d'Raispham Mega Futsal

>> Aug 27, 2008


Title : d'Raispham Mega Futsal
Date: 22 August2008
Venue : Sport Planet Kajang
Time : 11.30pm-1.30am

D'Raispham Futsal mini league telah berlangsung dengan jayanya pada 22 Ogos 2008 yang lalu. Sebanyak 7 pasukan telah mengambil bahagian kali ini, termasuk pasukan jemputan dari Team Sungai Ramal. Perlawanan yang bermula agak lewat malam tidak menjejaskan sedikit pun prestasi & skil masing-masing. Malahan kesemua pemain berkobar-kobar bagi merebut piala pusingan yang selama ini dirangkul berturut-turut oleh D'Piah FC. Pemain-pemain amatur seawal 12 tahun hingga 60 tahun beraksi kali ini.

Berbekalkan semangat dan rasa iri hati kerana kerap tumpas ditangan D'Piah FC, kali ini semua pasukan kelihatan bersungguh-sungguh untuk menewaskan pasukan copy paste Man U itu. Dengan usaha & sokongan crowd yang padu pada malam itu membuatkan pasukan underdog D'Mamood FC menang dengan lebihan mata. Sukar dijangka ketiga-tiga striker D'Mamood FC yang terdiri dari Mama (Pn Ana karipap), Mama_en & Mamasheta (kini pemain elite UPM... sila semak akhbar kosmo 24 Ogos 2008.. huhuu..) berjaya meloloskan diri beberapa kali bagi menjaringkan gol. Gelecekan & kawalan bola separa semi pro mereka membuatkan pihak lawan kecundang berkali-kali.

D'Mamood FC mengucapkan seplanet terima kasih kepada semua yang terlibat pada temasya kali ini. Thanks to D'Piah FC (Kajang) Mak Teh FC (Bangi), Ampang Pham, Kak Ella's Pham, Uncle Sudin Pham & Sport Planet Kajang, Tanpa sokongan & jeritan tuan puan siapalah kami.... kick today... heal tomorrow..

Piala pusingan yang hampir berkarat setelah setahun dijulang oleh
D'Piah FC berkali-kali... kali ini dan selepas ini... tidak lagi!!!


Lihat betul-betul kilauan piala ini.... buat masuk maggi best
mangkuk kat atas nih... huhuu...


Hamper saguhati kepada pasukan bawah 60 tahun
wanita di sampaikan Madam Mahami.


Anugerah pemain yang paling sabar menunggu kot nih... wakakaaaa.....

Aksi bakal Player D'Mamood FC yang akan mengegarkan seluruh wilayah jajahan celcom tidak lama lagi... dalam 10 tahun lagi kot... huhuu.. (Kelihatan Afiq & D'nee berjaya mengelecek bola melepasi salah seorang pemain D'Piah FC (berbaju hitam) dengan mengunakan teknik one two mereka. (bola terlindung)

Penulis bersama salah seorang ladies striker pada malam itu...

Read more...

9 Months Already?

>> Aug 22, 2008


Tanggal 21 August 2008 genaplah usia Muhammad Dinie Hafiy yang ke 9 bulan. Baby yang suka tersenyum takala wajahnya dirakamkan lensa kamera. Pada bulan ke 9 kelihatan gigi bawah & atas telah tumbuh. 1 dibahagian bawah dan 2 dibahagian atas...

Bila pertukaran bulan berlaku, Dinie menjadi lebih agresif, suka berjaga malam dan cerdik. Sudah pandai bermain remote control ketika mengendalikan permainannya. Bising dengan kata-kata dan jeritan yang kurang kami fahami, pandai berlawak dan suka bermain di bawah meja. Sekarang Dinie lebih suka berada dibahagian pemandu ketika menaiki kereta. Airmata akan keluar jika tidak dapat memegang stering walaupun sesaat. Mungkin perkara sebegini biasa ditempuhi oleh semua keluarga. Tapi buat kami inilah perkara pertama yang kami lalui. Foto diatas adalah foto terkini Muhammad Dinie Hafiy... baby goes 9?.. go cheche..go cheche..


Read more...

Tanjung Malim "Fun Ride & Picnic"

>> Aug 17, 2008

Title : "Fun Ride & Picnic" Tanjung Malim (with The TM Bikers)
Date : 17 August 2008

Location : Start/Finish at Bernam Heritage Resort
Time : 9.00am
Average
Distance : 10km (kalo tak silap)

Tanggal 17 Ogos 2008, Kayuhan Bersekutu TM Bikers, Republic Of Puchong & Yan Brothers telah dilangsungkan di Tanjung Malim yang bertemakan "Fun ride & picnic" telah berjalan dengan jayanya. Lebih kurang dalam 30 riders mengambil bahagian kali ini. Flag Off seawal jam 9.30am yang bermula dari Bernam Heritage Resort terus menuju ke trail yang telah dirancang. Permulaan kayuhan melalui camp site dan seterusnya melalui single trail yang agak berlalang dan penuh jurai-jurayan. Disebelah kiri trail terdapat aliran anak sungai yang membisikan ketenangan sepanjang laluan.

Seterusnya, selepas berehat seketika kayuhan di teruskan dengan pendakian-pendakian ringan sehinggalah sampai ke tebing sungai. Setelah habis menarik powerstick masing-masing semua riders menyeberangi sungai sambil muka berkerut. Jarang junjung basikal beb...

Kemudian kayuhan diteruskan dengan pendakian yang agak menegak dan licin. Ramai berjaya mendaki dan ramai juga berjaya menolak naik basikal masing-masing. Selesai pendakian rider dapat merasai sedikit downhill menuju ke tebing sungai... sekali lagi jumpa sungai. Oleh kerana lokasi perkelahan hanya selepas menyeberang sungai, ramai riders mengambil keputusan untuk mencuba bakat membuat lompatan-lompatan nakal sekitar tebing. Ramai yang berjaya... ramai juga yang berjaya luka.... Sekali lagi arus sungai yang deras diseberangi... rasa sejuk & udara nyaman dirasai.. memang best!

Sampai lokasi perkelahan masing-masing mengeluarkan bekalan makanan dan bermulalah acara masak-memasak, borak-berborak & hisap-menghisap...huhuu.. Quartermaster pada hari itu ialah Bro Enul & Bro A/O... dibantu oleh Bro Al-Bob, Don, Cik Mat, lecturer & lain-lain. Menu menarik lagi da bomb...Talapia merah bakar, Nasi putih, Ikan masak asam, Sardin cili api, kerang rebus/bakar, roti bersalut telur, buah-buahan, biskut, maggi tomyam & macam-macam lagi. Selesai makan ada yang mengambil kesempatan mandi-manda, berborak tentang basikal dan cerita-cerita kedai basikal paling murah... huhuuu... Dengan aliran sungai yang separa deras dan bunyi-bunyian yang mengasyikkan dapatlah juga menenangkan jiwa para riders sebelum menempuh hari Isnin yang sarat dengan beban kerja.

Selesai membersihkan kawasan takluk, Rombongan riders terus menuju ke laluan trail yang menyajikan pendakian-pendakian gersang yang agak panas cuacanyer. Kemudian melalui downhill yang agak mengujakan dan memerlukan fokus yang lebih. Nyaris juga Farid bertumpu dengan aku.. huhuuu... Memasuki ladang getah yang agak panjang sambil melayan dakian-dakian kecil sehinggalah menuju lorong keluar ke tarmac. Kayuhan tarmac melalui kawasan campsite & dusun-dusun durian amat mengujakan, lebih kurang dalam 2km sampai semula ke Bernam Heritage Resort (finishing)

Secara purata kayuhan bersekutu "Fun ride & Picnic" bawaan The TM Bikers kali ini memang menyeronokkan. Jika kayuh seorang diri memang seronok.. kayuh berdua jadi 2 ronok... tapi bila kayuh beramai-ramai sudah menjadi beronok-ronok...

Ikhlasnyer... Terima Kasih buat The TM Bikers.. Bro A/O, Bro Al-Bob, Cik Mat, Bro Bakrie yang sudi melayan kami budak baru belajar sepanjang kayuhan kali ini. Tuan-tuan semua memang Best! best! Dengan harapan menggunung dapatlah kiranyer diadakan berkali-kali lagi selepas ini. Insyaallah sampai jumpa lagi!


Read more...

Melopong di Bukit Cermin?

>> Aug 11, 2008

Title : Melopong Di Bukit Cermin?
Date Ride : 9 august 2008
Location : Bukit Cermin, Putra Height, Puchong
Time : 9am-12noon

Hari nie aku datang ngan Farid Equine.. sampai Puchong jumpa Shahrank & Bro Ijan. Yang lelain tak nampak batang hidung. Tapi kat Bukit Cermin dah ramai bebudak Downhill yang datang utk training. Melopong gak ler nengok beskal-beskal downhill dorang yang rege nyer pergghhhh... Maklum ler kitorang pakai XC nyer beskal layan downhill.. hehee.. control-control. Tapi hujung bulan ada race kategori XC kat sini.. so, dorang ingat kitorang training ler.. huhuu... Kat bawah nie ler aksi-aksi yang dpt aku capture kat area SS1 (dorang panggil)

Read more...

KLCC the History

>> Aug 6, 2008


: A short History about KLCC ::

The towers, which were designed by Argentine architect César Pelli, were completed in 1998. The 88-floor towers constructed largely of reinforced concrete with a steel and glass facade were designed to resemble motifs found in Islamic art, a reflection of Malaysia's Muslim heritage. They were built on the site of Kuala Lumpur's race track. Because of the depth of the bedrock the buildings were built on the world's deepest foundation going down some 120 meters and requiring massive amounts of concrete. In an unusual move, a different construction company was hired for each of the towers, and they were made to compete against each other. Eventually the builders of Tower 2, Samsung Constructions, won the race, despite starting a month behind Tower 1, built by Hazama Corporation, although Tower 2 ran into problems when they discovered the structure was 25 millimeters off from vertical. Due to a lack of steel and the huge cost of importing steel, the towers were constructed on a cheaper radical design of super high strength reinforced concrete.

High-strength concrete is a material familiar to Asian contractors and twice as effective as steel in sway reduction; however, it makes the building twice as heavy on its foundation than a comparable steel building. Supported by 23-by-23-metre concrete cores and an outer ring of widely-spaced super columns, the towers showcase a sophisticated structural system that accommodates its slender profile and provides from 1300 to 2000 square metres of column-free office space per floor. Below the twin towers is Suria KLCC, a popular shopping mall, and Dewan Filharmonik Petronas, the home of the Malaysian Philharmonic Orchestra.

:: Tenants of Petronas Towers ::

Tower One is fully occupied by the Petronas Company and a number of its subsidiaries and associate companies. The office spaces in Tower Two are mostly available for lease to other companies. A number of companies have offices in Tower Two, including Accenture, Al Jazeera International, Bloomberg, Boeing, Exact Software, IBM, Khazanah Nasional Berhad, McKinsey & Co, Microsoft and Newfield Exploration.

The towers feature a sky bridge between the two towers on 41st and 42nd floors. The bridge is 170 m high and 58 m long. The same floor is also known as the podium, since visitors desiring to go to higher levels have to change elevators here. The skybridge is open to all visitors, but passes (limited to c. 1400 per day, which usually run out before noon) must be obtained on a first-come, first-served basis. Passes are free. The skybridge is closed on Mondays. The skybridge also acts as a safety device, so that in the event of a fire or other emergency in one tower, tenants can evacuate by crossing the skybridge to the other tower. However, the total evacuation triggered by a bomb hoax on September 12, 2001 showed that the bridge would not be useful if both towers need to be emptied simultaneously, and the capacity of the staircases was insufficient for such an event. Current plans thus call for the elevators to be used if both towers need to be evacuated, and a successful drill following the revised plan was conducted in 2005.

Outside the building is a park with jogging and walking tracks, a fountain with incorporated light show, wading pools, and a children's playground. Suria KLCC is one of the biggest shopping malls in Malaysia.

Read more...

Dinie Hafiy At Genting Highlands

>> Aug 5, 2008

Title : Genting breezeeeeee... with Dinie Hafiy
Date : 3 & 4 August 2008
Location : First World Hotel, Genting Highlands
Actor : Dinie Hafiy, Qistina Laila, Afiq
Xtras : Mama, Papa, Wan, Atok, Onyang, Pak Cu, Wan Cu, Tok Fabli, Pak P, Pak D, Mama Enul, Mama Lisa, Pak Long, Mak Long & Wan Teh.
(Small scale Family trip D'raispham)



























Read more...
Blog Widget by LinkWithin

Pyzam Glitter Text Maker

KELIWON JC MURAH?

KELIWON JC MURAH?

NAK PINDAH RUMAH? CARI LORI?

NAK PINDAH RUMAH? CARI LORI?
0123113473 - MAZLAN

Rider Down!


  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP