Sekali lagi majikan aku mengadakan oversea tour, kali ini kami ke Taipei (Northern Taiwan). Aku lah orang paling lama cuti sebab hari isnin tiba-tiba demam dek kerana bertakung belakang tokong masa ride FRIM hari ahad tu.. heheee.. Isnin masih kerja tapi badan lemah dan petang hanya mampu tidur je kat surau ofis. Doktor Tengku pulak bagi aku mc 2 hari dan bekalan ubat serta vitamin yang banyak. Hari rabu aku dah rasa sedikit 'ok' dan jika tidak terpaksalah aku bayar balik ganti rugi air ticket yang dorang dah beli. Namun dengan tiba-tiba Dinie pulak demam, badan dia panas dan merengek-rengek. Aku call ofis inform kat dorang mungkin tak dapat join trip kali nie. Memandangkan keadaan wife yang tengah sarat dan anak yang demam memang confirm tak dapat join. Alhamdulillah keesokan harinya Dinie dah mula menunjukkan tanda-tanda 'ok' dan nasib baik wife aku setuju tido kat rumah mertua. Dari rumah mertua aku bertolak sekitar jam 4.30am, tumpang kereta Puo Suo sampai rumah Ms.Phang kat Puchong. Kemudian tumpang kereta Izlan sampai LCCT dan breakfast kat sana. Flight kami lebih kurang pukul 9.50am dan sampai di Taipei airport sekitar jam 3.50pm.
Hari 1 - 11 Mar 2010
Hari pertama kami terus menuju ke Taischee Blooming Oasis yang hanya menyajikan bunga bungaan dengan cuaca ala-ala Genting Highland. Tidak ada apa yang menarik di sini, cuma pemandangan tanah tinggi dan pokok bunga. Dari sini kami terus bergerak ke Restoran makanan halal ala-ala masakan Thai sekitar jam 7.30pm. Selesai makan malam kami di bawa ke Shin Lin Night Market yang merupakan pasar malam dengan bau-bauan yang macam haram. Bau tauhu busuk yang sungguh meloyakan menyebabkan kami tidak berada lama di sini. Lagipun barang-barang di sini tiada bezanya jika shopping di Sekinchan ataupun sekitar Jinjang. :p Sekitar Shin Lin terdapat sebuah butik basikal Giant namun aku tak dapat nak ke sana kerana terlalu malas nak berjalan kaki dan masa yang suntuk. Check in di New Continental hotel sekitar jam 10.30pm dan selepas letak barang aku keluar semula berjalan sekitar hotel mencari kedai basikal terdekat.
Hari 2 - 12 Mar 2010
Selesai makan roti dan sandwich tuna yang siap sedia di bawa kami bergerak terus ke Chiang Kai Shek Memorial Hall. Kawasan nie lebih kurang macam sebuah dataran yang luas dengan beberapa bangunan bercirikan tradisi masyarakat cina. Kami di sambut dengan tarian-tarian masyarakat asli mereka dan hanya sekadar mengambil gambar di sini. Dari sini kami menuju ke Yangmingshan National Park dan sekali lagi terpaksa berjalan kaki beberapa kilometer hanya sekadar melihat bunga-bungaan. Di sini terdapat pelbagai spesis bunga dan paling menjadi tarikan ialah bunga sakura. Di sini juga kelihatan beberapa kenderaan keluar masuk membawa basikal. Mungkin terdapat bike trail dan kelihatan ramai juga basikalis yang sedang mendaki di laluan tarmac. Sekitar jam 12.00pm kami bergerak untuk makan tengahari di restoran Ali Baba. Menghidangkan nasi beriani dan masakan selera mamak. Sekitar jam 1.30pm kami sampai di Jiufen Old Street yang terletak di puncak kawasan tanah tinggi. Jiufen menawarkan barangan cenderahati dan pelbagai jenis makanan. Namun tiada apa yang menarik bagi kami memandangkan kurangnya cenderahati yang mengambarkan Taipei itu sendiri. Nasib baik aku dapat beli model beca yang diperbuat dari besi dengan harga yang lebih murah dari yang terdapat di Melaka. Terpaksa juga berbelanja untuk beberapa jenis keychain yang harganya sekitar RM5.00 hingga RM8.00 satu. Memang mahal giler! Bayangkan jika ahli keluarga ada 10 orang? kawan 10 orang? awek? jiran? rakan basikalis? Jahanam! Dari sini kami terus bergerak ke Yehliu Geopark yang merupakan kawasan batu karang dan batu-batu yang unik terbentuk hasil dari hakisan ombak. Dari sini kami terus menuju ke Restoran Yunus yang terletak di Pei Ning Road untuk makan malam. Restoran ini menyajikan masakan Thai dan pernah beberapa kali di kunjungi stesen tv dari Malaysia termasuklah rancangan Halal Oriental di astro Oasis yang di hoskan oleh Fara AF. Restoran ini turut menyediakan ruang solat dan mempunyai pelbagai pilihan makanan halal. Selesai makan malam kami menuju ke Huaxi Night Market. Namun ketika sampai masih banyak gerai yang belum dibuka kerana hujan. Hanya berjalan-jalan sekitar kaki lima kedai dan di sinilah aku terjumpa kedai serbaneka yang menjual pelbagai jenis aksesori basikal. Melihatkan harga yang di tawarkan aku dengan gelojohnya membeli touring bike carrier, touring bag belakang, touring bag depan, bike tools, lampu dan juga sebiji helmet cap VR1. Ikut hati memang aku nak borong sampai habis duit tapi memikirkan ada lagi beberapa hari untuk mencari kedai basikal terpaksalah aku tahan sedikit nafsu gelojoh. Sampai di hotel aku terus bertanyakan pada Ms. Jane (amoi tour guide) kat mana kedai basikal terdekat. Dengan relanya dia offer aku naik skuter dengan dia pergi kedai basikal dan di Taipei kedai basikalnya hanya akan tutup sekitar jam 10.00pm. Sempat juga Jane berpesan.. "No Hug huh!" heheee.. Lebih kurang 1km sahaja dari hotel terdapat 5 buah kedai basikal yang masih beroperasi. Namun kesemuanya berkonsepkan bike boutique dan hanya 1 kedai sahaja boleh cakap omputih. Nasib baik Jane tolong translate kat tokey tu dalam bahasa Hokkien. Namun memang menghampakan bila tanya harga semuanya lebih mahal dari kedai Sam Serdang yang sememangnya mahal. Cheh! lebih baik beli kat Sam.. boleh buat easy payment lagi.. heheeee... Harga complete bike lebih murah di sini berbanding bike parts. Tetapi mata memang tak boleh tahan tengok fixie bike yang terdapat di kedai sekitar Taipei. Perghhh!!! memang tertarik.. Budaya berbasikal sekitar Taipei memang lebih menarik. Anda akan dapat lihat folding bike, fixie dan MTB menguasai pusat bandar selain skuter. Amoi ranggi ala-ala Wondergirl pun naik basikal je pergi shopping kat Taipei 101.. adakah Cik Da atau Kaymalik akan ke KLCC naik basikal? Mungkin tidak... muahahahaaa... Selesai cuci mata aku terpaksa bergegas balik kerana Jane dah mula bising sebab waktu kerjanya dah lama tamat. Dia suruh aku balik jalan kaki sambil menunjukkan arah jalan. Namun dia tetap menumpangkan aku sehinggalah sampai sekitar balai polis di mana kawasan tu aku dah ingat macam mana nak balik hotel. Berkali-kali dia tanya aku ingat tak jalan nak balik hotel masa atas skuter. Aku cakap kalau sesat aku pergi cari balai polis aje.. heheee...
Hari 3 - 13 Mar 2010
Selepas sarapan dalam bilik dengan Ismed kami menaiki bas menuju ke Martyr's Shrine. Masa nie hujan sekitar Taipei. Ingatkan nak tengok mende.. Chit! hanya sekadar pergi tengok pengawal yang terpacak macam kat Istana Negara tu tukar shift kerja jek. Tak berbaloi berhimpit-himpit dalam hujan.. memang macam haram. Dari sini kami singgah di sebuah tempat menjual lingzhi dan teh yang sememangnya menambahkan tahap kebosanan. Kemudian menuju ke Shilin Residence di mana terletaknya kebun bunga isteri bekas perdana menteri pertama mereka dan seterusnya makan tengahari di restoran Taj yang terletak di Jhongsiao E. Rd. Makanan di sini memang sedap dan kami dihidangkan dengan nasi beriani, ayam tandoori, nan dan pelbagai pilihan kari. Kami mengambil keputusan tidak mahu ke Sankeng Tofu Street yang sememangnya pasar yang busuk kerana dari namanya pun dah tahu dan mengambil keputusan terus menuju ke Taipei Story House. Taipei Story House memang sesuai di kunjungi para pelancong, merupakan gambaran tentang sejarah bandar Taipei itu sendiri. Sarat dengan barangan antik di dalamnya dan mengambarkan budaya Taipei sekitar 50-70an. Dari sini kami di bawa ke Taipei 101 yang merupakan menara tunggal kedua tertinggi di dunia. Mempunyai lif paling laju di dunia dan dengan bayaran 400NT aku dah merasa naik menara nie dengan tshirt "Keliwon Nite Ride" lagi nok! Muahahaaaa... Sekitar jam 6.30pm sampai di restoran Yunus sekali lagi untuk makan malam. Hari nie letih sikit dan terpaksa tidur seawal jam 9.00pm.
Hari 4 - 14 Mar 2010
Kali ini kami di bawa ke Fisherman's Wharf yang merupakan pelabuhan untuk para nelayan dan tempat riadah bagi warga Taipei. Di sini juga terdapat begitu ramai basikalis bersiar-siar, kaki pancing dan pelancong. Pemandangan di sini menarik di hiasi dengan bunga-bungaan, dek kayu, susunan bot dan berlatar belakangkan bukit bukau. Cuma kami tidak berada lama di sini kerana kesuntukan masa. Kemudian kami di bawa ke Danshui Old Street yang juga macam pasar uptown. Di sini di sediakan basikal sewa namun aku terpaksa berputih mata sebab hanya tinggal tandem bike. Terpaksalah berjalan kaki sekitar pasar ini dan beberapa kali mengelak dari di sondol anjing. Nasib ada juga beberapa jenis keychain di sini namun harganya amat mengecewakan. Adeh! Di sini kami terpaksa berada agak lama kerana bas yang membawa kami telah di langgar budak skuter dari belakang dan terpaksa di bawa ke balai polis. Bila bas gantian sampai kami terus menuju ke sebuah restoran seafood yang bertaraf 5 bintang. Order makanan dari reception counter di tingkat bawah dan menaiki lif untuk makan di tingkat 8. Perghh!! Lobi dia pun macam hotel.. setiap tingkatnya plak dewan makan. Angkara tuan director yang mahukan kami sama-sama makan dalam 1 dewan terpaksalah semuanya ikutkan saja sebab dia yang bayar. Sebab restoran halal memang tak mampu nak tampung kami yang seramai 3 bas ini terpaksalah kami makan nasi putih, udang rebus, serunding dan sambal ikan bilis yang di bawa dari Malaysia. Adeh! harap tempat je best.. tapi cuak nak main makan jek. Dari sini kami di jebakkan ke sebuah pusat penjualan mutiara dan selesai mendengar taklimat mengenai mutiara dan khasiatnya aku berpura-pura ke tandas dan terus turun hisap rokok kat luar. hahahaaa.. harga semua berdentum mahal lagi mahu promote kah? Chit! Dari sini kami terus menuju ke Xi Meng Ting Pedestrian yang merupakan kawasan beli-belah seperti Petaling Street yang menjual pakaian dan aksesori lebih moden. Penduduk tempatan mengelarnya Pop Culture Street yang sarat dengan pengunjung yang pelbagai gaya, fesyen dan ragam. Turut di hiburkan dengan pemuzik-pemuzik jalanan, para pelukis dan kebetulan pula Coco Lee sedang mempromosikan albumnya di sini. Mungkin di sinilah muda-mudi Taipei berpeleseran ketika hari minggu. Agak lama kami berada di sini dan kemudiannya mengunjungi restoran Aaleja yang terletak di Yanji St. Taipei untuk makan malam. Kami hanya makan kebab dan roti nan di sini. Restoran juga turut di kunjungi warga arab yang mencari restoran makanan halal sekitar Taipei. Setibanya di hotel kami terus keluar berjalan-jalan mencari kedai-kedai cenderahati dan aku mencari kedai basikal. Ramai antara kami masih banyak lagi duit Taiwan, masing-masing dah buntu nak buat beli apa memandangkan kurangnya cenderahati bercirikan Taiwan itu sendiri.
Hari 5 - 15 Mar 2010
Hari ini hari terakhir kami di Taipei, walaupun jam 10.40am kami check out kami tetap bangun awal dan selepas sarapan kami bergegas keluar mencari kedai-kedai yang sudah di buka. Memang kami ketandusan barang-barang cenderahati dan semuanya sanggup berjalan kaki begitu jauh semata-mata mahu menghabiskan duit Taiwan. Malangnya kedai sekitar Taipei hanya di buka jam 10.00am dan dengan perasaan gundah masing-masing pulang semula ke hotel sekitar jam 10.30am. Aku pun dah mula menyesal.. kalau tau baik beli touring bag tu banyak-banyak dan boleh jugak ler jual kat BBS... hampeh! Selesai check out kami terus menuju ke restoran Taj sekali lagi untuk makan tengahari dan sampai di airport sekitar jam 12.30pm. Nasib kami baik kerana begitu banyak tshirt dan barangan cenderahati di jual di dalam terminal. Cuma harganya agak melambung dan daripada ditanya isteri mana cenderahati bila balik nanti lebihlah baik beli aje apa yang mampu.. huhuu..
Sedikit info tentang makanan halal di Taipei (Taiwan) :
Yunus halal restaurant, No.36, Pei Ning RD, Taipei
Tel:(02)2579-0528 (disebelahnya juga terdapat 1 lagi restoran halal)
Menu : Masakan Thai
Aaleja restaurant, IF, No.6, Alley5, Lane70, Yanji St, Taipei
Tel:(02)27733227 , 0935-783-786
Menu : Beriani, kari, ayam tandoori, roti nan dan masakan india
Taj Indian restaurant, No.12, Alley6, Lane 170, Sec.4, Jhongsiao E.Rd, Taipei
Tel:(02) 8773-0175
Menu : Beriani, kari, ayam tandoori, roti nan dan masakan india
Read more...