Ayam den Lopeh!! aik..aik...

>> Feb 17, 2009

Tarikh : 12/2/2009 hingga 15/2/2009
Lokasi : Padang & Bukit Tinggi, Indonesia

Hari 1 : Menaiki bas dari UPM Serdang seawal 4.30 pagi menuju ke LCCT Sepang bersama pelajar-pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan & Pengajian Kaunseling UPM. Agenda asal pemergian mereka adalah untuk menyertai Seminar Internasional Pembudayaan Kaunseling di Universitas Negeri Padang (UNP). Kami tiba di lapangan terbang Minangkabau, Padang pada jam 8.00 pagi dan terus menuju ke UNP untuk acara seminar. Kedatangan kami disambut dengan acara sarapan pagi dan tarian tradisi masyarakat minang. kemudian aku sekeluarga hanya berlegar-legar di sekitar universiti sehinggalah jam 5.00 petang.


Check-in di Ambacang hotel dan kami sekeluarga mengambil keputusan tidak melibatkan diri untuk acara sukaneka dan makan malam mereka yang juga diadakan di UNP. Sekitar jam 8.00 malam waktu tempatan kami sekeluarga makan malam di restoran KFC/Swensens yang terletak bersebelahan hotel. Melihatkan suasana sibuk kota Padang membuatkan kami tidak berani berjalan-jalan lebih jauh dari kawasan hotel.

nasi goreng & teh botol

Hari 2 : Check-out seawal jam 8.00 pagi dan terus menuju ke UNP sekali lagi bagi sesi Seminar kaunseling yang kali ini disertai guru-guru dari sekitar Sumatera Barat. Aku sekeluarga mengambil peluang mencuba masakan masyarakat Padang di warung berhampiran Universiti. Lebih kurang jam 12.00 tengahari bas bertolak terus menuju ke Bukit Tinggi yang mengambil masa lebih kurang 4 jam. Dalam perjalanan ke Bukit Tinggi, kami singgah sebentar di air terjun Lembah Anai (Air mancur).


Kemudian meneruskan perjalanan sehinggalah dibawa ke Pandai Sikek di Padang Panjang bagi melihat kerja-kerja menyulam dan sekaligus membuatkan isteri dan ibu mertua aku teruja dengan jualan kain telekung dan kain kebaya.

Dinie mencuba songkok bulu.. eeee...

Selesai membelanjakan beberapa ribu rupiah kami semua di bawa terus menuju ke Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau. Menariknya, replika Rumah Gadang di jadikan tarikan pusat informasi ini. Selesai penerangan ringkas mengenai budaya dan adat masyarakat Minang kami meneruskan perjalanan sambil berhenti di beberapa butik kain dan songket sekitar Padang Panjang.

Rumah Gadang


Sampai di Kota Bukit Tinggi kami terus menuju ke rumah makan Gon Raya bagi menikmati makan malam ala-Minang. Memang pedas! (tahap dewa). Sempat juga membeli replika basikal tua yang di perbuat dari tembaga.

speda tembaga sih!

dinner


Kemudian check-in di Kharisma hotel lebih kurang jam 7.00 malam. Hotel ini terletak berhampiran Jam Gadang dan Pasar Bawah/Atas. Setibanya kami dihotel ini kami terus diserbu oleh peniaga-peniaga kain & cenderahati yang membuka perniagaan mereka disekitar pintu pagar hotel. Di lobi hotel terdapat persembahan tarian tradisional minang. Antara lagu paling sinonim yang di nyanyikan ialah lagu "Ayam den lopeh" dan lagu-lagu rakyat yang lain. Sempat juga mencuba "Murtabak Bandung" yang di jual dengan harga RP10,000.

murtabak bandung (apam balik)

Hari 3 :
Seawal 8.00 pagi bertolak terus menuju ke butik kain sekitar Bukit Tinggi dan seterusnya menuju ke Ngarai Sianok dan Lobang Jepang. Ngarai Sianok merupakan Grand Canyon versi Bukit Tinggi. Pemandangannya indah apatah lagi berlatarkan Gunung Singalang. Lobang Jepang merupakan kubu bawah tanah yang dibina oleh tentera Jepun semasa perang dunia ke-2. Ramai buruh paksa yang telah menjadi korban di sini. Di dalam lubang ini terdapat banyak bilik dan terowong yang panjang keseluruhanya adalah 7 kilometer. Aku dan Dinie hanya menunggu di luar sambil menikmati pemandangan dan udara yang nyaman.

Ngarai Sianok

Lobang Jepang

wall's bike

Kemudian kami menaiki bas semula menuju ke Pasar Atas yang terletak berhampiran Jam Gadang. Jam Gadang merupakan mercu tanda Bukit Tinggi. Di sinilah syurga membeli belah kaum hawa di Bukit Tinggi. Pelbagai barang hiasan, cenderahati, kain, telekung, songket, pakaian, makanan dan perhiasan wanita terdapat di sini.

Jam Gadang

Pasar Atas

Sekitar jam 1.30 petang kami meninggalkan Pasar Atas dan bertolak menuju ke Rumah Makan Minang yang terletak berhampiran Rumah Sakit Bukit Tinggi.


ise steller

Selesai makan, perjalanan pulang semula ke Kota Padang diteruskan sambil berhenti di beberapa lokasi butik kain. Sekitar jam 5.45 petang sampai semula ke Ambacang hotel dan selesai urusan check-in terus menuju ke bilik untuk mengemaskan bagasi yang dari awalnya 2 kini menjadi 3 buah. Selepas maghrib sekitar jam 7.00 malam kami sekeluarga turun ke kolam renang bagi menikmati makan malam yang berkonsepkan BBQ. Kejutan bagi Prof Rosnani kerana anak-anak didiknya telah merancang menyambut hari lahirnya di sini.


Habis acara, isteri, ibu mertua dan Dinie kembali ke bilik bagi mengemaskan bagasi kami. Aku di pelawa Azlan & Pak Ween (tour guide) berjalan-jalan sekitar Kota Padang. Ada di antara rombongan yang ingin mencuba telur penyu dan mencari rokok kretek. Pulang kehotel sekitar jam 12.00 tengah malam.

Hari 4 :
Seawal jam 4.30 pagi kami di kejutkan dan menuju ke meja sarapan. Selesai check-out sekitar jam 5.45 pagi terus bertolak ke Lapangan Terbang Minangkabau untuk kembali ke tanahair. Penerbangan pulang dari Padang ke LCCT cuma mengambil masa 45 minit.


*Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Fakulti Pengajian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Kaunselor & Psikologi UPM Serdang, Plus Travel (Azlan), Safirra Travel (Pak ween & friends) dan Universitas Negeri Padang atas layanan anda semua... Terima Kasih!

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin

Pyzam Glitter Text Maker

KELIWON JC MURAH?

KELIWON JC MURAH?

NAK PINDAH RUMAH? CARI LORI?

NAK PINDAH RUMAH? CARI LORI?
0123113473 - MAZLAN

Rider Down!


  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP