Big Day?
>> Aug 16, 2009
Date : 16 August 09
Time : 6.30am-4.00pm
Location : Nothingham University, Broga
Total Distance : 68km (full check point)
My Distance : 31km included chicken run.. muahahaaa...
Hari ini join PCC Nexus Presidential Ride buat kali pertama. Thanks to Rizal (redzdrake) coz sudi menumpangkan aku dengan keretanya... duit minyak pun tak kasi lagi.. huhuu.. Seawal jam 5.30am aku dah bangun dengan penuh semangat dan mempersiapkan diri serta checklist apa yang perlu di bawa. Selesai solat subuh dan buat susu si Celomok aku pun lepak kat Maulana bawah rumah pekena teh tarik sambil menunggu Rizal dan rakan-rakan lain. Lebih kurang jam 7.30am baru kami sampai di Nothingham University, Broga. Perghhh!! begitu ramai manusia dengan pelbagai jenis basikal join ride kali ini. Dengarnya lebih kurang 1000 ++ orang. Hajat di hati ingat menamatkan kayuhan di checkpoint 2... tetapi tiba-tiba malaslah pulak.. lagi pun rakan-rakan lain semua dah nak keluar bila tiba di checkpoint 1. Mungkin disebabkan cuaca yang panas membuatkan ramai yang keluar lebih awal. (alasan.. hahaa..) Aku pun tak dapat ambik gambar kali nie kerana kamera aku rosak... hanya boleh guna waktu malam aje itu kamera.. huhu...
Stage 2 = 19km + Highest Altitude = 222m
Stage 3 = 9km + Highest Altitude = 128m
Stage 4 = 17km + Highest Altitude = 236m
0 comments:
Post a Comment