Raya dan Status
>> Sep 28, 2009
Alhamdulillah.. syukur ke hadrat ilahi kerana di pertemukan kembali dengan bulan Syawal yang mulia ini. Tahun ini setiap umat islam menyambutnya dengan gembira walaupun kakitangan awam hanya mendapat wang ihsan hari raya dengan jumlah yang sederhana. Namun di sebalik kemeriahan Syawal tahun ini tersimpan pelbagai cerita aku sekeluarga menyambut hari raya. Tahun ini aku menyambut 1 Syawal di Sri Serdang dan hanya pulang ke kampung aku pada 2 Syawal. Cerita raya kali ini merupakan pengalaman berhari raya di kampung aku dengan pertemuan saudara mara sebelah mak dan arwah abah. Bukan senang nak jumpa saudara mara jika bukan kerana hari raya. :p
Dari corong radio dapat kita dengar lagu raya nyanyian kumpulan Firdaus yang berbunyi "manusia miskin kaya semuanya bergembira.. aku miskin hina.....berselubung duka..." Jika di lihat semula liriknya jelas menunjukkan yang kaya bergembira bersama yang miskin. Tetapi tidak kepada yang miskin hina.... Soalnya sejauh mana perbezaan sambutan hari raya si kaya dengan si miskin? Bagaimana dengan si miskin hina? Mungkin dari cara berpakaiannya? Kenderaannya? Cara dan gaya percakapannya? Di sebalik gagasan 1Malaysia yang di laungkan pemimpin negara bagi menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia mungkin berkubur. 1Malaysia mungkin hanya berjaya mengikut beberapa kelasnya tersendiri. Golongan orang bandar 1Malaysia, orang kampung 1Malaysia, orang pandai 1Malaysia, orang bodoh 1Malaysia, orang kaya 1Malaysia, orang miskin 1Malaysia, petani 1Malaysia, Nelayan 1Malaysia, golongan Artis 1Malaysia.... Jelas kita sukar menjadi 1Malaysia sebenar jika 1MELAYU pun masih samar-samar lagi. Berbicara semula tentang pertemuan dengan saudara mara ketika hari raya tahun ini. Permerhatian aku mengatakan masih sukar bagi si miskin dan si kaya berkomunikasi, sedangkan mereka semua datang dari keturunan yang sama. Berstatus saudara mara dan mempunyai keturunan yang sama.. Melayu... Dari kecil dulu ada yang bermain bersama, ke sekolah bersama, sambut raya bersama dan bila takdir dan nasib berjaya menukarkan status mereka telah berjaya memisahkan mereka dari dunia awal mereka dulu. Semuanya berubah kerana masa, status, cerdik, bodoh, miskin dan kaya seseorang. Benarkah begitu? Mungkin tidak semua orang begitu tetapi mengikut resamnya 90% mempunyai sifat begitu. Lebih-lebih lagi bangsa kita sendiri yang kekal dengan imej dan gaya "standard modified" mereka.
Pengalaman hari raya tahun ini dan yang lepas-lepas tidak menunjukkan sebarang perubahan. Antara kisah pendek yang berlaku bila berjumpa saudara mara sebegini aku semadikan dalam entri kali ini. Bukan niat untuk mengutuk tetapi berupa kecaman kecil bagi perlakuan "engkau orang besar, aku orang kecil" mereka itu.
Kisahnya..
i) Kunjungan bapa saudara yang hanya datang setahun sekali beraya ke rumah mak aku di kampung di sambut dengan senyuman dan salaman dengan rasa penuh hormat. Dialog mak dan dia hanya setakat ini.
Mak : Bila balik?
Pilot : Semalam... (sambil berdiri)
Mak : Mana orang rumah?
Pilot : Ada... hah.. balik dulu... (sambil menghulurkan RM50 ke tangan mak aku)
Mak : Duduk dulu minum?
Pilot : Tak..... (sambil berlalu pergi)
Mak : Baik tak payah datang kalau semata-mata nak hantar duit... bukan rayalah namanya.. (dengan celuparnya)
Pilot : errmmm...
Beginilah gelagatnya setiap tahun bila hari raya. Oleh kerana statusnya sebagai seorang "kapten" dan muka beliau telah banyak kali terpampang di akhbar dan kaca tv mungkin membuatkan beliau menganggap kami sebagai kes terpinggir... Maklumlah mak sebagai orang tua mudah tersinggung.. kami duduk rumah kampung sedangkan beliau ada rumah baru bernilai berjuta-juta. muahahaaa.. Lagipun beliau adalah "pilot" yang berjaya menerbangkan pesawat dari Narita ke KLIA pada malam berlakunya Y2K dan kini bergelar tenaga pengajar syarikat penerbangan. Malahan anak perempuannya pula adalah wanita pertama negara yang berjaya menerbangkan Airbus dalam usia muda dan sering muncul dalam iklan tv dan majalah. Info tentang dia dan anaknya juga aku cuma dapat dari internet. Memang tiada ruang untuk berborak.. apatah lagi aku kurang fasih berbahasa inggeris... muahahaaa...
ii) Seorang lagi pangkat abang saudara yang aku jumpa raya tahun ini di katakan seorang Arkitek di Putrajaya. Itupun aku tanya dekat pak usu aku selepas balik dari beraya kerumah bapanya. Kali ini agak bagus sebab dapat berborak dengannya. Itupun sebab kebetulan rumah bapa mertuanya di Serdang sekitar rumah pak mertua aku. Jadi adalah sedikit cerita nak berborak. Tapi lama kelamaan...
Aku : Duduk mana bang?
Arkitek : Semenyih..
Aku : Kerja kat Mana?
Arkitek : Putrajaya, developer..
Aku : Company tu ada buat rumah murah-murah tak kat area Putrajaya?
Arkitek : Ada.. skang tengah launching banglo dan semi-d.. Ok! tak mahal sangat..
Aku : Uish! mahal sangat tu.. (dalam hati.. gampang sungguh)
Arkitek : Good investment.. actually after raya i move to Penang...
Aku : Apsal berhenti kerja ke bang?
Arkitek : Well... better offer!
Hahahaa.. lawak sarkas betul.. tak nampak ke aku datang beraya pakai selipar dan naik kereta paling murah zaman ini. Ikut suka dia jek offer kat aku rumah banglo yang harganya kalau gadai tanah mak aku, mak cik aku, pak usu aku, jiran belakang, kedai runcit sebelah rumah pun tak mampu lagi nak beli wey!
iii) Raya ke-3 bertandang kerumah saudara berdekatan rumah. Bertemu dengan anak-anak arwah bekas YB yang merupakan datuk saudara aku. Telah di ketahui sejak kecil keluarga ini memang berduit punya kaki. Selesai salam aku duduk kat kerusi luar rumah sambil merokok. Kemudian di datangi salah seorang suami mak cik aku yang juga lepak luar sebab nak merokok. Dia nie pun aku dapat jumpa masa hari raya aje. Setahu aku dia sekeluarga memang asyik duduk oversea jek kerana bertugas sebagai duta pelajar. Sampaikan anak-anaknya dah tak fasih berbahasa melayu. Kali terakhir aku jumpa masa adik aku kahwin.. itu pun sebab dia dah tak nak kerja kat oversea atas faktor kesihatan. Antara dialog aku dan dia...
Duta : Panas! (sambil mencucuh rokok)
Aku : ha,ah... (sambil sedut asap rokok)
Duta : U cycling ke? (rasanya dia nampak ada roof rack kat kete aku.)
Aku : ha,ah... selalu kat Putrajaya (pancing borak coz aku tau ofis dia kat sana.. hehee..)
Duta : I pun minat jugak.. my friend ajak join dia..
