>> Aug 15, 2010
Tarikh : 6/8/2010
Masa : 9pm-12am
Lokasi : Presint Diplomatik, Putrajaya
Jarak Kayuhan : 30km++
KNR kayuhan amal untuk rumah anak-anak yatim Shifa Setapak berjalan lancar. Alhamdulillah para basikalis memberikan sedikit sumbangan dan sebanyak RM160.00 berjaya di kumpul. Sebagai saguhati seperti yang di janjikan rakan basikalis menerima beberapa cenderahati seperti 'wristband', pen dan sticker. Jutaan Terima Kasih kepada Encik Cito kerana sudi menjadi penaja cenderahati malam itu.
Laluan kali ini kembali melalui Sg.Merab, Teras Jernang, UKM, Bangi, Uniten, Abu Bakar Baginda dan Presint Diplomatik. Ada juga beberapa orang basikalis yang kali pertama melalui formasi laluan ini. Sekitar Sg. Merab tiba-tiba sebuah motosikal melintas secara melulu dan saya terpaksa merempuhnya. Nasib baik sejak dari awal saya sudah mula bermain dengan brek kerana laluan di sini berliku dan menuruni bukit. Jeritan saya supaya motor di perlahankan tidak di endah dan selepas di rempuh penunggang motosikal terus memecut laju melarikan diri. Namun momentum rempuhan yang kurang kuat akibat brek yang di tekan lebih awal hanya mampu membuatkan saya melambung kehadapan. Alhamdulillah, tiada sebarang luka... basikal juga berada dalam keadaan baik, paling saya risau takut rim depan bengkok..huhu.. Nasib, cuma jari tangan sebelah kanan saya terasa masih sakit sehingga hari ini, namun bengkaknya mulai surut.
0 comments:
Post a Comment