Siapalah yang MC hari nie??
>> Aug 20, 2009
Tarikh : 19 Ogos 2009
Masa Takung : 9.00pm (Maulana Bosnia, Serdang)
Tayar Golek : 9.30pm
Jarak Kayuhan : 30km
Jumlah Peserta : 14 Pelumba Amatur
1M1MTB (1 Malaysian 1 Mountain Bike) merupakan kayuhan kategori santai yang di anjurkan setiap hari rabu malam bagi menghilangkan stress pertengahan minggu. 1M1MTB hanya sekadar kategori kayuhan amatur dan di beri nama sebegitu rupa hanya sekadar suka-suka & spontan. Tidak melibatkan sebarang pakatan jahat mahupun berunsur politik. Kebanyakan basikalis yang menyertai kayuhan ini terdiri dari pelanggan regular kedai Sambike Serdang. Bermula dari perkenalan ringkas di kedai sehinggalah berkayuh dan bertukar-tukar ilmu basikal bersama-sama. Idea asal dicetuskan beberapa orang basikalis yang memulakan kayuhan di sekitar Bangi. Namun mungkin persekitaran Bangi yang sibuk dan padat memberikan sedikit masalah untuk basikalis berkayuh. Lebih-lebih lagi jika jumlah basikalis bertambah ramai. Mungkin laluan sekarang lebih sesuai kerana kurangnya kenderaan berenjin dan faktor udara yang sedikit nyaman.
Alhamdulillah... Minggu ini cuaca amat mengizinkan untuk meneruskan kayuhan 1M1MTB dan rakan-rakan yang datang pun ramai. Terima kasih kepada Abg Lan & Bro Adi (Bangi), Abg Sam & Bro Faizal (Kajang), A.L.O.N.G (Hulu Langat), Red Payed (Equine), Gt-Nik & Yeti-K (PUJMAC), Doktor Farhan & Doktor Ismadi? (UPM), Nasir (Sambike), Bro Ken & Bro Sharul (Beskal.com) atas sokongan anda semua.
Seperti biasa memulakan kayuhan dari Maulana Seri Kembangan (flat Bosnia) dan seterusnya melalui Jalan Raya 2 - Fakulti Kejuruteraan - Persiaran Masjid - Bukit Expo (Mardi) - Hospital Serdang - Marriot Resort - Lebuhraya lembah Klang selatan - Persiaran Persekutuan (Wetlands) - Presint 1 - Persiaran Timur (Alamanda) - Persiaran Utara - Lebuhraya lembah Klang selatan dan kembali semula di hadapan Hospital Serdang. Dari sini kayuhan kembali melalui Bukit Expo dan berhenti berfoto di hadapan pintu masuk Mardi. Kayuhan 30km berjaya di laksanakan dengan kerjasama penuh semua basikalis.
p/s : Kenda Nevegal (Nevergagal) tolonglah jangan pakai tayar nie........ on road..... jahanaaaaaammmmmmm!!!
p/ss : Thankingyuuuu Enche Payed kerana sudi kasi lenjang itu road bike..
p/sss : After Raya... "Ride pecah lemak" 2 in 1 Ride (2 Days 1 Ride) Starting from Maulana (same as 1M1MTB ride route) campoq bila sampai Taman Botani terus menghala ke Dataran Masjid. Then terus menuju ke Istana Kehakiman (same as Keliwon Nite Ride route) campoq bila sampai Alamanda area pakat terus keluaq melalui Persiaran Utara. Balik terus melalui depan Hospital Serdang........... over 60km +++.... Siapa Brannnn????
6 comments:
60km ka...? err...fixie bleh join ehh...
Bro, kalau kayuhan ari jumaat terdaya la hamba fikir-fikirkan...tapi kalau kayuhan 2 dalm 1 ni ari rabu, tak terdayo den.
den pastikan hari jumaat.. nak lebih best kita buat sabtu malam minggu... ok? hahaa..
pado firasat kawe gok...molek male jemahat..bakponya..
1)family time
2)long endurance ride
3)sabtu male ada game EPL..dok leh la awe....
guane guane pung...ikut atah demo ja lah...ambo yg menughut peghintoh
Den sokong soponoh eh kayuhan ari sabtu mlm minggu.akan den war war kan kek datok datok undang yang lain .....hahaha
molek gitu.. buak mesyuarak.. ikut majoriti deh!!
Post a Comment