Putrajaya Critical Mass Cycle 8
>> Nov 30, 2008
Date : 28 November 2008
Time : 9.30pm
Location : Putrajaya, Malaysia
Distance : 26km
Alhamdullillah, dengan limpah kurnia-NYA berjaya juga menyertai PCM kali ke-8 ini. Walaupun dari awal petang kelihatan cuaca agak gelap. Sepatutnya ride kali nie bersama wife (sarang he). Namun beliau terpaksa menarik diri kerana terikat dengan latihan futsal. Namun seperti biasa ride kali ini ditemani si itik digi yang setia. Laluan kali ini berubah sedikit.. dari presint 9 terus menuju ke Dataran Masjid Putrajaya untuk sesi bergambar. Kemudiannya disambung semula mengikut laluan bulan lepas. Tidak perlu diceritakan lebih lanjut tentang kayuhan kali ini kerana semua peserta yang mengikuti kayuhan kali ini merasai sendiri penat lelah yang sama. huhuu... "lu kayuh ler sendiri"
Disweekintrestfact
Fact 1
Paling muda menyertai PCM kali ini berumur sekitar 4 tahun dan yang paling tua sekitar 58 tahun.
Fact 2
Terdapat berbagai jenis basikal... MTB, Roadbike, Tricycle, Touring, Dahon bike, Basikal tua dan Basikal pasar (Don)
Fact 3
Lebih kurang 90 peserta menyertai kayuhan kali ini yang turut disertai peserta sejauh Kuala Selangor.
Fact 4
Sekalung tahniah buat pengawal-pengawal keselamatan yang bertugas menjaga dataran masjid Putrajaya. Tanpa kawalan kalian mungkin retak dataran itu... anda memang bertanggungjawab.. Bagus!
Fact 5
Kelihatan beberapa regular rider yang tidak dapat menyertai kayuhan kali ini turut hadir bersama keluarga (naik kereta) bagi memberi semangat dan memeriahkan kayuhan kali ini.
Fact 6
Hujan turun dengan lebatnya setelah kesemua rider tiba ke finishing area.
Fact 7
Masih ada rider-rider yang tidak prihatin terhadap keselamatan diri sendiri. Masih mengenakan selipar dan tidak mengenakan helmet. AWAS!! ANDA DI PERHATIKAN!!
Fact 8
Kelihatan Y.B Datuk Seri Tengku Adnan (Parlimen Putrajaya) tersenyum di dalam Mercedes-nya semasa keretanya terpaksa bergerak perlahan disebabkan laluan presint 9 di penuhi penunggang basikal. Nasib driver dia tak kasi "Hon" kalo tak mesti dah kena %8%k... hehheee...
Fact 9
Diharap pihak berkuasa sekitar Putrajaya memantau perilaku pelawat sekitar Jambatan-jambatan indah yang terdapat di Putrajaya. Ini kerana segolongan pelawat menggunakan jambatan sebagai "port sangap" ntah mabuk, hisap gam, hisap candu ker.. ntah.. cakap merapu bawak kereta. "Ikut aku nak aku tapak je bebudak nie"
Fact 10
Kayuhan kali ini menemukan semula rakan-rakan lama, bekas tunang, rakan sekerja, rakan sekampung, jiran, sahabat blog dll... yang sebelum ini tidak diketahui mempunyai minat yang sama.(basikal) Bagus! bagus!!
p/s : sesetengah gambar diambil dari blog orang lain. mintak halal yek!
0 comments:
Post a Comment