Aku : Oh yer! ok! lah tue...
Akhirnya aku dapat berborak dengannya setelah hampir berbelas tahun tidak pernah berborak. Ini pun sebab dia nampak roof rack kat kete aku...
Sebelum aku meleret lebih panjang aku terpaksa hentikan rintihan ini. Jika di ikut banyak lagi kerenah saudara mara aku yang "berstatus". Ada yang kaya dan kaya raya tetapi kenapa duit raya anak aku kurang jugak? Paling lawak ada yang cakap macam nak jual negara.. pong pang pong pang.. tapi hakikatnya? Lagi mangkuk tahun lepas ada orang datang beraya rumah aku cakap dia duduk KL tak pernah tengok pokok kelapa dan sawah padi. Logik tak kalo ada orang tak pernah tengok pokok kelapa kat Malaysia nie? Konon-kononnya budak bandar sangatlah tue.. siap dia dengan awek dia cakap depan-depan suasana kat kampung aku boring, banyak kebun dan cuaca panas. Bila aku selidik balik siapa mamat nie rupanya bakal adik ipar kepada adik ipar aku yang hanya bekerja sebagai "pion a.k.a despatch". Ku sangkakan anak orang kaya rupanya hanya tinggal di rumah flat kos rendah tingkat 12. Cuma dia berlagak coz pakai kereta Perdana berenjin turbo dan di ketahui pulak sebelum raya tahun nie keretanya telah di curi orang dan dia telah di berhentikan kerja.. hahahaaa... lawak mamat nie.. nak berlagak tapi pakai kasut NIKE uptown RM60.00. Orang macam nie pun ada.. memperbodohkan diri sendiri pulak tue.. mangkuk tandas sungguh perangai camnie. :p
Ingatan kepada rakan dan kenalan yang terbaca posting aku kali nie supaya janganlah kita menjadi "aku orang besar, kau orang kecil" dan ingatlah setiap kejadian dan bahagian hidup di tentukan oleh Allah S.W.T. Tidak semua manusia di jadikan untuk kesusahan dan tidak semua manusia dijadikan untuk kesenangan. Ketahui jugalah "orang kecil" berkerja keras menyusun kata-katanya sebelum berkomunikasi dengan "orang besar" Takut nanti tersalah kata terlajak tatabahasa... "orang besar" akan tertawa... "orang kecil" akan terhina. Jika semua manusia senang dan kaya siapa pulak nak jadi petani bagi beras untuk korang makan? Siapa nak pergi jaring ikan kat laut? Siapa pulak nak jual biskut raya dalam FACEBOOK???? Fikirlah sendiri Nabil... Irma malas nak fikir.... muahahaaaahaa...
* Buat rakan-rakan berstatus "orang besar" ucapan "SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN" dari "orang kecil" sekeluarga....
By haitsan
4 comments:
Assallamualaikum... En. Haitsan..Semoga Anda Sekeluarga diberkati dan dirahmati ALLAH. Aku kagum dengan cara nko menulis, meluahkan pandangan yang seronok sekali aku membacanya. Bagi aku apa yang saudara tulis nih sama pandangan dengan aku. Nak kata aku ni pandai sgt tak jugak... tapi beginilah Sesungguh ALLAH mengurniakan Rezeki itu tidak memilih sama ada ia kafir,islam separuh atau islam mukmin.. Jika Allah mengurniakan rezeki pada org kafir percayalah harta itu adalah itu dunia sahaja dan sudah tentunya tidak akan di berkati. bahkan hartanya itu juga yg akan membakarnya didalam neraka..Jika Allah berikan harta itu pada org islam (separuh) maksud separuh tak buat apa yang disuruh. meningalkan apa yg dilarang. Jika rezeki itu dtg nya dari yg halal dan digunakan dengan cara betul(islam) percayalah sesungguhnya diberkati rezeki itu. Jika rezeki itu diberikan pada org islam mukmin tak kira miskin atau kaya maka beruntunglah mereka ini...Kesimpulannya.. Manusia miskin atau kaya adalah sama disisi Allah. yang beza adalah manusia itu sendiri.. jika rasa berlebihan rezeki ingatlah org yang kurang dari kita nescaya Allah akan berlipatkan gandakan rezeki kita dan jika kita ada kekurangan ingatlah sensugguhnya Allah amat lebih menyukai org miskin yang bersyukur.
Ini tips aku sendiri la.. camni ni. Kalau rasa diri ada kekurangan jangan pandang pada org yang ada kelebihan, pandang pada org yg lbih kurang dari kita. Maksud nye camni Kalau kita pakai kancil kena tgk org pakai motor, kalau pakai motor kena tgk pakai beskal (bukan mountain bike no... kakaka because mountain bike mahal lebih dari motor cam beskal En. Haitsan wakakak) kalau naik beskal lak kena pandang org jalan kaki. kalau jalan kaki kena tg org cacat tak dak kaki.. dan begitulah seterusnya... KALAU NAK TGK ORG KAYA LEH.. TAPI BERFIKIR AKU NAK PERBAIKI HIDUP DIRI DAN KELUARGA TANPA MEMBUAT KEMURKAAN PADA MU YA ALLAH... Renung-renungkan dan selamat beramal... Percayalah En. Haitsan dunia sekarang org kaya akan lebih kaya dan org miskin akan lebih miskin itu lah 1 malaysia... Sallam.. pandangan daiff aku Naem.. Nice to be your friend bro..
kaya miskin...muda kaya...masa hidup banyak la perbandingannya...saat akhir..sama ja...semeter RM2.50..tiada lg Gucci..Hugo Boss..Lexus...Fox F series...XTR...pengakhiran yg sama...reput jd tengkorak jugak akhirnya...tonggak 5 ja jd bekalan..
kita kalau cari rezeki...toksah la smp berlebihan..biaq cukup utk hidup...jgn smp hidup melarat..
kita boleh belajar tinggi mana sekali pun...keje pangkat smp penuh bahu...Tetapi...kalau xdak ilmu Value kehidupan...tak kemana...anda hanya dipuja dan dihormati kerana kedudukan...
KAEDAHNYA...toksah la kita dok amik peduli insan-insan yg hidungnya bertongkat langit ni...rezeki kita bukan depa yang tentukan...kita sendiri pun kena beringat...andai kata dimurahkan rezeki tetiba kita jd Senang...harap-harap kita x lupa yang diBawah...
apa benda aku emosi ni bai....
akhir kata..."pecah kaca pecah gelas..lepas baca harap balas"
Selamat Hari Raya Aidilfitri..Ampun Maaf Zahir Batin
hahaa.. panjang sungguh hujah tuan2 hamba.... betul.. cari duit jgn sampai kaya sangat.... cari sekdar cukup utk hupgrade sikal dan belanja keluarga dah cukup... hahahaa... yg hangin tue ada yg TAK kaya pun tapi berlagak cam haraaammm..
selamat ari raya bro.. heheh ari tu masa raya ketiga aku gi umah nenek aku kat sg limau.. ada terfikir nak serang rumah ko ngan shah.. tapi tak sempat.
pedulikan aje.. manusia2 yang macam ni. tak usah dilayankan sgt. biarkan saja mereka dengan labu2nya. yang penting apa target kita dlm hidup kita kasi capai. biar kita sendiri puas hati. aku selalu aje jadikan apa orang lain dapat/ada/capai tu jadi motivasi. aku cabar diri aku sendiri.. kalau lu boleh takkan gua tak boleh. kalau lu boleh bikin backflip takkan gua tak boleh. kalau lu ada BMW takkan gua tak boleh, kalau lu boleh kayuh 80km haaa itu guia tak boleh ..semput maaa.wkakakaak
Post a Comment