40 Orang yang bermain panas?
>> Mar 2, 2010
Tarikh : 28 Feb. 2010
Masa : 8am - 12.30pm
Lokasi : Kota Warisan, Sepang
Jarak Kayuhan : + - 20km
Jumlah Basikalis : 40 orang
Lebih kurang seminggu yang lalu acara "fun ride" Kota Warisan telah pun di war-warkan di dalam FB yang di anjurkan Pujmac. Oleh kerana bunyinya "fun ride" aku pun berminat menyertainya kerana masih belum serasi dengan jentera baru "dawg" 14.3kg.. berat sungguh! Rakan-rakan lain ada yang meneruskan kayuhan "da tua gi Pangkor", Cupin pula menyertai hash di Sg. Buaya, Payed pergi layan PCP dan Bro Zamri follow geng Duke ke Kemensah. Geng ROP ada yang pergi gotong royong kat Bukit Cermin. Kali ini Along Daud dan Mus turut menyertai ride Kota Warisan dan kerana merekalah jumlah peserta menjadi genap 40 orang.. hehee.. Seperti biasa Pujmac menyusun acara dengan sedikit briefing ringkas dan bacaan doa. Jayen bertindak selaku mc untuk hari itu dan Bro Kamarul Oneone selaku kepala kayuh dan di bantu Bro Musawir, Nik, Sharin dan beberapa orang lagi. Sedikit bermasalah ketika kayuhan kerana hidung tersumbat dek kerana hingus masih menguasai rongga hidung. Susah sungguh bernafas melalui mulut ketika climb. Nasib baik kawan Bro Lob "kepancitan" dan inilah alasan untuk saya juga turut menyertai mereka.. heheee...
Ucapan Terima Kasih kepada Pujmac dan rakan-rakan lain kerana sabar menunggu saya ketika panas terik menguasai climb sebelum pencawang. Memang saya sangat keletihan mungkin sebab kurang tidur, lapar dan penat mandi laut masih belum recover... (alasan sungguh!... muahahaahaaaa...) Terima Kasih Bro Lob coz sudi belanja 2 gelas milo ais, 1 gelas soya bean dan sekeping roti canai (kalo tau nak belanja baik saya makan nasi beriani + 2 ketul ayam + kambing + sekotak dunhell 20) muahahaaahaaaa.... Terima Kasih para basikalis yang turut serta dan sampai kita jumpa di sesi kayuhan "Kota Warisan" yang lain. Kona dawg... anyone?
0 comments:
Post a Comment