2 x KAYUH?

>> Dec 21, 2009

Kayuhan sesi pagi :

Tarikh : 18 Disember 2009
Masa : 8.00am - 11.00am
Lokasi : Lembah Kiara, TTDI
Basikalis : 40 Orang

Minggu ini kayuhan kolaborasi bersama basikalis-basikalis dari utara, Kayuhbeb, Pujmac, 1Biking, ROP dan Beskal.com sekitar Lembah Kiara. Terima Kasih buat Pujmac yang sudi menjemput kami sama-sama menyertai kayuhan kali ini yang bertujuan menyambut kunjungan rakan basikalis dari utara. Inilah kunjungan kali ke-3 aku ke Lembah Kiara dan rasanya aku tak berapa ingat loop yang ada di sini kerana kali terakhir aku memulakan kayuhan dari Sri Hartamas 2 tahun yang lalu. Cuma yang aku ingat simpang x dan pondok sahaja. Sesi pagi kayuhan bertempat di Lembah Kiara yang di sertai lebih kurang 40 orang basikalis bukit yang di ketuai Bro Azrul dan orang-orang kanannya (Kayuhbeb). Memulakan acara dengan bacaan doa dari Bro Jayen(Pujmac) dan seterusnya bergerak 2km melalui laluan tarmac sehingga ke persimpangan X yang ketinggiannya lebih kurang 170m. Dari sini kami menuju ke 2k loop yang penuh dengan lambakan drop dan switchback. Alhamdulillah akibat hujan trail sedikit basah dan memudahkan cengkaman tayar semasa melayan seksyen teknikal sekitar 2k loop, Tripple Terrace dan Apollo loop. Cuma bila jumlah basikalis terlalu ramai terpaksalah menunggu giliran supaya tidak terlanggar basikalis di hadapan ataupun di langgar dari belakang jika terjatuh. Apollo loop menemukan kami ke laluan tarmac semula dan berehat sebentar bagi re-group kesemua basikalis. Kemudian kembali mendaki laluan tarmac menuju ke persimpangan x semula. Dari sini kayuhan di teruskan menuju tokong dan sehinggalah ke Twin Peak. Melayan laluan teknikal yang penuh dengan drop dan akar-akar menjadikan kayuhan singletrack kali ini lebih menyeronokkan. Ramai juga basikalis yang rebah ketika melayan descent sekitar Kiara trail kali ini. Basikalis lain meneruskan kayuhan menuju ke Carnival manakala aku dan beberapa basikalis lain keluar awal kerana masa tidak mengizinkan.


Kayuhan sesi petang :

Tarikh : 18 Disember 2009
Masa : 3.30pm - 6.00pm
Lokasi : Taman Cabaran, Putrajaya
Basikalis : 25 Orang

Kemudian pada sesi petang kami melayan Taman Cabaran, Putrajaya sebagai pelengkap kunjungan "Geng Utara" untuk membuat 2 kayuhan dalam masa 1 hari. Kayuhan bermula sedikit lewat kerana hujan lebat tiba-tiba turun dan setelah reda kayuhan di mulakan. Namun kali ini aku tidak dapat berkayuh kerana terlupa bawak kunci bike carrier. Terpaksalah bawak kereta sampai hut 2 dan menunggu mereka sambil mengacu lensa digital Payed... hampeh sungguh.. Sampai hut 2 Payed cakap dia dah tak larat, dia pun offer pakai anthem dia... kemudian Daoh (PCM) pun cakap dia dah nak pitam dan tak dapat nak teruskan kayuhan. Memang rezeki aku dapat kayuh di PCP hari ini memandangkan inilah trail kegemaran aku dan tidak lepaskan peluang menunggang jentera baru (Jamis) Daoh yang sesuai untuk PCP trail kerana menggunakan platform pedal.. Thanks bro :p..... Rasanya sudah hampir 5 bulan tidak berkunjung ke sini dan kelihatan lambakan switchback sedikit rosak dengan lubang-lubang aliran air jelas kelihatan. Namun kayuhan kali ini memang tidak mengecewakan.


** Ucapan terima kasih kepada semua basikalis yang terlibat dan sekalung penghargaan buat "Geng Utara" kerana sudi berkunjung ke trail Lembah Klang. Terima kasih buat Bro Azrul Kayuhbeb, Chip Assry & Pujmac kerana sudi menjemput kami menyertai kayuhan anjuran anda. Adios!

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin

Pyzam Glitter Text Maker

KELIWON JC MURAH?

KELIWON JC MURAH?

NAK PINDAH RUMAH? CARI LORI?

NAK PINDAH RUMAH? CARI LORI?
0123113473 - MAZLAN

Rider Down!


  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP