Arah mana? cari bukit?

>> Aug 10, 2009

Tarikh : 7 Ogos 2009
Masa : 9.30pm
Lokasi : Istana Kehakiman
Basikalis : 18 orang
Jarak Kayuhan : 20km


Laluan baru? (map bawah)

Alhamdulillah minggu ini seramai 18 orang rakan-rakan menyertai "Keliwon Nite Ride" yang merupakan kayuhan bersekutu pelanggan-pelanggan tetap kedai Sambike dan kenalan lain. Seperti biasa memulakan kayuhan dari Istana Kehakiman dan terus menuju ke susur masuk Lebuhraya Wadi Ehsan melintasi bangunan KBS dan melalui Jambatan Sri setia. Beberapa km kemudian melintasi belakang bangunan Alamanda dan melalui kawasan berbukit sekitar Presint 16. Setibanya di Lebuh Perdana Selatan kami membelok kekiri menuju ke Lebuh Ehsan dan melintasi Jambatan Seri Bestari. Beberapa meter kemudian kami mendaki naik laluan ke Wisma Putra yang terletak di puncak tertinggi Taman Wawasan. Selesai berehat kami menuruni semula laluan tadi dan menuju ke Presint 18. Dari sini kami meneruskan perjalanan menuju ke Bangunan Kementerian Asas Tani dan melalui Persiaran Barat (lawan arus). Berhenti seketika untuk berfoto beramai-ramai sekitar Pinggiran Tasik dan berfoto lagi di atas Jambatan Seri Bestari. Seterusnya berkayuh terus melalui Lebuh Sentosa yang menemukan kami ke Persiaran Barat melintasi Presint 7 dan Presint 8. Melalui tapak pasar tani, Lebuh Ehsan dan kembali ke Dataran Putrajaya (POJ) Terima Kasih kepada semua yang hadir.... :-)





50km sejam....

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin

Pyzam Glitter Text Maker

KELIWON JC MURAH?

KELIWON JC MURAH?

NAK PINDAH RUMAH? CARI LORI?

NAK PINDAH RUMAH? CARI LORI?
0123113473 - MAZLAN

Rider Down!


  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP