Katak panggil hujan?

>> Jan 25, 2010


Tarikh : 22 January 2010
Masa : 10.40pm-1.00am
Lokasi : Presint Diplomatik, Putrajaya
Jarak kayuhan : 22km
Jumlah Pelumba : 30 orang


Sejak dari petang hujan mulai turun dengan lebatnya di selang seli dengan bunyi guruh, kilat dan petir. Ada di antaranya sanggup meredah hujan semata-mata mahu pulang ke rumah awal. Biar basah kuyup ketika menunggang motosikal, biar terpaksa bersesak-sesak memandu kereta semata-mata tidak mahu ketinggalan "Keliwon Nite Ride" malam nanti. Namun semua terpaksa akur sehingga jam 9.00 malam hujan masih lagi belum reda. Ada yang asyik mengintai di tingkap rumah, ada yang mundar mandir di dalam rumah, ada yang berdoa ketika solat, ada yang bergegas keluar biarpun hujan masih lebat, ada yang sudah sampai di lokasi takung sekitar 8.00 malam dan ada yang asyik sms dan telefon sana sini. Mengikut info dari Along Daud yang sejak dari awal berada di Putrajaya, masih lagi hujan di sana dan beliau manyatakan jika hujan berlarutan sehingga jam 9.00 malam beliau juga akan melangkah pulang. Mesej itu jugalah yang di sebarkan kepada rakan-rakan lain. Aku juga terpaksa akur dengan keadaan cuaca dan tidak dapat keluar rumah memandangkan tiada kenderaan dan sepatutnya hanya berkayuh dari rumah ke Presint Diplomatik. Pada mulanya Payed juga telah menyatakan hasrat malasnya berkayuh malam ini dan memang tipislah lagi harapan aku untuk ke Presint Diplomatik. Namun satu persatu sms masuk dari rakan-rakan basikalis yang mulai berkumpul di sana. Setelah di pujuk rayu dengan teknik kail tangsi ke-2 Payed akhirnya bersetuju menyertai kayuhan malam ini. Secara automatiknya juga aku ada kenderaan ke sana.. hikhikk.. Kami sampai sekitar jam 10.00 malam dan kelihatan kelibat Ken beskal.com, Bro Sam Tabligh, Limang, Daniel, Sivan, Pejal Puji, Along Daud, Mus, Kaylah, Bro Zack dan paling mengejutkan kami Sharizman a.k.a cupin juga telah berada di sana. :p

Hati hanya mampu berkata "perghh!! lain macam dorang nie, giler punya ketagih" Tidak lama kemudian beberapa orang lagi basikalis lain sampai dan kelibat Abg Lan, Adi dan Bro Khalid juga di kesan, namun mereka tidak mengikuti kayuhan malam ini kerana masing-masing datang dengan pakaian yang sungguh bergaya. Tidak lama kemudian muncul pula Geng Langat yang di kepalai Bro Wan. Akhirnya kami semua dapat juga meneruskan "Keliwon Nite Ride" walaupun tidak melalui laluan cadangan atas faktor keselamatan. Kali ini Bro Wan Merida selaku kepala kayuh membawa kami menyusuri laluan biasa sekitar Putrajaya. Rasa Terima Kasih kepada para basikalis yang sudi menyertai "Keliwon Nite Ride" minggu ini walaupun keadaan cuaca tidak mengizinkan. Terima Kasih kepada rakan-rakan yang di bawa khas oleh Enche Cupin dan kita jumpa lagi di kayuhan PCM minggu ini. Adios!

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin

Pyzam Glitter Text Maker

KELIWON JC MURAH?

KELIWON JC MURAH?

NAK PINDAH RUMAH? CARI LORI?

NAK PINDAH RUMAH? CARI LORI?
0123113473 - MAZLAN

Rider Down!


  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP