Si Celomok... Update?

>> Aug 23, 2009

Sekian lama tak update pasal si Celomok nie.. Baru-baru nie masa aku menyertai PCC ride kat Broga si Celomok dan mama dia berkunjung ke rumah Arfan/Alya di Ampang. Tujuan mereka ke sana nak bawak budak-budak mandi kolam. Pagi sebelumnya d'raispham (family mak mertua) ada buat acara gotong-royong membersihkan kubur arwah atuk & ahli keluarga mereka. Jadi sesekali dapat berkumpul mereka menyambung aktiviti sehingga malam. Maklumlah bila si Celomok dah jumpa kawan-kawan sebaya macam-macamlah perkara terjadi. Entah macam mana dia telah terjatuh dari katil bilik mainan Alya/Arfan. Bila balik rumah dia tunjuk kesan macam darah beku kat kepala dia. Uish!! besarnya tanda... lebam sikit... dengar cerita nasib baik bilik tu di penuhi karpet. Kalau tak mesti lagi teruk.. ish.. ish.. bahaya sungguh.

future & former president?

dah macam bekas presiden USSR.. Mikhail Gorbachev..


Satu lagi tabiat terkini si Celomok yang agak kelakar ialah bila setiap kali nak tidur dia mesti mencari stokin busuknya. Biasanya budak-budak sukakan bantal busuk, tapi dia lain sikit sebab suka stokin busuk... hahaaa.. Dia cuma suka pakai sebelah aje.. puas sorok tapi dia tetap cari dan mintak kalau nak tidur.

baru boleh tidur nyenyak

inilah stokin ajaib.. muahaaahaa..

1 comments:

Naem August 23, 2009 at 7:41 PM  

Sallam.. bro. biase le tu.. time tgh nakal tu mcm nko jugak masa kecik

Blog Widget by LinkWithin

Pyzam Glitter Text Maker

KELIWON JC MURAH?

KELIWON JC MURAH?

NAK PINDAH RUMAH? CARI LORI?

NAK PINDAH RUMAH? CARI LORI?
0123113473 - MAZLAN

Rider Down!


  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP