Tarikh Peristiwa pada 05-06-2009
Pada hari ini dalam tahun 2009, sekumpulan basikalis amatur telah berjanji mengadakan kayuhan sulung mereka setelah beberapa lama "Kayuhan Jumaat Putrajaya" yang berpangkalan di Presint 9 tiba-tiba berhenti. Ini kerana kemerosotan jumlah basikalis menyumbang kepada perlunya langkah dan formasi lain bagi menarik minat basikalis lain turut serta. Kemudian sekumpulan basikalis dari sebuah republik (ROP) mula mencari idea dan akhirnya setuju mengembalikan kegemilangan kayuhan malam Jumaat secara mingguan. Manakala Jumaat setiap hujung bulan adalah hari kemuncak di mana sememangnya "Putrajaya Critical Mass" adalah pilihan kayuhan. Penjenamaan baru dimulakan, munculnya "Keliwon Nite Ride Putrajaya" edisi pertama yang lokasi takungnya bertukar sekitar anjung mahkamah Putrajaya (POJ) pada tanggal 5-6-2009. Namun hanya 3 orang basikalis yang menghadirkan diri malam itu dek kerana yang lain masih sibuk di tempat kerja. Hanya Korn,Shahjava & Haitsanfuji (nama masa itu) yang mampu hadir. Secara rasminya kayuhan malam pertama itu bertukar kepada duduk santai di kedai mamak. Minggu berikutnya di sertai 3 lagi basikalis lain yang baru di kenali, En. Mazlan, En. Norhisyam dan En. Noryusran. Turut serta Shahjava, Haitsanfuji, Payed dan En. Amer a.k.a Pak Bond yang melengkapkan kekuatan seramai 7 orang malam itu. Beberapa minggu kemudian "KNR" mula bertukar lokasi takung, kali ini kembali di Presint 9 (double trouble). Kemudian jumlah basikalis mulai ramai dan bertukar-tukar setiap minggu. Muncullah beberapa basikalis regular setiap minggu antaranya En. Matt Kutty, En. Muzafar, En. Zulkifli Alwi, En. Kamarulzaman (beskal.com), En. Faizal, En. Amdari, En. Sharul, Cik Khaironisa, En. Suhardy, En. Azmi dan anaknya, En. Nasir, En. Rashdan, En. Naim, En. Azrul, En. Hazmi, En. Farhan, En. Shahrizman, En. Faiz dan lain-lain kenalan basikalis yang bersilih ganti. Pada bulan Ramadhan 2009 "KNR" berkolaborasi dengan basikalis-basikalis "road" yang di ketuai En. Azman Ciocc dan lain-lain. Pada 15-1-2009 "KNR" sekali lagi berpindah lokasi takung kerana ruang parkir yang terhad sekitar Presint 9. Presint Diplomatik (14) menjadi pilihan kerana ruang parking dan restoran mamak yang berdekatan. Kali ini "KNR" berkolaborasi pula dengan "Langat Cycling Team" yang di terajui oleh En. Wan Merida di mana mereka juga bertakung sekitar Diplomatik. Kemudian beberapa basikalis mula hilang (mungkin tidak berminat dengan kayuhan santai dan sukakan kelajuan) dan muncullah pula nama-nama basikalis seperti En. Sivan, Cik Da, En. Zaihasri, En. Danial, En. Hafiz, En. Kamarul Azar, En. Nazam Saton, En. Rumah depan kedai Sam dan terbaru Saudara Zul. Sejarah paling ramai menyertai "KNR" adalah seramai 50 orang basikalis yang turut di jayakan rakan basikalis dari "Langat Cycling Team", "Pujmac" dan beberapa basikalis perseorangan. Namun "KNR" tidak mengutamakan jumlah basikalis kerana jika terlalu ramai keadaan juga akan menjadi tidak terkawal. Berlandaskan tujuan asal kayuhan mingguan ini adalah bagi mengeratkan silatulrahim sesama basikalis sambil beriadah dan bertukar-tukar idea tanpa mengira agama, bangsa, politik, status dan pangkat.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua rakan basikalis yang pernah menyertai KNR dari dulu hingga kini, Jutaan Terima Kasih kepada "Langat Cycling Team" yang sudi berkolaborasi setiap minggu, Terima Kasih kepada "PUJMAC" yang beberapa kali menyertai kami, Terima Kasih rakan-rakan ROP yang turut serta dan kepada basikalis setia setiap minggu ucapan Terima Kasih kerana mempercayai dan terpengaruh dengan propaganda "KNR" ini. Akhir kata, bersyukurlah kita tidak berbasikal seorang diri....
p/s : Sebarang usul dan cadangan untuk masa akan datang amatlah di alu-alukan. PEACE NO WAR :p
Read more...