunyaan abang aku. Terpaksa pakai basikal buruk coz basikal baru Black yang pakai. Mula-mula bawak pergi sekolah rasa malu coz basikal aku buruk giler dari orang lain.Tapi nak buat camner.. itu je yang mampu... huhuuu.. Naik darjah 5 dapat basikal baru brand "saga" warna merah lagi..hehee.. itupun atas dasar kesian kakak aku.. dia yang belikan. Perkara pertama bila dapat basikal adalah buang sticker standard yang ada dan gantikan yang lain..hehee. Masa tu aku buat sticker sendiri "Landak team".. gerek seh!! Naik ke darjah 6 dah dapat join geng-geng basikal dari kampung lain. Masa nie dah pandai "lokat-lokat" basikal. Sekali lagi aku ada basikal baru cap "raleigh" yang lebih gah dan "perewel" (sprocket) mati 14 gigi. Top speed memang tak leh nak fight wey!! Masa nie aku namakan basikal aku "Mobil team" Basikal warna biru terang dengan sticker-sticker mobil.. hehee.. (pengaruh mat motor). Kami lebih berminat kepada basikal "cup prix" pada masa itu kerana murah dan mampu milik.Bila masuk tingkatan 1 minat melokat basikal bertambah lagi dengan beberapa kali tukar frame & cat baru. Pantang ada duit.. mesti repair basikal punyer. Antara colour yang aku pernah cat berserta sticker & temanya ialah light yellow (penzoil), light orange (total team), plain white dan beberapa colour lain. Masa nie kawan-kawan mintak tolong cat basikal dorang dengan berbagai-bagai lagi tema popular. Sport rim, cover rim & lidi alloy adalah perkara yang paling penting bagi kami masa tu. Berbagai patern yang pelik pun boleh anda jumpa. Pasaran barang-barang panas pun meluas time tu. So, ada duit beli.. kalo kantoi? kebalai ler..huhuu... Rasanya pada zaman tu geng kitorang je yang nampak gempak kat area Sg. Besar. Apa yang hebat ialah bila layan corner cecah pedal, buat welly & bike stunt.. berdiri kat seat belakang tuh... Bila di ingatkan kembali nampak macam kelakar siot zaman tuh..wakakaaa... Bila team gempak dan ada cabar mencabar antara geng-geng lain kami mula mengadakan night race (illegal). Race yang aku pernah join kat "trek" (sekarang pasar Sg. Besar belakang stadium). Bayaran RM5.00 dikenakan bagi menyertai race nie. Pemenang boleh dapat duit hasil collection tersebut. 2 kategori dipertandingkan.."perewel hidup" & "perewel mati". Memang meriah acara nie.. tak sangka dapat sambutan...

Bila meningkat remaja kitorang mula berminat touring plak. Tapi
memandangkan kami kekurangan modal &
hanya berbekalkan basikal cap ayam terpaksalah buat dekat-dekat je. Antaranya Sg. Besar - Pantai BNO
(20.4km), Sg Besar - Kuala Selangor (60km), Sg Besar - Sg Samak melalui Bagan Terap (32.5km), Sg Besar - Kem Sepintas (17.4km). Tapi kira hebat ler
gak coz masa tu single speed "perewel mati" je.. heheheee.. Bawak duit paling banyak pun RM10.00 je.. buat beli rokok...huh..

Myrideinterestfact

Fact 1 :
Kerana sayangkan basikal tricycle yang ala-ala harley davidson tu aku telah dicampak kedalam parit oleh seorang guru silat. Sebabnya? tanya
shah_rank..huhuuu...

Fact 2 :
Dulu... aku boleh berdiri atas seat belakang basikal dengan selambanya dengan kelajuan maksimum.

Fact 3 :
Beberapa rakan pernah ditangkap polis gara-gara kes curi basikal.

Fact 4 :
Dollah Rimau polis pencen (si tolol) merupakan orang yang paling kami benci pada waktu itu. Dialah orang yang sering menuduh kami mencuri basikal tanpa
bukti. Penghinaannya akan kami kenang sampai bila-bila. Siap buat report polis lagi.. bodoh..

Fact 5 :
Wan derk merupakan orang pertama memakai basikal Lerun 1 roda (macam basikal sarkas) pergi ke sekolah selain Radzi yang menggunakan kasut roda.

Fact 6 :
Kedai basikal paling popular masa tu adalah kedai "Kantong" Sg. Besar

Fact 7 :
Fauzi a.k.a si tonggek boleh melakukan aksi welly paling lama pada zaman ini... sekarang dah jadi tokey workshop kete turbo..huuhuu..

Fact 8 :
Tahukah anda? Shah_rank pernah tersadai atas peti surat disebalik pokok
bunga pagar rumah Wak Jamin
akibat hilang kawalan takala melakukan aksi
berdiri...wakakaaa...


P/s : Alhamdulillah.. dapat juga aku merasa pakai basikal ada gear skang nie.... siap pakai helmet lagi.. huh!

5 comments:

Alimuddin Shahid November 19, 2008 at 2:11 AM  

1. Aku dulu perewel mati 12... pe barang 14, tak laju!!! tapi kayuh berat nak mampus

2. BMX aku kaler oren rm35 aku beli cat sendiri huhuhu

3. Skill aku boleh kapal layar & berdiri atas frem beskal wahkahkaha... wheelie aku fail sikit laa

4. Tempat lepak kat pantai... yg sambung smpi BNO, sg hj dorani....

5. Dan yg paling mantap... beskal aku ada lampu lip-lap kat jejari pki dynamo kehkehkeh

Haitsan November 19, 2008 at 2:36 AM  

lampu lip lap aku pasang kat jejari depan.. pakai battery.. itupun hasil project kemahiran hidup.. wakakaaa.. kalo skang pakai g critical mass mau kena gelak besar..huhu...

flatfinger November 19, 2008 at 5:22 PM  

- Beskal 1st akuk aper tah warna biru masa umur 5 tahun...start belajo pakai tayar kucil kiri kanan..time tadika dah tere siap lepas tgn konon hebat..

- gi skolah rendah akak sedara akuk hanto nek beskal pi pasar tuh ada raga kat depan tuh...

- akuk selalu pow pak sedara akuknyer beskal tua palang tinggi tgh...akuk kayuh senget berdiri bawah palang tuh..

- tak mampu beli BMX..akuk convert beskal pasar tuh jd ala2x BMX...frame beskal pasar...lain semua BMX...memula warna oren bintik hitam ..mcm harimau bintang..

- BMX akuk kaler biru tua...patah frame tengah kat seatpost nyer tmpt gara-gara buat hope...

- akuknyer BMX dulu sama Don...12 la mati..14 hidup kot...

- beskal pasar tuh di convert jd beskal Jipang...handle panjang...sepit udang panjang... warna candy ungu...

- Akuk ada roadbike pi skolah menengah...kaler fully Chrome sampai bebudak panggil akuk "besi"...malangnyer hilang time akuk tingkatan 2...

- pastu akuk tak beli dah beskal...sebab akuk pow adik akuknyer MTB pi skolah setahun ja psl tingkatan 4 dah pow C70 pak akuk...

- dulu akuk pomen beskal yg agak hebat...londeh pasang balik tarak hal...spray cat sesuka hati...skrg pemalas nak kotor tgn...hahaha..

Anonymous November 19, 2008 at 6:49 PM  

hahahahahaha.. kelakar sewh.. trek kat pasar sg besar.. hehehe nasib baik lewh takde antara korang yang tersangkut kat tayar kubota depan rumah nenek gua.. ntah2 memang ada kot.. takpe nanti gua tanya nenek gua.. hishhhh bocah iki.. hahahahah

Haitsan November 19, 2008 at 7:06 PM  

eh! perewel mati 12 yek? yer lah.. aku dah lupa dah.. Rudy, mmg ada member terbang kat dpn parit kecik umah nenek ko. Si bacit namanya.. tapi bkn naik sikal.. naik motor suzuki "lonyot" masa tuh.. wqakaaaka

Blog Widget by LinkWithin

Pyzam Glitter Text Maker

KELIWON JC MURAH?

KELIWON JC MURAH?

NAK PINDAH RUMAH? CARI LORI?

NAK PINDAH RUMAH? CARI LORI?
0123113473 - MAZLAN

Rider Down!


  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP