WEEKLY RIDE

>> Jul 29, 2009

Tarikh : 29 Julai 2009
Masa Mula : 9.30pm
Masa Tamat : 11.00pm
Lokasi : Serdang-UPM-Mardi-Marriot-Wetlands
Jarak Kayuhan : 22km
Peserta : Bro Lan, Bro Sam (Raja bukit), Bro Lee & anak, Bro Faizal, Bro Adi & Haitsan

Alhamdulillah... Kayuhan sulung dari Maulana Sri Kembangan + UPM + Mardi + Marriot + Wetlands berjalan seadanya. Menemukan kaki sikal dari Kajang, Bangi dan Damansara dengan 1 tujuan bagi merakyatkan aktiviti berbasikal dan mengeratkan silatulrahim. Ternyata sepanjang kayuhan berkali-kali hon kenderaan dan sorakan di bunyikan sebagai tanda sokongan dan respek. Terima kasih kepada kaki sikal yang turut serta malam tadi dan jika ada kesilapan atau kecacatan sepanjang kayuhan ribuan maaf di pinta. Yang baik datangnya dari Allah s.w.t.... Yang buruk datangnya dari diri rider sendiri.... muahahaa..

Read more...

44 penyamun takluk Kota Warisan

>> Jul 26, 2009

Bila : 26/7/09
Masa Mula: 9.00am
Masa Berakhir : 1.00pm
Lokasi : Kota Warisan, Sepang
Lokasi Takung : Restoran Hijjaz
Jarak Kayuhan : 31km
Jumlah Peserta : 44 orang penyamun

Hoi! Hoiiiyaaaahoi! mari kita ke Kota...
Bawalah basikal harga berjuta...
Hoiiii!! hoiyaaahoi! mari daki semua...
Tunjukkan semangat 1 Malaysia...... :p

Seramai 44 orang penyamun telah berjaya menawan pencawang milik TM dan pencawang milik Celcom di Kota Warisan dan Jenderam Hilir pada hari ahad tadi. Dipercayai mereka cuba mencari jejak chip mereka yang menghilangkan diri entah kemana selepas gagal menipu si Ali Baba. Dari dalam 44 tempayan kesemua penyamun keluar setelah hujan mulai berhenti. Cuma tempayan roti nan restoran Hijjaz sahaja yang masih kekal di sana. Sebelum memulakan misi Enche Azrul 3 calit memberikan sedikit kata-kata & info kayuhan kepada kesemua penyamun sambil memperkenalkan beberapa lagi rakan organiser dan sweeper yang turut bertanggungjawab membawa rombongan penyamun menjejaki chip mereka. Selesai bacaan doa dan sesi berfoto mereka memulakan gerakan dengan menunggang kuda besi (beskal) pelbagai jenama sekitar jam 9.00am. Menuju terus ke trailhead yang di mulai kayuhan ringan sekitar ladang kelapa sawit sambil menikmati udara pagi yang nyaman. Trail sedikit basah kerana hujan sejak dari awal pagi menambahkan lagi keseronokan kayuhan kali ini. Kemudian bermulalah climb.. climb.. climb... climb... dan descent yang panjang sambil mengelak tanah dari masuk ke dalam mulut dan mata. Trail yang menarik dengan landskap ladang kelapa sawit dan longokan climb yang sangat menguji mental dan fizikal para penyamun. Sampai sekitar Jenderam Hilir 7 orang penyamun terpaksa pulang awal (chicken out) kerana pelbagai alasan (orang kawen?) dan yang lain meneruskan usaha menjejak chip mereka sehingga ke puncak tertinggi. Pada mulanya ada antara penyamun menyangka chip mereka melepak di sini beberapa hari. Ini kerana penemuan berbungkus-bungkus susu "ALPHA LIPID" (call 0172676371 for more info :p) tergantung di pokok-pokok sekitarnya. Namun tekaan mereka meleset kerana itulah teknologi terbaru menadah hasil torehan pokok getah... muahahaaaahaaa....

Disweekintrestfact:

1-Se-planet Terima Kasih kepada penyamun dari PUJMAC kerana sudi mempelawa kami menyertai kayuhan kali ini dan bertindak dengan cemerlang sebagai organiser dan sweeper. Kalian memang best!
2-Se-bintang rasa Terima Kasih kepada Enche Azrul, Bro Kulat dan rakan-rakan penyamun dari KAYUHBEB kerana menganjurkan acara kali ini.
3-Se-awan Terima Kasih kepada rakan-rakan penyamun dari Nilai, Shah Alam, Kota Warisan, Johor?, Roto X, Klang, Lembah Pantai, Geng penyamun serpihan 3 di ketuai Enche Fimi, Rakan-rakan RepublicOfPuchong dan penyamun-penyamun perseorangan.
4-Hari ini aku terlupa membawa camelbak dan hanya berbekalkan sebotol air sepanjang kayuhan. Nasiblah setelah sampai di sekitar Jenderam Hilir rombongan rider berhenti di sebuah kedai runcit. Dapat jugalah aku penuhkan semula botol yang dah kekosongan.
5-Syukur kehadrat illahi kerana memberikan cuaca dan suhu yang paling baik pada hari ini setelah hujan sejak dari awal pagi tadi.
6-Beberapa orang penyamun terjatuh semasa mengambil climb dan semasa melayan downhill. Antara yang terlibat ialah Shah_java (abg syg) yang mengalami luka agak dalam selepas terjatuh ketika pendakian. Alhamdulillah tiada kecederaan serius keatas para penyamun terlibat.

Penyamun-penyamun bergambar kenangan

44 penyamun kena kawad cam

Para penyamun

Shah_java.. sudah jatuh di pancit tayar

Puncak Celcom

Race?

penyamun juga punya sifat belas kasihan.. hehee..

Penyamun sasa?

Bro Assry tengah layan shisha?

Geng terbior

Marshall/cameraman bermotorsikal

Kotoran degil

Read more...

Ride solo + cuci mata

Date : 25/7/09
Time : 5.00pm
Location : UPM,Mardi Serdang
Distance : 20km
Akibat dari kekurangan rider yang nak ride PCP/Wetlands terpaksalah ride dibatalkan dan aku hanya ride sensorang sekitar Serdang. Memulakan kayuhan dari rumah dan melalui beberapa fakulti sekitar UPM dan melayan climb sekitar Mardi. Dari pemerhatian area sini sesuai untuk ride malam kerana kawasan sekitar telah di pasang lampu jalan dengan turapan jalan yang masih baru dengan climb dan descent yang menarik.

Read more...

PCM ride... emergency call

Date : 24/7/09
Time : 9.30pm
Location : POJ, Putrajaya
Distance : 22km

PCM ride bulan nie macam janggal coz diadakan seminggu lebih awal. Namun sambutannya tetap hangat dengan kemunculan lebih kurang +-60 orang rider. Regular rider seperti ROP, Pujmac, Keliwon Riders, Pers, Geng Hulu Langat dan ramai lagi turut memeriahkan kayuhan kali ini. Ucapan TAHNIAH buat Enche Din Ice kerana berjaya menghadirkan diri ke PCM ride buat pertama kalinya setelah 13 bulan memberi pelbagai alasan. Turut serta ialah Sambike dan sponsor ridernya...

gaya poyo?

Ketua Murid SKSM

Pujmac folks

pinky

Bro Assry & Bro Ikram

Daoh, Fariedz & wife & Datin K

Along & Sambike

Orang kuat Keliwon nite ride

ROP tegar feat. Abg Man Ciocc
(Bukti enche Din Ice 2 dari kiri menyertai PCM ride buat kali pertama)

Read more...

WEEKLY RIDE

>> Jul 23, 2009


Read more...

Nexus Precedential Ride 09 - Registration

>> Jul 21, 2009


Bukti pembayaran




Read more...

Kontroversi? Spekulasi?

Date : 19 July 2009
Time : 9.00am
Location : UPM, Serdang
Event : Varsity Duathlon (3km run + 13km ride + 3km run)


Otai Geng Tapak Hijo?

Uncle??? muahahaaa...

Jahanam aku... gambo paling kontroversi sudah keluar.

Read more...

Sepetang di Wetland

>> Jul 20, 2009


Tarikh : 18 Julai 2009
Masa : 5.00pm
Lokasi : Wetlands, Putrajaya
Jarak Kayuhan : 26km

Taman Wetland di Putrajaya adalah taman wetland buatan manusia yang pertama di Malaysia. Taman Wetland ini terbahagi kepada Taman Wetland (138 hektar) dan kawasan wetland (1977 hektar).

Kawasan ini juga mempunyai menara setinggi 80 meter, kawasan tanaman tumbuhan, trek, kolam burung-burung, kawasan rehat dan banyak lagi.


Pelawat juga boleh mendapatkan maklumat tentang taman wetland dan kepentingannya kepada ekosistem Putrajaya. Faried terpaksa berpatah balik kerana mendapat panggilan telefon kecemasan dari isterinya yang menyatakan anak heronya tidak sihat. Jadi kayuhan kali ini terpaksa di teruskan walaupun hanya kami bertiga.


Badoot & Abg Sam berjaya mengemudi jentera mereka dengan baik ketika latihan meredah banjir kilat... Syabas!!

Aisey Abg Lan... rugi tak ikut.... (perbualan melalui telefon tangan)

Read more...
Blog Widget by LinkWithin

Pyzam Glitter Text Maker

KELIWON JC MURAH?

KELIWON JC MURAH?

NAK PINDAH RUMAH? CARI LORI?

NAK PINDAH RUMAH? CARI LORI?
0123113473 - MAZLAN

Rider Down!


  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP