Denai si tali pinggang

>> Apr 6, 2009

Tarikh: 5 APRIL 2009
Masa Takung : 8.00am
: 7.30am - Din Burung Sampai
: 8.20am - Aku sampai
: 9.00am - Scha & Haidil sampai
Mula Kayuh : 9.30am
Tamat Kayuh : 12.10pm
Lokasi kayuh : Taman Mas-Bukit Kemandol (denai talipinggang)
Jarak Kayuhan : 26km

Kayuhan kali ini bersama rakan-rakan baru iaitu enche Haidil & enche Din burung (bird). Turut hadir si Scha bersama helmet merida barunya. Seawal jam 7.20am Din burung dah mula call aku bertanya lokasi takung yang dinyatakan. Kemudian aku menyusul dan sempat belasah roti kosong dan teh o panas sementara menanti Scha dan Haidil tiba. Mereka lewat kerana berkayuh dari Putra Perdana ke Tmn Mas.Betapa keciknya dunia.. rupanya enche Din burung pernah bersama-sama aku buat part time kat Jusco IOI mall 8 tahun dulu. Banyak enche Din burung berubah tetapi rambut je yang masih maintain... ooo.. 1 lagi.. dulu Din burung skang dah jadi enche Bird.. hikhik..

Dalam cuaca panas memulakan kayuhan tarmac melalui kampung lombong menuju trail head. Terserempak dengan seorang amoi seksi memakai seluar paras paha & berbaju singlet. Kesan luka jelas kelihatan sekitar lengan dan kaki akibat terjatuh dari basikalnya. Pengajaran buat rakan-rakan lain.. jangan seksi sangat masa kayuh MTB.. buruk padahnya. Sepanjang kayuhan balik 2 kali kami terserempak dengan enche tali pinggang hitam. Mungkin cuaca panas membuatkannya keluar bersiar-siar. Meremang juga bulu roma bila ternampak enche tali pinggang hitam melintas dan kemudiannya buat 360 darjah lentikan maya untuk berpatah balik apabila rasa dirinya terganggu. Uishh!! boleh melompat tuuu... cuak.. cuak....


Dari kiri : Haidil, Din Burung (bird) & Scha.. Doot

1 comments:

Alimuddin Shahid April 7, 2009 at 12:41 AM  

baruku tahu siapa scha yg sbnrnya hehehe... dok satu tmn je rupanya

Blog Widget by LinkWithin

Pyzam Glitter Text Maker

KELIWON JC MURAH?

KELIWON JC MURAH?

NAK PINDAH RUMAH? CARI LORI?

NAK PINDAH RUMAH? CARI LORI?
0123113473 - MAZLAN

Rider Down!


  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP