>> Aug 8, 2010

AL FATIHAH

AZNUL BIN ALIAS - 1966-2010

Sekitar tahun 2001 saya menetap di Puchong Perdana bersama rakan-rakan bujang. Semasa tinggal di sini saya sering terlihat beberapa orang basikalis sering berkayuh sekitar Puchong yang mula menaikkan minat saya untuk kembali berbasikal selepas meninggalkan alam persekolahan....

Menjelang bulan Ramadhan tahun ini seluruh sahabat di kejutkan dengan pemergian seorang "Otai" basikalis. Beliau merupakan seorang bekas pelumba dan sehingga akhir hayatnya beliau masih lagi aktif dalam arena sukan basikal sebagai hobi pada masa lapang. Perwatakannya yang "sempoi", mudah mesra dan kelakar membuatkan dirinya di kenali ramai basikalis sekitar lembah Klang. Saya juga mengenalinya melalui laman forum Jom Kayuh dan buat pertama kalinya berbasikal bersamanya di Kemensah setelah di perkenalkan seorang sahabat (Shahjava). Dari sini saya terus menyertai Republic Of Puchong yang di kepalai beliau. Memang tidak di sangka salah seorang basikalis yang suatu ketika dulu sering di perhatikan kini menjadi sebahagian dari perjalanan hidup saya. Seperti yang di beritakan beliau tiba-tiba rebah ketika hari pendaftaran Langkawi International MTB Challenge akibat serangan jantung. Memang benar-benar mengejutkan kerana pada hari selasa sebelumnya saya sempat melepak bersamanya bersama rakan-rakan ROP yang lain. Petang Jumaat di hujani panggilan telefon dan sms yang menyatakan beliau telah kembali ke Rahmatullah... Semoga Rohnya di tempatkan di kalangan orang-orang beriman.. Amin..


0 comments:

Blog Widget by LinkWithin

Pyzam Glitter Text Maker

KELIWON JC MURAH?

KELIWON JC MURAH?

NAK PINDAH RUMAH? CARI LORI?

NAK PINDAH RUMAH? CARI LORI?
0123113473 - MAZLAN

Rider Down!


  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP