Oi! 50 Basikalis?
>> May 18, 2010
Tarikh : 14 May 2010
Masa Takung : 9pm ketika Wong Chun Han buat jumping smash!
Masa Lumba : 9.35pm
Jumlah Basikalis : 50 Pelumba
Jarak Kayuhan : 20km (terpaksa KFC kerana hujan sungguh lebat)
Laluan : Presint Diplomatik-Abu Bakar Baginda-Sg.Merab-Kolam Pancing-Alamanda-Presint Diplomatik
Alhamdulillah, Seramai 50 orang pelumba amatur menyertai kayuhan "Keliwon Nite Ride" minggu ini yang sekaligus telah melebihi jumlah maksimum seramai 30 orang basikalis setiap minggu. Jutaan TERIMA KASIH kepada para basikalis dari PUJMAC kerana memilih "KNRP" sebagai kayuhan mereka minggu ini. Ucapan TERIMA KASIH juga kepada LANGAT CYCLING TEAM yang sememangnya sekutu kayuhan setiap minggu. TERIMA KASIH tidak terhingga juga kepada KEN Beskal.com yang turut mempromosikan kayuhan minggu ini di dalam laman sesawangnya. TERIMA KASIH kepada CYCCO, RepublicOfPuchong, Bro Zulkipli a.k.a Pak Cik Kayo dan rakan-rakan, Pak Din, Bro OneOne, Abg Wan Cina, Bro Nizam (anoi), Dato Lob, Yang Di pertua Mazlan Rani dan rakan-rakan regular "KNRP" yang lain.
Memulakan kayuhan dari Presint Diplomatik sekitar jam 9.35pm menuju ke Kmpg. Abu Bakar Baginda dengan di sambut beberapa pendakian sekitar sampai di Kmpg. Sg. Merab. Kali ini Abg Wan, Bro Nizam dan Sham semak bertindak selaku kepala kayuh (maaf kerana sukahati je bagi arahan). Manakala Mus, Kaylah, Yang Dipertua dan aku sendiri bertindak selaku penyapu di belakang. Setibanya traffic light sekitar Chaiyo panggilan telefon di terima dari Ken yang mengatakan beliau telah tersasar dari laluan cadangan. Manakala kelompok hadapan telah pun sampai CP1 sekitar bulatan Sg. Merab. Beberapa ketika kelompok hadapan terus bergerak menuju CP2 sekitar kolam pancing dan kami berlima terpaksa mengejar mereka kembali dan hanya bertemu 4 basikalis terakhir sekitar 2 bukit terakhir sebelum kolam pancing. Beberapa ketika bersidai di atas bahu jalan kami mula bergerak semula dan tidak lama kemudian hujan mulai turun dengan lebatnya. Di sinilah kami terpaksa berpisah kepada dua kelompok.. kelompok hadapan hanya aku, Bro David, Abg Wan, Bro Nizam, Bro Poey dan sorang lagi rider pujMAC. Manakala rakan basikalis lain mula bergambar di bawah jambatan dan kemudiannya KFC sampai Presint Diplomatik. Kami pula terpaksa melalui Presint 18, Alamanda dan seterusnya Presint Diplomatik sebelum di pertemukan dengan 2 lagi basikalis kelompok KFC yang baru sampai... heheeee...
p/s : Kebanyakan foto dari kamera A'chik yang telah ditukar dengan rokok Dunhill.. TQ bro!!!
0 comments:
Post a Comment