ANDA MINAT MTB? BARU BERJINAK-JINAK?
d'Rais Pham Beach Blast!
>> Jun 24, 2009
Tarikh : 18 June - 22 June 2009
Lokasi : Duta Village Resort, Kuantan
Buat julung kalinya d'Rais Pham a.k.a family sebelah mak mertua aku mengadakan hari keluarga di Duta Village, Kuantan. Bertujuan merapatkan tali persaudaraan dan mengeratkan sulatulrahim antara ahli keluarga. Walaupun tidak kesemua ahli keluarga menghadirkan diri namun kesemua acara berjalan lancar dan jayanya. Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada tuan penasihat, tuan pengerusi, ajk-ajk terlibat, seluruh ahli keluarga dan terima kasih tidak terhingga atas sumbangan t-shirt, rebat tol, makan malam dan hadiah-hadiah pertandingan. Semoga rezeki anda semua akan bertambah lagi dan kita akan berjumpa di tahun hadapan.. Insyaallah.............
Kronologi:
Hari 1
4.45pm - Memulakan perjalanan dari KL ke Kuantan
6.15pm - Berhenti di R&R Temerloh
7.40pm - Berhenti solat di R&R Gambang
9.00pm - Berhenti di Pekan Gambang
10.30pm - Tiba di Duta Village, Kuantan (check in)
11.00pm - Makan malam (acara bebas)
2.00am - Tidur
Hari 2
9.30am - Sarapan Pagi
11.00am - Acara "Treasure Hunt" bermula
1.00pm - Makan kenduri (aktiviti bebas)
4.50pm - Acara "Tele-Match" bermula
6.00pm - Mandi laut
6.45pm - Mandi pool
7.40pm - Solat Maghrib
8.30pm - Bertolak ke Tg. Lumpur (makan malam)
11.00am - Menuju ke Bandar Kuantan
12.00am - Acara "Karaoke & Sambutan Hari Bapa"
3.00am - Kembali ke Duta Village
3.30am - Aktiviti bebas (Sailang)
Hari 3
9.30am - Sarapan Pagi
10.00am - Aktiviti bebas
12.30pm - Bertolak ke Sungai Lembing
2.00pm - Mandi Sungai dan Makan tengahari (gotong-royong)
6.00pm - Pulang ke Duta Village
7.45pm - Solat Maghrib
8.10pm - Persiapan malam BBQ (gotong-royong)
10.00pm - Makan malam (BBQ)
12.00am - Pemberian jawapan soalan "Treasure Hunt" dan Penyampaian Hadiah acara "Tele-Match)
1.30am - Soalan cepu emas dan game tambahan
2.30am - Bersurai
3.00am - Aktiviti bebas (Sailang)
Hari 4
10.00am - Sarapan Pagi
10.30am - Aktiviti bebas
12.00pm - Check Out
12.30pm - Bertolak ke Teluk Cempedak
1.45pm - Makan Tengahari (aktiviti bebas)
5.00pm - Bertolak ke KL
Ape nie corot??
>> Jun 16, 2009
Tarikh : 13hb Jun 2009
Masa : 4.30 petang sampai ke Maghrib??
