Maafkan saya Mak....
>> Aug 2, 2009
Bulan nie lah roadtax motor dan kereta aku mati.. begitu juga lesen... Roadtax motor dah kawtim, kena dalam rm145 untuk setahun. Tup.. tup.. motor aku plak rosak minggu lepas (enjin dah jam) masa ondaway nak pergi kerja. Sampai Puchong Perdana dah sangkut tepi jalan.. hantar workshop dah rabak rm230 sebab kena overhaul dan tukar rantai... ish.. ish... Paling sedih bulan nie masa ondaway nak balik kampung semalam kereta pulak meragam... enjin pulak jam kerana minyak hitamnya kering. Pelik.. aku baru jek servis dan repair 5 minggu lepas... berhabis dah 1k siap tukar tayar dan buat top overhaul. Tak pasal-pasal aku, wife & Dinie tersadai kat depan balai polis Kuala Selangor sambil makan pisang goreng mengenangkan nasib kami. Jalan kaki pi panggil pomen dan dia check cakap itu enjin sudah kong... kena tukar enjin dalam rm1.5k ke rm2k. Nasib pomen tu try macam-macam cara nak kasi kereta aku boleh start. Enjin hidup... hantar g workshop dia tukar minyak hitam dan apa-apa patut sampai aku boleh jalan balik ke Serdang. Kena lagi rm130 tak pasal-pasal dan sampai Shah Alam sekitar jam 8.00pm. Aku hanya drive dalam 40km jek sebab takut enjin terbarai tengah jalan. Kalau tekan minyak lebih-lebih enjin berbunyi macam nak pecah dah. Sorry mak coz tak dapat balik kampung bulan nie... nanti elaun orang bank in je lah... tapi dah kena cut sikit.. huhuuu.... Tak dapat ler makan pecal & kerang bakar kat kampung nampaknya...... anyway... siapa nak beli satri 1.3 tahun 1996 2nd. hand with new engine?? :(
4 comments:
dugaan tuu.. kena pk jugak ada hikmah jadi macam tu.. mana tau jadi apa2 yang tak elok waktu balik kampung.. kita mana tau.. Allah taala divert jadi benda lain dari kena benda yang truk kepada ko dgn family.
Lain kali roger2 laa lau ada apa hal.. insyallah aku boleh turun.
thanks bro...
betul kata Riezal tu, haizan. sabar lah. Dugaan tu. Siapa tau, ni cara Allah SWT nak bagi rezeki lebih kat you and family. so, DIA kasi test le dulu..ada sabar ke tidak..heheh..Insya allah.
sabar je niee... hehee..
Post a Comment