Putrajaya Critical Mass #11 + Save Gaza

>> Mar 2, 2009



Putrajaya Critical Mass #11

Apa itu PCM?
untuk apa PCM digerakkan?
Kenapa anda menyertai PCM?
Apa pengorbanan anda?


Jawapan mudah bagi rakan-rakan yang bakal & sudah menyertai PCM selama ini terletak pada diri sendiri. Jika anda berminat menyertai PCM tidak timbul sebarang keraguan dan kekesalan terhadap apa jua keadaan yang berlaku semasa PCM berlangsung. Perkara utama yang selalu di bangkitkan adalah masa.. "time is gold"... memang benar masa itu emas. Tetapi cubalah tidak berkira pada masa hanya sekali setiap bulan. Mungkin ianya emas bagi anda.. tetapi jangan terlalu tamak kadangkala. Memang kita perlu menetapkan masa bermula yang tetap, tetapi keadaan dan persekitaran kadang-kadang mampu merubah perjanjian kita. Selama beberapa siri PCM yang saya ikuti berbagai pandangan dan komen dari pelbagai pihak mengenai masa bermulanya PCM. Ada menyokong dan sebaliknya.. namun PCM tetap di teruskan. Jangan hanya menuding jari ke arah PCM yang kononnya mengabaikan masa. Dari pengalaman singkat saya menyertai pelbagai aktiviti MTB termasuk MTB Jamboree, MTB hash, MTB race & Downhill Race yang di anjurkan berbagai pihak juga tidak tepat pada perjanjian masa.

Pendapat saya jika PCM yang akan datang di janjikan bermula jam 9.00 malam... 9.30 malam.. tetapi bila waktunya sudah sampai dan PCM masih belum bermula anda bolehlah memulakan kayuhan anda sendiri. Jika anda datang berkumpulan lebih baik anda memulakannya bersama-sama rakan anda. Jika di teliti konsep PCM telah tertulis "no leader". Ini bermaksud tiada sebarang arahan perlu di dengar dari ketua ataupun sesiapa. Maknanya jika anda berasa perlu memulakan kayuhan kerana faktor masa, mulakan. Rasanya tiada sesiapa yang akan melarang. Jika anda sendiri ingin menunggu dan merasai keghairahan berkayuh secara kelompok.. teruskan... itu pilihan anda. Kita perlu memahami dan mengambil kira pengorbanan rakan-rakan lain yang bertungkus lumus menjayakan acara ini dan rakan-rakan yang sanggup meninggalkan keluarga, kerja dan berbagai perkara lain semata-mata kerana PCM. Contohnya saya sendiri.. dulu selalu bertekak dengan isteri kerana PCM.. kebetulan PCM serentak dengan aktiviti isteri.. iaitu setiap malam jumaat. Walaupun PCM cuma sebulan sekali isteri tetap tidak memberi lesen kerana saya perlu menjaga anak. Cuma Sabtu & Ahad adalah hari pelepasan saya untuk berbasikal. Namun kini setelah saya membelikannya sebuah basikal semata-mata PCM, dia akur dengan minat saya dan mula berkongsi minat yang sama. Anak kami juga di hantar ke rumah mertua dengan ganjaran tambahan untuk beliau semata-mata kerana PCM. Setakat ini juga kami tidak pernah mengambil 'mc' mahupun 'el' kerana PCM walaupun pulang dinihari dan keesokannya masih perlu bekerja. Ini perlukan pengorbanan.. kita perlu berkorban kerana minat kita sendiri.

Kesimpulannya, apa juga matlamat dan niat rakan-rakan (organiser) semata-mata untuk memuaskan hati banyak pihak.. bukan sesetengah pihak sahaja. Mereka tidak di bayar malahan mereka di maki hamun sekiranya ada sedikit kesilapan yang sepatutnya kita sama-sama perbaiki. Cuba ingat, pernahkah kita belanja (organiser) secawan teh sebagai tanda terima kasih padanya. Diharapkan bagi rakan-rakan yang ingin menyertai PCM akan datang lebih "sporting" dan benar-benar merelakan diri untuk PCM.. bukannya sekadar berlagak sombong dan mencari kesilapan orang lain. Kepada rakan-rakan PCM juga dinasihatkan cuba menepati masa.. sekurang-kurangnya janganlah kita terlalu lewat dari kelewatan.


Di bawah ini adalah ringkasan perjalanan menuju ke Putrajaya (PCM) "time is gold.. masa itu emas"

5.30pm : Waktu kerja tamat
5.40pm : Keluar dari pejabat
6.10pm : Sampai Serdang, gunting rambut
6.45pm : Ambil anak dan isteri
7.10pm : Sampai Rumah
7.30pm : Mandi, Solat dan bersiap
8.00pm : Pasang bike rack, loading barang & 2 buah basikal
8.15pm : Hantar anak ke rumah ibu mertua
8.40pm : Bertolak dari Serdang ke Putrajaya
9.00pm : Sampai di "Palace of Justice", parking
9.05pm : Isteri sakit perut (cari tandas)
9.20pm : Cari parking
9.30pm : Bersedia!!

Ini adalah sedikit ringkasan perjalanan aku dan isteri dari Sri Serdang ke Putrajaya. Walaupun dekat tetapi tetap bersiap macam kartun dek kerana mengejar jam 9.00pm (PCM). Bayangkan jika rakan-rakan yang datang sejauh Gombak, Nilai, Seremban, Shah Alam, Sg. Buloh, Klang, Ampang dan sebagainya. Sempat ke nak datang dan start kayuh jam 9.00pm.. sharp?? Jumlah peserta pada malam ini mampu mencapai angka 120 orang walaupun bermula agak lewat... dan bayangkan jika ianya bermula jam 9.00pm.. agak-agak adalah dalam 50 orang kot.. siap tolak isteri aku yang masih dok dalam toilet.. huhuuu... Lagipun bulan ini merupakan bulan pertama berpindah ke lokasi baru. Di fahamkan ramai yang tersesat sekitar Putrajaya mencari lokasi "Palace of Justice". Malah ada yang mengeluh.. "lol cakap lewh mahkamah"... hikhik... Mungkin blog-blog lain ada yang memuji PCM dan tak kurang juga memperlekehkan PCM dan usaha segelintir pengiat seni berbasikal dalam mempelbagaikan aktiviti sihat ini. Jika anda rasa PCM menyusahkan... anda bolehlah berkayuh sendiri atau pun bersama rakan-rakan anda sahaja. Harapan aku PCM dapat diteruskan hingga ke generasi anak aku nanti... lagi 20 tahun kot.. muahaahaaaa...

PCM kali ini juga bertujuan mengutip derma untuk tabung NSTP Gaza.. difahamkan RM800 berjaya di kumpul hasil keperihatinan para peminat PCM.. Banyak dari overtime claim aku tuh... huhuu...

to Daoh... aku dapat info dari Kaymalik wife hang keguguran pagi jumaat tu.. ingatkan hang tak datang PCM.. tapi sebaliknya... bersabar bro.. ini semua dugaan...



2 comments:

Angah March 3, 2009 at 4:13 PM  

Sangat setuju dengan entry ko bro..

Aku tinggal kat Klang dan kerja kat subang...Suami aku tinggal kat Kuantan.

PCM 9 : Suami aku turun dari Kuantan semata2 nak ikut kayuh.., amik aku kat subang and tumpang umah kawan di Pinggirin Putra to gear up..(minyak + tol + masa=?) no komplen

PCM 10 : Aku bertolak dari Pejabat lepas maghrib untuk join sebab kalau balik Klang dulu lagi letih...no komplen

SEBAB!!!

Aku nak jumpa kengkawan yang minat ngan basikal sebulan sekali..

Orang nak komplen apa pun silakan la...Ada aku kisah?

So bro... jumpa di PCM bulan 3 yeah!!!!

Haitsan March 3, 2009 at 4:37 PM  

yeah! ape yg penting? kerjeeeesaaammeeeee........

org yg kuat komplen duk putrajaya... boleh lewh.. huhuu...

Blog Widget by LinkWithin

Pyzam Glitter Text Maker

KELIWON JC MURAH?

KELIWON JC MURAH?

NAK PINDAH RUMAH? CARI LORI?

NAK PINDAH RUMAH? CARI LORI?
0123113473 - MAZLAN

Rider Down!


  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP