WEEKLY RIDE
>> Jan 18, 2010
Tarikh : 13 Jan. 10
Masa : 9pm-11.30pm
Lokasi : Serdang (UPM)
Pelumba : 9 orang
Lokasi : Serdang (UPM)
Pelumba : 9 orang
Tarikh : 15 Jan. 10
Masa : 9pm-12.00pm
Lokasi : Presint Diplomatik-Limau Manis-Sg. Merab
Pelumba : 25 orang
Masa : 9pm-12.00pm
Lokasi : Presint Diplomatik-Limau Manis-Sg. Merab
Pelumba : 25 orang
Alhamdulillah, kayuhan kali pertama "Keliwon Nite Ride" dari Presint Diplomatik telah berjalan lancar dan di sertai ramai rakan-rakan basikalis termasuklah Geng Langat yang sememangnya telah bertakung lama di sini. Hari ini saya terpaksa berkayuh dari rumah kerana isteri menggunakan kereta. Selesai sesi suai kenal dan ramai yang sesat jalan telah tiba kami pun memulakan kayuhan. Ketika masing-masing mula mencari rentak kayuhan basikal Fuji Bro Sam tabligh mengalami rantai putus dan Along Daud selaku kembar Fujinya bertindak sebagai "pomen" mengantikan tempat Sam Nasir. Dari Presint Diplomatik kami menuju ke Lebuh Selatan sehinggalah ke susur keluar arah Kajang. Setibanya memasuki susur keluar kami telah di sambut dengan pendakian.. pendakian.. dan pendakian sekitar Kampung Limau Manis. Pada mulanya saya berada di depan bagi memandu arah dan kemudiannya terpaksa menunggu salah seorang basikalis yang berada jauh di belakang. Rakan-rakan lain telah bergerak terus dan hanya berhenti sekitar Sg. Merab. Hampir setengah jam menunggu namun basikalis itu masih belum muncul juga. Kebetulan telefon tangan saya pula kehabisan bateri. Saya berpatah balik beberapa kilometer mencari beliau namun masih tidak menjumpainya. Beliau kali pertama menyertai kami dan laluan kali ini memang tidak di ketahuinya. Setelah lama menunggu saya meneruskan kayuhan dan bertemu semula rakan-rakan lain sekitar Sg Merab dan mengarahkan rakannya menghubungi beliau. Namun dari awal lagi telefon tangannya berada di dalam poket rakannya itu. Rakannya bertindak berpatah balik dan masih tidak menemuinya. Seterusnya kami bergerak terus menuju ke Presint Diplomatik melalui Sg. Merab dan mengakhiri kayuhan dengan mendaki hingga ke puncak bukit kediaman diplomat Iraq (info dari Abg Mat). Jutaan TERIMA KASIH kepada rakan-rakan basikalis yang turut serta kali ini dan kita jumpa di "Keliwon Nite Ride" akan datang dengan sedikit transformasi.... InsyaAllah....
0 comments:
Post a Comment