>> May 18, 2010
DIARI AKADEMIK FANTASIKAL
Latihan menjelang HTR Jamboree, Ipoh
Tarikh : 9 May 2010
Lokasi : Taman Cabaran, Putrajaya
Mula Lumba : 8.30am
Latihan berbasikal bagi menempuh HTR Jamboree Ipoh minggu ini berjalan lancar. Hari ahad bersama-sama Kaylah, Nazri, Bro Mat Don, Z, Dom, Sham Semak dan Bro Merida fullsus melayan PCP trail. Kali ini bertemankan Folker yang sememangnya sesuai dengan trail begini. Tapau habis semua teknikal dan berjaya mengemudi naik dan turun kesemua switchback.
Tarikh : 11 May 2010
Lokasi : Puncak Jalil + Bukit Jalil + MEX + Cyberjaya + Pasar Borong + Puncak Jalil
Jarak : 40++km
Mula Lumba : 9.30pm
Buat julung kalinya aku menyertai pujMAC berbasikal dari Puncak Jalil ke arah destinasi tidak ketahuan. Kepala kayuh malam itu adalah orang no.2 di Kulim Jamboree, Bro Rostan yang sememangnya sihat dan kuat bagai sang harimau... heheee... Laluan pilihannya menarik dengan beberapa pendakian menguji mental dan fizikal. Seramai 9 orang basikalis menyertai kayuhan malam itu antaranya Bro Rostan, Bro Burn, Bro Golok, Bro Arash, Bro Poey, Yeti Nik, Yan dan Mr David. Terima kasih semua dan gambar tidak dapat di sertakan kerana terlalu sibuk melayan & memikirkan laluan yang bakal di lalui malam itu. Terima Kasih juga kepada pujMAC chif kerana malam itu telah terjebak membeli sehelai tshirt "KNRP".
Tarikh : 12 May 2010
Lokasi : Serdang
Mula Lumba : 9.30pm
Slogan "Kami masih hidup" menyemarakan lagi sesi kayuhan 1M1MTB minggu ini setelah beberapa minggu seakan ibarat "hidup segan, kayuh tak mahu". Seramai 10 basikalis turut serta kali ini antaranya Bro Zul, Bro Ken Beskal.com, PejalFuji, Fendi, Bro Z, Bro Dom, Sivan, Cik Da, Kaylah dan Ah Chong. Malam ini aku terpaksa mengekori mereka dengan memandu BLM di temani Dinie yang sibuk melihat rakan basikalis sedang mendaki bukit 3 beradik. Paling kelakar masa balik Dinie cakap kat mama dia "Chichi tenok akai mama.. awek tuunnn mama" hahaaa... Terima Kasih rakan basikalis yang masih menghidupkan 1M1MTB rabu dan sekaligus beberapa pinggan Char keow teow laris malam itu.
0 comments:
Post a Comment