IPOH JAMBOREE - HAPPY TO PUSH!
>> Jun 1, 2010
Tarikh : 30/5/2010
Masa : 7.30am
Lokasi : Tambun, Ipoh, Perak
Jarak Kayuhan : 48km
Anjuran : HTR Ipoh
Kali ini aku menyertai Jamboree Ipoh sambil di temani ahli keluarga. Di sebabkan lokasi acara berhampiran Lost World Tambun memang sesuai jika ahli keluarga di bawa bersama. Sekurang-kurangnya rakan basikalis yang biasanya tinggal bersama-sama di edisi Jamboree yang lalu dapat tidur nyenyak tanpa sebarang dengkuran dan geseran gigi taring. Ikuti keseronokan Jamboree Ipoh... Happy To Push!!!!!!!!!!!!
H : Sebelum acara bermula sticker H sudah di tampal mungkin menandakan "sign in" para basikalis. Dari kesesakan peserta kami di lepaskan dengan bunyi pop-pop yang sungguh comel ala-ala majlis harijadi. Kelihatan crew belon sedang bertungkus lumus mengepam belon dan para penonton mula berpusu-pusu menyaksikan acara pelepasan. Para basikalis mula bertindak liar dan kelihatan mula memotong antara satu sama lain bagi mendapatkan kedudukan terbaik. Melintasi laluan masuk utama Lost World Tambun dan di hadapan beberapa meter terhidang "gunung" yang mula sesak. Di sinilah bermulanya acara menolak, berfoto dan berkenal-kenalan. Setibanya di puncak dapat di saksikan pemandangan sekitar yang sungguh indah dengan landskap semulajadinya. Kelibat rakan-rakan lain sudah lama hilang dan terpaksa berkayuh solo dan hanya mengekori Along bahan sehingga di pertemukan laluan tarmac. Sedang asyik melayan laluan tarmac kedengaran suara berteriak, "sannnn!!........." minum dulu lah... Rupa-rupanya Yan Durango dan Ampg Gang sedang asyik bersarapan pagi di sebuah warung tepi jalan. Terima kasih Chuki sebab belanja milo Ais dan Amer untuk sebatang powerstick.. Lebih kurang 20 minit melepak di sini aku meneruskan kayuhan sebelum terserempak dengan Dom yang mengalami rantai putus. Bila di tanya rantai beli dari siapa.. dengan tenang Dom menjawab.. "rantai beli dari kau hari tue.." heheeee.... Kesian Dom dengan dugaan 1st. Jamboree yang terpaksa di tempuhinya (Dom rantai tu free jek sebenarnya.. price tu untuk rd & fd aje :p) Nasib baik ada 2 orang basikalis membantu Dom dan kemudiannya kami berempat meneruskan kayuhan sebelum kelibat kedua-dua mereka hilang di belakang. Kemudian aku di tinggalkan Dom dan berehat bersama seorang basikalis dari Taiping yang rasanya sebelum nie pernah bersama-sama menolak di SIT Jamboree. Kelihatan Ah Chong, Bro Zizan & Geng melintasi kami. Selesai makan pisang dan borak lebih kurang kami bergerak menuju kebun sayur. Ada sorang awek jatuh masa ambik drop kebun sayur.. mungkin licin kot.. pegang perut mungkin terkena handle atau apatah. Kemudian di hadapan climb tanpa canopy di sajikan.. aku lepak kat kaki bukit dulu sambil tukar baju. Jersi ROP dah basah lencun, terpaksa tukar baju tanpa lengan dan kalau ikutkan hati mau jek aku bukak baju. huhuu.. memang santai sungguh dan dalam hati takpe lah coz Abg Enold dan Kay masih ada di belakang. Habis lambat pun nanti dapat jumpa dorang jugak. Lepas tukar baju aku meneruskan tolakan sehingga puncak dan kemudiannya melayan downhill dan naik turun sehingga menemukan CP2 yang berada di puncak.
T : Selesai sticker T di tampal kelibat Din Ice di kesan berada di sini sambil menghulurkan sebatang winston. Din ice tidak dapat meneruskan kayuhan kerana tapak kasutnya sudah terbarai. Modal hupgrade-nya tidak terbalas kerana terpaksa menaiki lori di sebabkan sepasang kasut. Sempat juga berposing untuk 1 foto yang di tembak Bro Azrul (Scott Scale). Terima Kasih bro... Ampg Gang pula sudah mula loading basikal naik lori dan aku mula menurunkan seatpost untuk melayan downhill yang tertera "AWAS, BAHAYA!". Din ice memberikan semangat untuk meneruskan kayuhan dan nyata lambakan drop, licin dan akar yang berselirat ditambah trail yang sudah lunyai membuatkan aku hilang kawalan dan melanggar sebatang pokok getah. Handlebar sudah senget sedikit ke kiri, namun kayuhan di teruskan sehinggalah bertemu kembali Dom yang sedang melepak dengan seorang marshall. Meneruskan kayuhan dan sebelum jambatan besi sempat juga di tegur Abg. Mail yang terperasan harga RD masih melekat kemas.. nasib sarang tak perasan...huhuuu.. Bro Junai juga berada disana selaku sweeper dan mengesahkan Abg Enold dan Kay sudah berjaya menamatkan kayuhan lebih awal dari yang di sangka. muahahaaaa....
R : Bebas melayan lambakan downhill dan di pertemukan dengan Ah Chong & geng. Kami di potong mereka dan mereka di potong kami sehinggalah CP3 di mana kami sama-sama berhenti dek kerana sumber air yang sudah kehabisan. Beberapa minit kemudian air mineral sampai dan aku bergegas melayan downhill yang di sajikan dan nyata Uncle Dawg masih mampu bertindak cemerlang.. hehee...
1 : No. nie aku takde coz sticker dah habis... hikhik... (camne boleh berlaku nie?)
0 : No. nie nak dapat kena lalu kandang kuda, anjing menyalak dan sedikit bau-bauan yang tidak menyenangkan. Sedikit laluan tarmac dan berbatu kelikir sehingga menemukan aku CP5 yang terletak di tepi jalan dan lebih 4 km kayuhan tarmac sebelum finishing line. Di sinilah terserempak dan di tegur Cik Da.. "apa sudah jadi san?" Beberapa km kemudian aku ternampak deretan rumah kedai terbengkalai.. di dindingnya di conteng dengan grafiti, kamera Along berada di tangan dan beberapa foto di ambil sebagai kenangan...
Kesimpulannya Jamboree Ipoh kali ini memang menarik bila dapat berjumpa rakan-rakan basikalis dan rakan facebook yang hanya dapat di temui ketika acara Jamboree seperti ini. Jumpa lagi di Mini Jamboree FRIM ahad nanti.. kali ini target top 10 pulak.... muahahaaaaaaaaaaa.........
0 comments:
Post a Comment