Lokasi : Sport Planet Kajang
1) Piah & anak2 FC
2) Jangan Pandang Kaki Kami FC
3) Tinapiqnie Lipid FC
4) Goodbye Ronaldo FC
Perlawanan Tumpuan :
1) Slot Lelaki - Bujang vs Bujang 3
2) Slot Wanita - Makcik2 vs Cik2 & Puan2
Keputusan penuh d'Rais Pham Futsal Tournament :
Juara Kategori Pham : Jangan Pandang Kaki Kami (Ampang)
Juara Slot Lelaki : Bujang 3
Juara Slot Wanita : Makcik2
Penjaga Gawang Terbaik : Enche Jubble
Penjaring Gol Terbanyak : Ina Asam Pedas
Pertandingan Futsal merebut piala pusingan d'Rais Pham kembali mengegarkan pitch 3 Sport Planet Kajang. Seawal jam 4.30pm urusetia sibuk dengan pendaftaran dan susun atur majlis. Kelihatan kelibat orang-orang penting setiap pasukan sedang memberi taklimat terakhir kepada pemain-pemain mereka. Minyak urut, power bar, air suam berjampi, pil perangsang rembatan dan gula-gula getah jelas di gunakan bagi tujuan ketahanan dan meningkatan prestasi masing-masing. Kali ini mereka bersungguh-sungguh mahu merebut status juara yang di pegang Mudana FC (Serdang) selaku juara siri sebelumnya. Jelas pelbagai formasi di pakai guna sepanjang pertandingan. Akur dengan syarat pertandingan yang jaringan hanya boleh di lakukan oleh striker wanita kesemua pasukan berpuashati dengan semua keputusan pihak penganjur. Namun kali ini pasukan Tinapiqnie Lipid FC (as known as Mudana FC) hanya mampu mendapat tempat tercorot pertandingan kali ini. Mungkin kesemua pemain mereka terlupa minum susu Alpha Lipid pagi sebelumnya... Tunggu!! blind date adik bongsu Mudana FC (boy kobau) bersama bekas pemain futsal skuad sukma Kelantan yang pernah menjalani klinik futsal di Oregon State, Pasir Mas.. Jika ada jodoh menantu baru yang akan menentukan keputusan pertandingan seterusnya... huh!!! :-p
Read more...
Obrolan, canda dan cekikikan sana sini?
>> Jun 14, 2009
Date : 12 June 2009
Time : 9.30pm
Location : POJ, Putrajaya, Malaysia
Average Distance : 20km
Hari semakin berlalu petang itu hujan turun lumayan deras, kira kira pukul 8.40pm baru kelihatan hujan mulai surut. Malam ini ada perjanjian kayuhan keliwon dengan rakan-rakan basikalis. "aduh! deh sudah lewat 5 menit nih.. gi mana? Jelas semua rakan basikalis sudah tiba.. Awalnya muka juga sedikit "ketat" tapi... "Maaf dong! gue lewat banget.. ngurus dinner family dulu deh!" Dimulai om Faridz sebagai loko cisadane ekspres yg datang duluan, kemudian tante K , diikuti om Sam, om Along dan om Lan giant. Tak lama om shah datang, berselang tak lama gue dan lewat om Amer dengan mobil dinas savvynya. Akhirnya jam 9.45pm 8 basikalis yang merupakan customer toko bike Sam Serdang memulakan ride keliwon pertama bersama-sama. Dengan gowes santai menuju PICC dimulai lah perjalanan funbike keliwon yang diselingin obrolan, canda dan cekikikan sana sini. Pas mulai PICC om Sam dan om Lan giant telah meluncur ke depan, diikuti om Along, gue, om Faridz, om Amer dan om shah, tante K yang mengikuti di belakang. Dengan kondisi jalan yang baik dan kurang sesak dengan mobil dan motor semuanya berkerja lancar.
Lewat terus menuju ke highway Pinggiran Putra dan tanjakan terus melalui pusat equestrian Putrajaya. Kesemua formasi masih terpantau kecuali om Faridz yang telah menghilang paling depan karena menggunakan speda roadnya. Di ikuti om Lan giant, om Sam dan om Along yang merapati dekat om Faridz. Asyik melayan tanjakan-tanjakan sekitar laluan akhirnya stop dulu berhampiran Alamanda sambil istirahat. Ngobrol-ngobrol dan diskusi arah seterusnya kerana kelihatan om Lan dan yang lain masih kering bajunya kecuali gue, Amer & tante K yang kelihatan sudah mandi peluh. (keturunan tu dong! hehe..) "Aduh deh! kuat banget om nih.. enggak ada setitis peluh nih.. enggak cukup KM-nya ya?" Kemudian capai kata putus nyambung terus melalui tanjakan flight over ke arah bulatan Malawati. Lewat terus menuju ke Wisma Putra dan tentu ada impian mencoba tanjakan mengayun naik Wisma Putra yang fenomenal itu. :p Biar capek namun tetap bersemangat untuk tetap gowes menuju puncak. Kelihatan om Lan bersahaja nanjak naik dan sesekali turun lagi ninjau rider yang lain. Syukur kesemua 8 basikalis ride Keliwon sukses nanjak Wisma Putra kali ini. Hanya 10 menit di puncak dan dimulailah gowes turun dengan speed turun 30-35 kpj maka badan pun bagai masuk ruang server menahan angin menerpa badan yang hanya diselimuti jersey dan segelintirnya tshirt. Rem pun harus rajin disentuh biar sepeda tak meluncur lebih cepat lagi. Akhirnya ride keliwon berakhir di Istana Kehakiman semula dengan average distance 20km.Om shah dan tante K terus pulang kerumah, Gue, om Lan Giant, om Sam, om Fuji, om Faridz & om Amer terus lajak ke rumah makan double trouble di Presint 9. Setelah minum/makan dan ngobrol penuh canda akhirnya 6 rider memutuskan untuk pulang kerumah sekitar jam 1.50am. Di tengah seliweran lampu kendaraan maka para rider berpisah menuju rumah masing2.
Terima kasih untuk om Lan Giant kerna sudi belanja makan/minum semua rider malam itu. Serta terima kasih dan rasa bahagia untuk semua rakan rider sehingga bisa gowes bersama yang penuh cerita, canda, tawa sukacita haha,hihi. Tentu lain waktu akan diulang lagi dengan gelombang gowes yang sama, peserta yang mangkin banyak pula dan tetap sehat ceria...:) Bravo Keliwon!!!
Keliwon next ride : From POJ + PICC + Alamanda + Istana Melawati + Dataran Masjid + POJ = Over 30-35km.... Insyaallah..... Read more...
Lambat nak upload nih!
>> Jun 9, 2009
Tadi Mila Sidek call aku.. dia cakap rakaman lompatan kami telah di rakamkan menggunakan kamera digital Sony tanpa DiGIc abg saudaranya. Nie ler hasil rakaman amatur beliau.. thanks Mila... eh! ko ponteng skolah lagi tak hari jumaat nie Mila??
aksi Bio-nik
nie aksi Si Jagung Hijau
(kekasih gelap Mila Sidek)
Si gemook dan rakan-rakan
>> Jun 8, 2009
Petang jumaat lepas aku dan rakan-rakan sekampung telah pergi melayan bonggol-bonggol lompatan sekitar taman cabaran. Antara yang hadir Mila Sidek, Abu Samah, Along kun-kun, Salasiah Hashim, Fauzi tonggek dan Si Jagung Hijau. Pada mulanya kami tidak mengerti kenapa ada banyak bonggol pak cik omputih tu buat. Tapi masa si Fauzi tonggek ponteng sekolah tambahan upsr hari sabtu lepas beliau telah pergi menyiasat dan ternampak ada basikal melompat-lompat di situ dan barulah kami tahu apa gunanya bonggol itu. Selepas mendengar penerangan ringkas dari Along kun-kun selaku kepala lompat.. kami pun mencubanya sendiri... heheee...
Dia nie Si Jagung Hijau... baru sahaja pindah ke kampung kami. Kira budak barulah.. tu pasal aku lenjan basikal dia jek.. kira macam ganti wang perlindunganlah... huhuu...
Read more...
Jom ride malam Jumaat
>> Jun 4, 2009
kayuhan akan bermula hari Jumaat ini bersamaan 5 June 2009.
Peristiwa Ahad?
>> Jun 2, 2009
Date : 31 May 2009
Time : 8.30am
Location : PCP
Discipline : Cross Country + Pump Track test ride
Igauan menjadi nyata....
Kerana marahkan nyamuk kelambu di bakar... kerana marahkan brake lever yang bengkok.. deore hydro jadi penganti.... :p <<<<<<<<
Apek kedai Sam asyik bising pasal rim depan aku selalu bengkok.. "Saya balik rumah bikin.. kasi kutuk awak rim, awak punya tarak apa.. saya musti bikin" Maguih haa!! Saya kasi cantik kutuk haa! "lu kasi angkat itu rim.. nanti lama rim tak usah kutuk lagi, kasi baru. >>>>>>>>>>>>