D'Rais Pham Day 2010

>> Feb 17, 2010

Tarikh : 12, 13 & 14 Feb 2010
Lokasi : Bukit James Louis Fraser (Fraser Hill)
Peserta : 45 Orang

Pekan kecil Bukit Fraser dikelilingi hutan hujan negeri Pahang. Pusat peranginan tanah tinggi ini yang terletak pada ketinggian 1,524 meter di atas paras laut merupakan tempat tumpuan para penggemar alam semulajadi kerana hutan di sini mengandungi pelbagai jenis tumbuhan, burung dan spesis haiwan yang lain. Bukit Fraser hanya boleh dikunjungi menerusi sebatang jalan yang melalui 'The Gap' yang terletak di kaki bukit. Sebaik sahaja anda melepasi 'The Gap', anda akan merasakan seolah-olah kembali ke zaman silam. Suasana di Bukit Fraser menyerupai suasana perkampungan di pedalaman negara Scotland yang dipenuhi dengan bangunan granit kelabu dengan gaya Tudor. Pekannya agak kecil dan kebanyakan aktiviti di sini tertumpu di sebuah dataran yang mempunyai sebuah menara jam yang cantik. Kebanyakan kemudahan di sini terletak di dalam bangunan-bangunan yang terbina pada zaman penjajahan Inggeris. Setelah kata sepakat dari seluruh keanggotaan ahli kelab D'Rais Pham hari keluarga edisi 2010 di adakan di sini. Kami menginap di apartment Silverpark dengan pelbagai acara seperti sukaneka, treasure hunt, BBQ nightmare, poco-poco dan acara sailang. Seperti biasa saya hanya memandu beberapa ketika sebelum kepala terasa berpusing, nasi sudah sampai hidung dan badan mula berpeluh.... nasib tak muntah... huhuuu...



p/s : Ucapan Tahniah juga buat para rakan basikalis yang berjaya menawan puncak Fraser tempohari. Saya lebih rela berkayuh dari menjawab soalan treasure hunt... huhuu...

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin

Pyzam Glitter Text Maker

KELIWON JC MURAH?

KELIWON JC MURAH?

NAK PINDAH RUMAH? CARI LORI?

NAK PINDAH RUMAH? CARI LORI?
0123113473 - MAZLAN

Rider Down!


  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP