ECC BURUNG HANTU NITE RIDE 09

>> Oct 27, 2009

Date : 24 Oct. 09
Venue : Dataran Ayer Keroh, Melaka
Time Start : 8pm
My ride 'DONE'at : 1am
My riding NO. : '0158'
Chit! lucky draw grand price naik no.'0185'...
Distance : 45km (Melaka Tengah, Jasin & Alor Gajah)
GPS location of start and finish point : N2 16.443 E102 17.905

My Lucky No.



Towards Check Point 1
5km pertama merupakan tarmac road riding yang berjaya melengguhkan kaki aku kerana tayar cap kenda nevergagal yang mengaum dan mencengkam kuat permukaan tarmac. Memasuki trail head yang sesak sambil mencari ruang untuk mencelah-celah. Bermulalah 10km penuh dengan turun naik bak roller coaster. Paling pelik selalunya climb aku menolak dan malam ini downhill pulak aku menolak. Rasa ngeri pulak nak layan downhill malam-malam nie kerana pemandangan cukup terhad. Lagi pun aku dah dekat 2 bulan tak kayuhoff road. Berbekalkan lampu mata kucing kat handle dan lampu cari katak kat kepala aku teruskan kayuhan. Tiba di CP1 mula rasa lega.. fuhhh.. makan 2 biji pisang dan sebotol mineral water terus tolak climb dan start ride tanpa berlengah-lengah lagi. Lebih kurang 3km kembali melalui tarmac sebelum memasuki trail head menuju CP2. Masa kat tarmac nie ler baru aku perasan air 100plus dalam bladder (1.5L) aku dah habis.. huhuu.. haus sungguh!!
Total Ride Distance: 18km (macam haram)

Towards Check Point 2
A 4.7km single track ride into the rainforest.... seawal memasuki trail head aku mula terasa serasi sedikit dengan nite ride diorang nie. Trail nie memang best.. single trail..masa kat trail nie bolehlah ride laju sikit sebab nampak tanah dia macam tanah liat.. lembut dan lancar aje. Masa kat area sini rasa macam tinggal sensorang aje coz depan dan belakang takde rider yang berada hampir. Seram sejuk.. tue yang kena pedal lagi laju.. huhuu.. Sampai CP2 terserempak kengkawan lain.. pekena pisang 2 biji, sebotol mineral water & sekeping biskut terus gerak. Rokok? rokok?? chit! aku tak ambik benda-benda haram tue masa ride kat sini.
Cut off time 11.30pm
Total Ride Distance: 4.7km
Chicken Route Distance: 4.8km

Towards Check Point 3
Dari CP2 aku terus pedal menuju ke CP3 bersama-sama Shariman, Din Ice, Yuih, Abg Lan dan Adi.Trail kat sini sedikit bahaya dengan permukaan mukabumi yang berbonggol-bonggol. Melalui jambatan kayu dan descend yang berlopak-lopak. Pertengahan trail kelihatan anak sungai yang terpaksa dirempuh. Memang tak boleh nak ride coz ramai rider yang terkandas kat sini. Terpaksa pikul bike dan redah selut yang licin. Kaki kanan mula rasa kekejangan melayan climb sekitar trail ini. Sampai je CP3 terus cari medik buat apa-apa patut kat kaki aku... spray dah habis.. budak tu sapu minyak cap kapak je.. jadi lah janji boleh habis semua CP.
Cut off time 12.00am
Total Ride Distance: 4.6km
Chicken Route Distance: 6.6km

Towards Check Point 4
Trail seterusnya nie sedikit ala-ala Tg Rabok.. melalui ladang sawit yang berbau busuk.. laluannya juga sedikit berlopak-lopak. Sampai CP4 belasah pisang 1 biji & mineral 1 botol terus gerak. Kena minum kasi habis coz dah takde air dalam bladder wey... nak isi-isi balik dalam bladder dah malas.
Cut off time 12.30 am
Total Ride Distance: 4.1km
Chicken Route Distance: 11.5km

Towards Check point 5
Lagi sekali layan lambakan climb dengan tahap pemandangan yang kurang jelas. Lampu LED pun dah mula berkurangan kat trail nie. Sekali lagi saing ride dengan Payed & wife.. kaki kiri pulak buat hal.. tahap nak kejang dah.. turun tolak je lah. Nasib payed ada minyak "sure up"... sapu kiri dan kanan kaki. Barulah rasa lega dek kerana minyak tu panas giler. Dari sini aku follow rentak Payed & wife kerana mereka target nak sampai finishing point pukul 12.00pm. Dapat je last sticker terus gerak. Ride tarmac dan kemudian endure lagi 9km dengan lambakan climb yang macam haram. Sampai tahap aku turun tolak sebab dua-dua kaki dah rasa macam nak kejang. Tapi bila dapat layan downhill dia aku sampai terlupa nak brake.. hahaa.. sejuk... habis je off road terus ride tarmac menuju ke Dataran Alor Gajah. Payed & wife berlalu pergi dan aku berhenti sekejap sebab nampak abg. Lan & Adi tengah pam tayar. Tiub Giant abg. Lan bocor kecil dan selepas beberapa minit baru bergerak semula. Seperti di jangka mereka hilang tanpa pandangan setelah memecut laju... jahanam aku tinggal bertiang-tiang dek kerana tayar kenda nevergagal yang seperti memeluk erat laluan tarmac... hampeh sungguh!
No cut off time.
Total Ride Distance: 6.3km + 9km (macam haram)

p/s : Terima Kasih kepada rakan-rakan yang sama-sama menginap di homestay (banglo). Jika ada sebarang kekurangan, perihal duit atau sebarang komen sila beritahu saya. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk dan lalai datangnya dari diri saya sendiri. Hubungi telefon tangan saya 017-2676371 atau datang sendiri membuat aduan kepada saya pada hari Jumaat nanti.

p/ss : TAHNIAH! juga buat rakan-rakan ROP, Beskal.com, Enche Mie & Enche Asri (Ash), Jiran tetangga TEAM PUJMAC, TEAM AMPG BIKE, Enche Md Nor & the Gang, Enche Khalid canupos, Heero Yui, Along Geng Bahan, Enche Ah Chong, Ezlin:p dan beberapa orang kenalan lain yang sempat bertegur sapa....kerana berjaya menamatkan kayuhan "ECC Burung Hantu Nite Ride Jamboree" kali ini. TAHNIAH sekali lagi.....

p/sss : TAHNIAH! juga buat penganjur "ECC Burung Hantu Nite Ride Jamboree 09" GOOD Job guys... u du rocks!

p/ssss : GAMBAR LAIN MENYUSUL KEMUDIAN ATAU SILA CHECK KAT DALAM FACEBOOK HAITSAN FUJI

2 comments:

naem October 27, 2009 at 8:06 PM  

Weih biar btul minyak yg nko mintak kat payed tu 'Sure UP'... ke minyak lintah wakakak.. patut la laju...
sian aku ecc kayuh sowang sowang hua hua mentang2 beginner

Haitsan October 28, 2009 at 3:34 AM  

eh! sensorang kah?? last2 aku pun tinggal sorang gak.. huhu

Blog Widget by LinkWithin

Pyzam Glitter Text Maker

KELIWON JC MURAH?

KELIWON JC MURAH?

NAK PINDAH RUMAH? CARI LORI?

NAK PINDAH RUMAH? CARI LORI?
0123113473 - MAZLAN

Rider Down!


  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP