Laporan 109 ride
>> Nov 15, 2009
TARIKH : 14 NOV. 2009
MASA : 7.00 AM - 6.00PMLOKASI : MASJID PUTRAJAYA - GOLD COAST, SEPANG
JARAK KAYUHAN : 116.45KM
MASA KAYUHAN SAHAJA : 5 JAM 30 MINIT
JUMLAH BASIKALIS : 13 ORANG + 2 ORANG RELAY
JARAK KAYUHAN : 116.45KM
MASA KAYUHAN SAHAJA : 5 JAM 30 MINIT
JUMLAH BASIKALIS : 13 ORANG + 2 ORANG RELAY
Alhamdulillah dengan limpah kurnia-nya berjaya juga kami menghabiskan 109 putrajaya-gold coast ride yang telah di rancang sekitar bulan puasa yang lalu. Seramai 17 orang melibatkan diri di dalam program kayuhan kali ini termasuklah pemandu support car (shahjava) dan keluarga cikgu ijass selaku jurugambar amatur. Terima kasih cikgu kerana sudi menyertai kami dan sanggup datang dari Kuala Selangor bersama-sama keluarga dan sudi menjadi jurugambar untuk program kali ini. Jangkaan kami cuma 109km jika di rujuk dari goggle map namun jarak sebenar telah menjadi 116.45km keseluruhannya.
Seawal jam 6.30am kelibat seorang demi seorang basikalis muncul di dataran masjid putrajaya termasuklah Pak Berahim yang tak dapat join ride kali ini. Antara yang BERANI hadir Abg. Enold, Apai, Shah, Bro Sam, A.L.O.N.G, Mus, cikgu ijass, Bro Nizam, Sharizman, Razidan, Bro Rosli, Abg. yg pakai kancil silver dan Payed berkayuh dari Equine dan hanya menemui kami sekitar susur masuk Taman Cabaran. Syukur kami kehadrat illahi kerana dengan izin-nya keadaan cuaca begitu baik, redup & menyegarkan. Hentian pertama kami di sekitar Shell Salak Tinggi bagi re-group semula rakan-rakan dan sesi ketandas. Kemudian meneruskan kayuhan sehingga pekan Sepang dan berhenti untuk sarapan pagi sambil menunggu Abg. Enold yang mengalami tayar pancit. Selesai sendawa dan merokok beberapa batang bergerak semula sehingga Pekan Sungai Pelek dan berhenti sekejap untuk re-group. Tidak sempat mereka mencucuh rokok kami terus bergerak sehingga ke Gold Coast Sepang. Bila sampai persimpangan menuju ke Gold Coast jelas awan hitam menguasai langit dan seperti di jangka hujan turun dengan lebatnya seperti menyambut ketibaan kami. Menghabiskan masa hanya di bawah bumbung warung yang begitu banyak mengalami kebocoran sambil makan, minum, makan dan minum lagi.
gambar di bawah ihsan dari Cikgu Ijass Thanks!Seawal jam 6.30am kelibat seorang demi seorang basikalis muncul di dataran masjid putrajaya termasuklah Pak Berahim yang tak dapat join ride kali ini. Antara yang BERANI hadir Abg. Enold, Apai, Shah, Bro Sam, A.L.O.N.G, Mus, cikgu ijass, Bro Nizam, Sharizman, Razidan, Bro Rosli, Abg. yg pakai kancil silver dan Payed berkayuh dari Equine dan hanya menemui kami sekitar susur masuk Taman Cabaran. Syukur kami kehadrat illahi kerana dengan izin-nya keadaan cuaca begitu baik, redup & menyegarkan. Hentian pertama kami di sekitar Shell Salak Tinggi bagi re-group semula rakan-rakan dan sesi ketandas. Kemudian meneruskan kayuhan sehingga pekan Sepang dan berhenti untuk sarapan pagi sambil menunggu Abg. Enold yang mengalami tayar pancit. Selesai sendawa dan merokok beberapa batang bergerak semula sehingga Pekan Sungai Pelek dan berhenti sekejap untuk re-group. Tidak sempat mereka mencucuh rokok kami terus bergerak sehingga ke Gold Coast Sepang. Bila sampai persimpangan menuju ke Gold Coast jelas awan hitam menguasai langit dan seperti di jangka hujan turun dengan lebatnya seperti menyambut ketibaan kami. Menghabiskan masa hanya di bawah bumbung warung yang begitu banyak mengalami kebocoran sambil makan, minum, makan dan minum lagi.
Seperti di persetujui tepat jam 2.00pm kami bergerak pulang di dalam keadaan hujan yang masih renyai-renyai dan hanya berhenti re-group di Shell Pekan Sungai Pelek. Selesai memerah stokin dan makan snickers kami bergerak terus dan hanya berhenti di sebuah warung sekitar Pekan Sepang dan berhenti agak lama kerana hujan begitu lebat. Apabila hujan mulai renyai-renyai kembali kami meneruskan kayuhan sehingga ke Masjid Putrajaya dan bersurai. Tahniah kepada rakan-rakan yang menyertai program kayuhan kali ini dan di harap kita akan bertemu lagi di rancangan kayuhan akan datang.... 170km Putrajaya-Port Dickson pula... ada Bran???? :p
1 comments:
Set bila, saya nak ajak kawan ikut kayuhan PJPD tu.
Post a Comment