Hati-hati Berbasikal di Putrajaya
>> Oct 18, 2009
Kepada rakan-rakan dan kenalan yang pada kebiasaannya
berkayuh di sekitar Putrajaya supaya lebih berhati-hati
sepanjang kayuhan. Elakkan dari berhenti di bawah-bawah
jambatan dan kawasan simpang yang merbahaya dan elakkan
berkayuh ketika hujan. Di akui Putrajaya mempunyai
jalan-jalan yang luas dan lebar. Inilah puncanya mengapa
pemandu kereta sekitar Putrajaya memecut kenderaan mereka
sesuka hati. Jika berkunjung ke Putrajaya pada waktu
malam minggu kita dapat lihat kelab motosikal &
kereta berkumpul di Putrajaya dengan tujuan yang mereka
sendiri pun masih samar-samar. Mereka juga kelihatan memecut
dan bersaing antara satu sama lain ketika menuju ke exit
Putrajaya. Almaklumlah hanya mereka sahaja mempunyai kereta
yang laju dan merekalah yang membayar cukai jalan setiap tahun.
Basikalis sangat kecil pada pandangan mereka dan kita sendiri
kena berhati-hati ketika menyusuri jalan "bapak" mereka ini.
Semalam saya menuju ke Hospital Putrajaya sekitar jam
6.00pm untuk melawat saudara sebelah ibu mertua yang terbabit
kemalangan jalanraya di Persiaran Utara, Putrajaya sabtu tadi.
Kemalangan yang membabitkan sebuah kereta Proton Wira
apabila merempuh enam buah motosikal yang berteduh di bawah
jambatan ketika hujan lebat.Kemalangan ini mengakibatkan
seorang maut di tempat kejadian manakala seorang lagi,
kanak-kanak berusia lima tahun mati di Hospital Putrajaya.
Sementara itu, dua orang pembonceng motosikal cedera parah dan
di tempatkan di wad ICU Hospital Putrajaya. Di percayai pemandu
kereta hanya berusia 18 tahun dan memandu laju kenderaannya sehingga
hilang kawalan.
Kami sekeluarga bersimpati dengan beliau "Anis" kerana di ketahui
beliau seorang yang baik dan beliau juga baru 2 hari keluar dari
wad Hospital Putrajaya kerana mengalami masalah jantung. Ketika arwah
bapa mertua di tempatkan di wad Hospital Putrajaya beliau juga turut
berada di sana beberapa hari kerana masalah kesihatannya. Kami berdoa
agar beliau kembali pulih seperti sedia kala... Amin...
1 comments:
Bro, kena tulis skali kat Cyber. lagi giler org bawak keter kat situ.. heheheh
Post a Comment