Langkawi Geoparks trip

>> Jul 13, 2009

Tarikh : 9 - 12 Julai 2009
Lokasi : Langkawi, Kedah, Malaysia
Jumlah Peserta : 80 orang

Langkawi Island known as the jewel of Kedah...
Kepulauan Langkawi terdiri dari gugusan 99 buah pulau tropika di persisiran pantai barat laut Semanjung Malaysia, kira-kira 30km dari Kuala Perlis dan 51km dari Kuala Kedah.Pulau yang di kenali ramai ialah Pulau Langkawi.Pulau Langkawi mempunyai warisan yang begitu unik dan penuh dengan cerita hikayat perwira, burung raksasa, dan tanyalah sesiapa saja di pulau ini, tentang kisah seorang wanita cantik bernama Mahsuri. Anda akan mendengar kisah cinta, cemburu, dan sumpah yang diletakkan ke atas pulau ini selama tujuh keturunan. Langkawi juga dianggap syurga tropika yang mekar dengan tumbuhan khatulistiwa dan didiami oleh habitat yang terpelihara, Langkawi wujud dengan tidak ada tolok bandingnya di antara kepulauan yang sedia ada di Asia Tenggara.Dengan sejarah alamnya bermula dari 500 juta tahun dahulu, pulau ini terdiri dari rangkaian batu-batan yang unik dan merangsangkan imaginasi pengunjung dengan penuh tanda tanya. Ikuti pengembaraan kami dan sesi melawan nafsu membeli belah di "duty free" shop sekitar Pulau Langkawi.

Hari 1 (10 Julai 2009)
Seawal jam 5.20am kami telah sampai sekitar Kuala Perlis dan menunaikan solat subuh di sebuah masjid di sana. Kemudian bersarapan pagi di lobi TH hotel sekitar jeti Kuala Perlis. Perjalanan feri mengambil masa lebih kurang 1jam 30min sebelum sampai ke jeti Kuah dan seterusnya bermulalah "city tour" iaitu lawatan ke kilang pemprosesan Gamat, Kota Mahsuri dan Underwater World. Oleh kerana ini lawatan kali kedua aku dan isteri kami hanya mengambil keputusan berpeleseran sekitar kedai "duty free" dan makan tengahari di sebuah restoran Siam. Kemudian kami menuju ke "Mat Cincang cable car" dan menaiki gondola sejauh lebih kurang 2km yang mana ketinggian Gunung Mat Cincang lebih kurang 700 meter dan merupakan gunung kedua tertinggi di Langkawi selepas Gunung Raya (850 meter). Di sini kami dapat menyaksikan panorama indah beberapa pulau sekitar Langkawi, tanah besar Kedah dan Pulau Tarutao di Thailand. Juga turut dapat menyaksikan keindahan hutan semulajadi dan air terjun Telaga Tujuh yang turut menghiasi landskap "Mat Cincang cable car". Kemudian kami mengambil keputusan tidak pergi ke Galeri Perdana dan terus menuju ke hotel untuk "check in" sekitar jam 5.30pm. Selepas maghrib kami menuju ke pekan Kuah untuk makan malam di restoran Wan Thai yang menyajikan masakan citarasa Thailand sebenar. Kemudian kami sempat berpeleseran sekitar pekan kuah sambil berbelanja. Dinie pula mula mengamuk kerana mahukan sebiji bola sejak dari awal turun dari bas. Sekitar jam 11.30pm kami sampai semula ke hotel dan tertidur kerana kepenatan.

Bergambar di luar Makam Mahsuri

Underwater World Langkawi

Mat Cincang Cable Car



Hari 2 (11 Julai 2009)
Seawal jam 6.30am kami bergegas bangun dan bersarapan sekitar jam 7.30am. Kemudian sekitar jam 8.15am kami bergerak terus menuju ke Langkawi Geopark untuk menyaksikan keindahan hutan bakau (mangrove), Gua kelawar, pusat ternakan ikan dan "Eagle feeding" sekitar Sungai Kilim. Geopark Langkawi merupakan daya tarikan terkini dan membuatkan kami berasa sangat teruja dengan keindahan panoramanya. Dengan menaiki bot kami semua menjelajah kawasan sekitar Sungai Kilim dan dapat menyaksikan burung Helang menunjukkan kebolehannya menghidu dan menyambar makanan (eagle feeding). Sekitar jam 2.10pm kami bergerak menuju ke Dataran Helang, Kuah untuk group photo. Namun kami hanya berada di sana lebih kurang 20 minit kerana hujan mulai turun dengan lebatnya. Dalam keadaan hujan kami terus menuju ke sebuah perkampungan melayu untuk makan tengahari. Selesai makan pulang semula ke hotel dalam keadaan masih hujan. Sekitar jam 5.15pm barulah dapat mandi pool bersama Dinie. Sekitar jam 8.00pm makan malam (BBQ) dan sekitar jam 9.30pm membawa keluarga bersiar-siar sekitar Pantai Chenang. Sekitar jam 1.00am mula mengemas pakaian kerana keesokannya kami akan "check out" sekitar jam 8.15am.

Mangrove Tour

I'm Sailing

Sluaq Bunga

Hari 3 (12 Julai 2009)
Pukul 6.30am kami bangun dan bersiap untuk "check out" dan terus menuju ke cafe hotel untuk sarapan pagi. Lebih kurang 8.45am terus menaiki bas menuju ke jeti Kuah. Jam 10.00am menaiki feri menuju ke Kuala Perlis dan sampai di sana sekitar 12.00pm. Dari Kuala Perlis kami menuju ke Bandaraya Alor Star dan melawat Muzium Di Raja Kedah sekaligus mengambil peluang bergambar di Masjid Zahir. Masjid ini dibuka pada tahun 1912, ia mempunyai senibina Moor dengan lima kubah hitam, dan tiang yang lurus. Senibina masjid ini mendapat inspirasi wawasan Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin II. Dari lokasi kami berhenti juga dapat di lihat Menara Alor Star, Galeri Seni dan Balai Nobat Di Raja Kedah. Kemudian kami di bawa ke Pekan Rabu untuk makan tengahari dan membeli belah. Sekitar jam 4.00pm bertolak dari Alor Star ke Puchong dan sampai lebih kurang jam 9.40pm setelah berhenti rehat di Bukit Merah dan R&R Tapah.

Masjid Zahir Alor Star

Komen aku tentang Langkawi :
Jelas rokok, coklat, arak, dan pinggan mangkuk murah di sini. Bagi pendapat aku barangan lain tiada bezanya dengan harga sekitar lembah Klang. Malah ada barang yang lagi mahal dari harga di Lembah Klang. Contohnya aku memasuki 1 komplek "duty free" sekitar Pantai Chenang dan menawarkan "SALE" sehingga 70%. Sehelai tshirt Nike roundneck di tandakan "LESS 20%" dengan harga selepas "LESS" RM79.90. Bila aku tanyakan pada jurujual katanya harga itu sudah "LESS". Sedangkan aku telah membeli baju yang sama, design yang sama, kualiti yang sama di butik Nike Alamanda, Putrajaya dengan hanya RM45.00 sahaja tanpa sebarang "LESS" pada masa itu. Maknanya tiada istilah "duty free" di disini.

Kemudian harga bola yang Dinie mahukan itu juga terlalu tinggi harganya RM11.90 sedangkan sekitar Lembah Klang cuma dalam lingkungan RM7.00 hingga ke RM9.00. Disebabkan Dinie hampir baring tengah jalan terpaksalah juga di belikan untuknya. :p

Suka ler dapat beli bola :p

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin

Pyzam Glitter Text Maker

KELIWON JC MURAH?

KELIWON JC MURAH?

NAK PINDAH RUMAH? CARI LORI?

NAK PINDAH RUMAH? CARI LORI?
0123113473 - MAZLAN

Rider Down!


  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP