Old Skool atas jalanraya?
>> Nov 8, 2009
Tarikh : 6 Nov 09
Masa Takung : 9.00pm
Tayar Golek : 9.30pm
Jarak kayuhan : 28km
Basikalis : Abg Lan, Abg Mat, Ken, Adi, Along, Mus, Faizal, Sharul, Abg Amdari, Sharizman, Offshore, Sam hill, Azrul, Fendi, Abg Zul, Haitsan
Ride keliwon minggu ini kembali ke Putrajaya dengan di sertai seramai 16 orang basikalis. Sedikit perubahan jarak kayuhan di lakukan di akhiri dengan pendakian wisma putra. Malam ini juga secara rasminya aku menggunakan jentera baru "old skool" yang bakal di fixie-kan. Terima kasih daun keladi kepada abg. Man Ciocc dan abg. Hisham daewa kerana sudi berkongsi pengetahuan mereka mengenai basikal "old skool" yang baru aku ambil dari abg. Amdari. Kata mereka basikal nie "OK" dan bolehlah di kira "old skool" kerana pembuatan framenya pada tahun 80an. Terima kasih rakan-rakan basikalis dengan semangat kerjasama dan setiakawan yang di tunjukkan. 5 jari di atas untuk bro Ken kerana mempunyai semangat yang tinggi untuk menyertai kayuhan walaupun terpaksa bergegas serta merta setelah habis menonton wayang bersama keluarganya di Alamanda. 10 jari di atas juga untuk isteri dan keluarganya yang sanggup datang berasingan untuk menonton wayang. Apakah pengorbanan? Terima kasih juga buat isteri-isteri dan ahli-ahli keluarga basikalis semua yang memberikan kelonggaran dan ruang untuk anda semua menyertai kayuhan kali ini. Terima kasih juga kepada semua basikalis yang menyertai "KeliwonNite Ride" kali ini dan bersama-sama bergelak ketawa, senda gurau, air 3 rasa, basikal Gipsy, susu getah, sup ayam cicah roti dan duit pendaftaran "Monsoon Ride". Tanpa anda semua tidaklah meriah kedai mamak double trouble malam itu............:p
2 comments:
Basikal sapa ni bang?
saya lah... hehee
Post a Comment