1M1MTB Special Ride Mencari Jodoh 1,2,3 & 4?

>> Oct 26, 2009

Tarikh : 23 Oktober 09
Masa Mula : 9.30pm
Lokasi : UPM Serdang
Jarak : 28km
Peserta : 26 Orang

Keliwon nite ride Putrajaya telah di gantikan dengan
1M1MTB nite ride special edisi mencari jodoh 1,2,3 & 4.
Sambutan dari rakan-rakan begitu menggalakkan mungkin
kerana sms yang di sebarkan berbunyi sedikit keghairahan.
Seawal usia 20 hingga 52 tahun menyertai ride mencari
jodoh kali ini. Lokasi strategik melayan nafsu kayuhan
sekitar kolej-kolej UPM sambil mata sibuk memilih jodoh
yang melambai-lambai, menjerit-jerit dan memberikan
isyarat peace...

Malam ini Pak Berahim "LOOK" selaku guru besar yang
bertanggungjawab melonjakkan lagi keghairahan dengan
memilih laluan yang penuh dengan climb, climb dan climb
lagi dan lagi-lagi climb. Gtnik dan Azrul bertindak
sebagai sweeper malam ini. Raja bukit (Bro Sam) kelihatan
mencuri angin "LOOK" Pak Berahim. Di ikuti dengan rapat
Nasir pomen, Moq, Yan, Abg Lan, Abg Mat, Shariman, Faizal,
Ken, Abg Wan Cina, Naem dan lain-lain. Aku sekadar memerhatikan
dari jarak jauh sambil berfikir bila lah aku nak jadi kuat
macam diorang.. heheee... Terima Kasih rakan-rakan kerana
sekali lagi kita berpeluang berkayuh, minum dan ketawa
bersama-sama biar pun anda semua datang dari jauh.
Sesungguhnya ketawa itu pengubat darah tinggi
yang sedang melonjak naik... muahahaaa..


Laluan dan mukabumi dari GPS Enche Ken Beskal.com TQ Bro...


0 comments:

Blog Widget by LinkWithin

Pyzam Glitter Text Maker

KELIWON JC MURAH?

KELIWON JC MURAH?

NAK PINDAH RUMAH? CARI LORI?

NAK PINDAH RUMAH? CARI LORI?
0123113473 - MAZLAN

Rider Down!


  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP