IMPAK MAKSIMUM?
>> Mar 29, 2009
Date : 29 March 2009
Time : 8.30am
Location : PCP lagi?
Pagi minggu ride solo sekitar PCP.. ride bermula dari 4x trail menuju ke lambakan switchback. Kali nie aku buat 2 loop lambakan switchback dengan kelajuan maksimum yang aku mampu. Seronok jika mencuba climb selaju mungkin dan mampu menguji kecekapan mengawal lambakan switchback. Kemudian kembali ke 4x trail dengan kelajuan maksimum yang aku berani. Lambungan Fuji beberapa kali membuatkan aku tidak berani melakukan jump mengikut nafsu. Kena ingat hari nie ride seorang diri.. pepehal kang susah plak. Mengulangi beberapa kali 4x trail dan terus menuju puncak. Selesai mendaki kepala terasa pening sejenak.. aduh!! apsal nie?? Lepak sejenak dan terus menuju ke trail baru melalui jambatan baru sekitar lereng bukit. Melalui trail baru menembuskan aku sekitar trailhead hut 1. Lagi lambakan switchback & berm menanti.. kali ini gaung juga menanti di bawah jika terlajak dari landasan berm. Terpaksa memperlahankan fuji kerana ada 1 group bergerak perlahan di hadapan. Kemudian aku mengambil keputusan keluar trail melalui tarmac menuju ke 4x trail semula. Masuk semula dan melayan 4x beberapa kali... Penat siol!!
3 comments:
perghh..sapo la makhluk lahanat tuh..xkan hang x cam masa parking..saspek utama...
Aduh..langgar lari. Memang tension bro...banyak2 bersabor.
baru jek last payment setel.. dah dpt cop confirmation owner.. huhuu
Post a Comment