44 penyamun takluk Kota Warisan

>> Jul 26, 2009

Bila : 26/7/09
Masa Mula: 9.00am
Masa Berakhir : 1.00pm
Lokasi : Kota Warisan, Sepang
Lokasi Takung : Restoran Hijjaz
Jarak Kayuhan : 31km
Jumlah Peserta : 44 orang penyamun

Hoi! Hoiiiyaaaahoi! mari kita ke Kota...
Bawalah basikal harga berjuta...
Hoiiii!! hoiyaaahoi! mari daki semua...
Tunjukkan semangat 1 Malaysia...... :p

Seramai 44 orang penyamun telah berjaya menawan pencawang milik TM dan pencawang milik Celcom di Kota Warisan dan Jenderam Hilir pada hari ahad tadi. Dipercayai mereka cuba mencari jejak chip mereka yang menghilangkan diri entah kemana selepas gagal menipu si Ali Baba. Dari dalam 44 tempayan kesemua penyamun keluar setelah hujan mulai berhenti. Cuma tempayan roti nan restoran Hijjaz sahaja yang masih kekal di sana. Sebelum memulakan misi Enche Azrul 3 calit memberikan sedikit kata-kata & info kayuhan kepada kesemua penyamun sambil memperkenalkan beberapa lagi rakan organiser dan sweeper yang turut bertanggungjawab membawa rombongan penyamun menjejaki chip mereka. Selesai bacaan doa dan sesi berfoto mereka memulakan gerakan dengan menunggang kuda besi (beskal) pelbagai jenama sekitar jam 9.00am. Menuju terus ke trailhead yang di mulai kayuhan ringan sekitar ladang kelapa sawit sambil menikmati udara pagi yang nyaman. Trail sedikit basah kerana hujan sejak dari awal pagi menambahkan lagi keseronokan kayuhan kali ini. Kemudian bermulalah climb.. climb.. climb... climb... dan descent yang panjang sambil mengelak tanah dari masuk ke dalam mulut dan mata. Trail yang menarik dengan landskap ladang kelapa sawit dan longokan climb yang sangat menguji mental dan fizikal para penyamun. Sampai sekitar Jenderam Hilir 7 orang penyamun terpaksa pulang awal (chicken out) kerana pelbagai alasan (orang kawen?) dan yang lain meneruskan usaha menjejak chip mereka sehingga ke puncak tertinggi. Pada mulanya ada antara penyamun menyangka chip mereka melepak di sini beberapa hari. Ini kerana penemuan berbungkus-bungkus susu "ALPHA LIPID" (call 0172676371 for more info :p) tergantung di pokok-pokok sekitarnya. Namun tekaan mereka meleset kerana itulah teknologi terbaru menadah hasil torehan pokok getah... muahahaaaahaaa....

Disweekintrestfact:

1-Se-planet Terima Kasih kepada penyamun dari PUJMAC kerana sudi mempelawa kami menyertai kayuhan kali ini dan bertindak dengan cemerlang sebagai organiser dan sweeper. Kalian memang best!
2-Se-bintang rasa Terima Kasih kepada Enche Azrul, Bro Kulat dan rakan-rakan penyamun dari KAYUHBEB kerana menganjurkan acara kali ini.
3-Se-awan Terima Kasih kepada rakan-rakan penyamun dari Nilai, Shah Alam, Kota Warisan, Johor?, Roto X, Klang, Lembah Pantai, Geng penyamun serpihan 3 di ketuai Enche Fimi, Rakan-rakan RepublicOfPuchong dan penyamun-penyamun perseorangan.
4-Hari ini aku terlupa membawa camelbak dan hanya berbekalkan sebotol air sepanjang kayuhan. Nasiblah setelah sampai di sekitar Jenderam Hilir rombongan rider berhenti di sebuah kedai runcit. Dapat jugalah aku penuhkan semula botol yang dah kekosongan.
5-Syukur kehadrat illahi kerana memberikan cuaca dan suhu yang paling baik pada hari ini setelah hujan sejak dari awal pagi tadi.
6-Beberapa orang penyamun terjatuh semasa mengambil climb dan semasa melayan downhill. Antara yang terlibat ialah Shah_java (abg syg) yang mengalami luka agak dalam selepas terjatuh ketika pendakian. Alhamdulillah tiada kecederaan serius keatas para penyamun terlibat.

Penyamun-penyamun bergambar kenangan

44 penyamun kena kawad cam

Para penyamun

Shah_java.. sudah jatuh di pancit tayar

Puncak Celcom

Race?

penyamun juga punya sifat belas kasihan.. hehee..

Penyamun sasa?

Bro Assry tengah layan shisha?

Geng terbior

Marshall/cameraman bermotorsikal

Kotoran degil

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin

Pyzam Glitter Text Maker

KELIWON JC MURAH?

KELIWON JC MURAH?

NAK PINDAH RUMAH? CARI LORI?

NAK PINDAH RUMAH? CARI LORI?
0123113473 - MAZLAN

Rider Down!


  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP