kerana duit kamera binasa...

>> Dec 9, 2009

Alkisah seorang pemuda memecut laju yamaha ss110-nya menuju ke tempat kerja. Sampai putus tali meter motornya dek kerana tahap kelajuan yang di capai melebihi angka yang tertera di meter. Bergegar seluruh enjin menanggung beban dan cuba bertanding dengan motor-motor lain yang kelihatan masih berkilat warnanya. Inilah akibatnya jika keluar lewat ke tempat kerja. Di persimpangan Jusco Equine terpaksalah berhenti dek kerana lampu isyarat telah bertukar warna merah. Tiba-tiba si pemuda tadi terlihat 2 keping kertas berwarna merah terlipat kemas di bawah kakinya. "Alamak.. rezeki... hahaa" kata si pemuda di dalam hati sambil tersenyum sampai mata tertutup. Si pemuda tadi mula melihat kiri dan kanan, memerhatikan jika ada empunya kertas itu. Namun cuma pemuda itu seorang sahaja yang menunggang motosikal ketika berhenti di situ dan jelas hanya beberapa kereta berada dengannya. Fikirnya mustahil wang kertas RM20.00 itu terkeluar dari dalam kereta sedangkan cermin kereta mereka tertutup rapat. Berpura-pura membetulkan stokin dan terus mengambil wang kertas itu. Bila lampu isyarat mula bertukar hijau si pemuda pun meneruskan perjalanannya sambil menyanyi lagu "ibu.. ibu.. bapak.. bapak.. tolong aku kasihani aku... carikan diriku kekasih hati ku.. bla..bla..:p" Tetapi di separuh perjalanan pemuda mula terdetik, wang siapakah ini? nak hantar kat balai polis kah? ish, macam-macam pula menganggu fikiran si pemuda. Bila sampai di kilang tempat kerjanya si pemuda pun menceritakan kepada rakan setugasnya yang terkenal dengan sifat mulia dan alimnya. Kemudian rakannya berkata "belanja kitorang makan tengahari lah hari nie bro". Seperti di minta si pemuda pun membelanjakan wang jumpanya itu bagi menjamu rakan setugasnya. Lewat petang si pemuda pulang ke rumah dan menceritakan apa yang berlaku kepada isterinya. Lantas dengan mata yang terbeliak isterinya pun berkata "elok sangatlah tu ambik hak orang lain, esok lusa hak kita pulak orang lain ambik atau pun hilang". Tapi si pemuda mambangkang "habis tak kan nak biar je duit tu kat situ?" Nak bagi kat polis kah? Nanti mereka yang kebas pulak..." Dengan nada sindiran isterinya pun berkata "tengoklah nanti..." Berselang 2,3 hari si pemuda ke Putrajaya untuk berbasikal bersama rakan-rakannya..... Sesuatu yang paling berharga bagi seorang blogger dan basikalis sepertinya telah hilang dek kerana kelalaiannya sendiri. Kamera sony buatan kilang jepun di Shah Alam telah hilang saat si pemuda tertinggal kamera itu di atas bumbung keretanya tanpa sedar. Masin sungguh mulut isterinya...


MORAL : JANGAN SUKA AMBIL HAK ORANG LAIN... ATAU JANGAN BERITAHU ISTERI ANDA BILA TERJUMPA WANG.


p/s : renung-renungkan dan selamat beramal :-)

2 comments:

Anonymous December 9, 2009 at 11:26 PM  

sedekahkan lah lain kali :p

Haitsan December 10, 2009 at 1:20 AM  

sedekah ler tue.. belanja member makan tengahari.. hahaa

Blog Widget by LinkWithin

Pyzam Glitter Text Maker

KELIWON JC MURAH?

KELIWON JC MURAH?

NAK PINDAH RUMAH? CARI LORI?

NAK PINDAH RUMAH? CARI LORI?
0123113473 - MAZLAN

Rider Down!


  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP