Monsoon Ride 2009

>> Dec 29, 2009


Lokasi : Semuji Agro Resort, Gambang, Pahang
Jumlah Peserta : 420 Orang
Masa Masuk : 8.00am
Masa Keluar : 2.10pm
Acara Tamat : 5.30pm
Jarak Kayuhan : 35km
Puncak Tertinggi : 120 Meter
Kategori Trail : Macam haram + Adventure + Singletrack Menarik.

ehsan dari Sharizman a.k.a Cupin


Alhamdulillah "Monsoon Ride 09" @ Gambang, Pahang telah selesai dengan kesemua rakan-rakan telah berjaya menamatkan kayuhan dengan selamat dan jayanya. Sekalung penghargaan buat pihak penganjur kerana berjaya menganjurkan 2 kayuhan serentak (road/offroad). Namun seperti kebiasaan setiap penganjuran ada cacat celanya dan pihak penganjur perlulah lebih prihatin pada masa akan datang. Saya tiada komen mengenai keadaan dan laluan sepanjang trail kerana memang sejak dari awal penganjur telah pun menyatakan ini adalah "Monsoon Ride" dan memang begitulah keadaan sebenarnya. Saya meminati laluan singletrack dan tecnical section yang di hidangkan pihak penganjur namun keseronokannya sedikit terbatas dek kerana trail terlalu becak. Namun jika keadaan trail kering pasti lebih menyeronokkan. Tetapi tidak perlu di persoalkan kerana itulah lumrah dunia MTB yang terpaksa berdepan dengan faktor alam semulajadi. Kedengaran juga rungutan dari para peserta yang tidak berpuashati dengan goodies bag, trail marking yang kurang sehingga menyebabkan ada peserta yang tersesat (Kenapa Rempoh Adventure? Bukannya "Monsoon Ride"), no. plate peserta road bike tidak sesuai, hadiah lucky draw kurang menarik (handlebar terpakai?), tshirt kurang menarik, kenapa tiada briefing tentang trail sebelum kayuhan,Kenapa tiada medal? Kenapa tiada nombor (placing) kepada peserta-peserta yang sampai awal? kenapa air nak bancuh milo belum masak? Kenapa tak baca doa masa memulakan kayuhan? dan macam-macam lagi. Ada juga peserta merungut "kalau aku tau baik aku pergi Taiping Jamboree" (Kedengaran cerita dari seorang rakan bahawasanya di sana lagi teruk dari "Monsoon Ride".. hahaaa... siap ada carta di tangga no. 1 Jamboree 09 paling hampeh). Walaupun bukan mudah bagi pihak penganjur melayan kesemua kerenah peserta namun pujian juga harus di berikan kepada pihak penganjur kerana bertungkus-lumus menjayakan "Monsoon Ride" tahun ini. Ribuan terima kasih kami kepada Pn. Angah Haslina kerana sudi membantu kami sejak dari awal pendaftaran sehinggalah berlangsungnya acara. Ikuti ulasan ringkas "Monsoon Ride" edisi saya dan rakan-rakan.

Kayuhan bermula dengan mengelilingi Semuji Agro resort melalui laluan tarmac dan kemudiannya berpecah mengikut kategori road dan offroad. Memasuki trail head dengan kesesakan dan dari sini sudah kelihatan trail basah dan becak. Lebih kurang 1km climb setinggi 90 meter terpaksa di tempuhi dan keadaan turun naik berterusan sehinggalah jarak 4km. Kemudian memasuki sedikit laluan gravel dan melintasi arus Sungai Berkelah dengan kaki masih berkayuh. Seterusnya menghabiskan masa melayan trail penuh lecak & selut dari 8km pertama sehinggalah 14km yang di penuhi dengan singletrack, technical section dan menyeberangi anak-anak sungai sehinggalah menemukan kami CP1 yang menyediakan mineral water, pisang dan sandwich. Berehat seketika sambil menanti rakan-rakan lain dan kemudian meneruskan kayuhan melalui singletrack yang tidak mampu lagi untuk di kayuh. Hanya menolak sepanjang climb dan melayan descent yang penuh dengan technical section yang agak licin dan berliku-liku. Dari sini menemukan kami big drop yang dihadapannya menanti selut sehingga paras separuh kaki dan anak sungai. Kemudian berkayuh sedikit sehinggalah kami terpaksa memikul basikal sambil menyusuri anak sungai Jerangkang. Menyambung kayuhan dengan keadaan trail yang agak licin dan penuh becak agak menyukarkan. Kaki pula mula mengecut kerana kasut basah dan memudahkan kekejangan kaki berlaku. Saya mengalami kekejangan kaki kiri sekitar kilometer 18 dan di bantu beberapa peserta termasuklah Along dan Payed yang kebetulan berada tidak jauh dari belakang saya. Manakala Cupin dan Phat hilang dari pandangan. Dari sini saya hanya berkayuh secara perlahan dan hanya menolak ketika climb. Berhenti di puncak dan kaki kanan pula mula terasa kekejangan dan menemukan saya dengan Ken, Bro Lan dan Adi semula. Tidak lama kemudian muncul Pijang secara solo dan selesai berehat kami meneruskan kayuhan. Mereka terus menghilangkan diri dan saya hanya menolak ketika climb dan mengambil peluang merapatkan jarak ketika menuruni bukit. Bertemu Bro Lan, Adi dan Ken semula sekitar anak Sungai Berkelah kerana mereka berhenti membasuh basikal. Kemudian kami meneruskan kayuhan sehinggalah kelihatan lori Milo. Selepas melepaskan dahaga kami berlalu pergi dan melayan trail yang masih penuh dengan becak, selut dan climb yang hanya mampu di tolak. Di sinilah Ken terlanggar pokok berduri dan nyaris terkena matanya, nasib baik beliau memakai cermin mata. Dari sini menemukan kami kawasan sekitar trail yang rasanya kami telah lalui di awal kayuhan tadi dan keadaan trail cukup teruk dengan selut, becak dan bekas tayar peserta-peserta lain. Lebih kurang kilometer 30 terpaksa menolak basikal lagi di ketinggian 80 meter yang sedikit menegak yang rasanya tiada peserta mampu berkayuh di sini. Dari sini semasa melayan descent yang kering basikal saya terasa bergegar di bahagian hadapan dan rupa-rupanya quick release telah longgar dan hampir menyebabkan roda hadapan tercabut. Sekitar jam 2.10pm saya berjaya menamatkan kayuhan dan niat saya meninggalkan Ken di belakang telah berjaya dengan formasi yang telah di rancang bersama rakan-rakan lain.... muahahahaaaa.. muahhaahaaaa.... :p






















Jutaan TERIMA KASIH dari saya buat pihak penganjur "Monsoon Ride 09", Semuji Agro Resort, Pak Haji Zakaria Homestay, Rakan-rakan rombongan : Yang di pertua Mazlan Rani, En. Ken Beskal.com, En. Noryusran Sulaiman?, En. Limang Linggi & wife, En. Payed & Family, En. Nasir, En. Pijang, En. Fairuz, En. Sharizman, En. Faizul Tahir dan En. Zuhardy (tumpang kereta dia). Terima Kasih juga buat rakan-rakan dari Pujmac yang sudi membantu kami ketika tertinggal 2 goodies bag rakan kami dan terima kasih juga kerana sudi mengambil foto saya ketika mengambil climb. Sekali lagi rasa Terima Kasih dari kami kepada Pn. Angah Haslina kerana membantu kami dari awal pendaftaran sehinggalah acara berlangsung. Jumpa lagi di edisi "Monsoon Ride" akan datang. Adios!





























p/s : Komen-komen yang di tulis berdasarkan dari cakap-cakap yang kedengaran dari kebanyakan peserta, bukan seseorang individu. Secara peribadinya laluan trail cukup menarik (lagi menarik jika kering) cuma sedikit perlu di perbaiki iaitu goodies bag dan trail marking. TQ

2 comments:

redsent December 29, 2009 at 11:14 PM  

tgk track profile menarik...xpa pasni depa buat event musim kering ckit..ataupun ikut ckp organiser..nak buleh kayuh kalu..jd la top 20...acu try test reverse tgk track kita tgk jd mcm mana...

hait_san December 30, 2009 at 1:29 AM  

aku suka trail dia.. kalo kering mesti best.. tapi apakan daya dah namanya monsoon ride.. kena lah faham kaedahnya..hahaa

Blog Widget by LinkWithin

Pyzam Glitter Text Maker

KELIWON JC MURAH?

KELIWON JC MURAH?

NAK PINDAH RUMAH? CARI LORI?

NAK PINDAH RUMAH? CARI LORI?
0123113473 - MAZLAN

Rider Down!


  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP