Banyak yang tertinggal

>> Oct 29, 2008

Recap 6 :

"Open House" Aku, Dia & Dinie telah berlangsung pada hari Isnin 27 Oktober 08 di Taman Sri Serdang. Oleh kerana rumah sewaan kami terlalu sempit terpaksalah majlis ini diadakan di rumah bapa/ibu mertua aku. Terima kasih kepada semua ahli keluarga D'Mamood pham yang masing-masing membantu menjayakan majlis ini. Menu tahun ini simple.. antaranya Nasi Lemak kukus, Ayam goreng berempah, Nasi himpit, Masak La-lodeh, Rojak, Mee Kari, Roti Jala kuah kari, Blueberry & Vanilla Muffin, Satay Ayam, Puding, Nata de coco, Ice lemon tea, sirap & air oren cap sunkist. Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin & Tahlil pada jam 12.30pm dan berakhir pada jam 12.30am. Thanks R.O.P gang yang sudi datang.. namely Ms K, Bro Enul & family, Bro Ijan, Din aiskrim, Shah_rank, Ezam & Bro Junai Ipoh. Kalo nak order satay just call me..huhu.. Tak lupa juga buat bebudak Program Electronic, Program Hi-Tech, Baboon & Family, Pak Bond & wife, Zayat (pencinta wanita), Sue jebeng & anak, UPM HEP staff, Fakulti Pendidikan staff, Family Amat Bulu, Budak Bank Ayong, Fakulti Perubatan staff, All our family & neighbours. Also thanks to SYABAS for immediately action. (air takdo wey!) Million thanks to Mama, Ayah, Sarang he, Ayong, Amat, Aboy & Hafiz yang bertungkus lumus bersengkang mata bagi menjayakan majlis tahun ini. Alhamdulillah... hampir 200 tetamu bertandang tahun ini.



Recap 5 :

Majlis rumah terbuka Dato Din & Datin Mas yang diadakan di Olympic Hotel Kuala Lumpur. Ramai artis weyyy!! Sorry Dato, aku dah terduduk kat VIP area... huhuuu...



Recap 4 :
Majlis pernikahan dan persandingan Eddi & Ainul (cousin Awin) telah berlangsung di Bangi pada 25 & 26 Oktober 08. Pernikahan diadakan di Masjid berhampiran Al-Ikhsan Bangi & persandingan diadakan di dewan Warisan UKM Bangi.



Recap 3 :
Bulan Syawal ini juga berlaku peristiwa-peristiwa mengejutkan yang melibatkan ahli-ahli keluarga aku. Kes 1 - melibatkan nenek sebelah Awin yang terjatuh ke dalam longkang ketika pulang dari solat subuh di masjid. Akibatnya, bahu & rahang gigi beliau patah. Kes 2 - Sepupu Awin (Khaleeda) telah berhari Raya di Hospital Serdang sehingga beberapa minggu akibat terkena percikan minyak panas ketika mengoreng kuih raya (loyang). Lecuran tahap 14 dan terpaksa buat pembedahan untuk tampal kulit baru. Kes 3 - Pak Cik Ipin (wakil Kuala Selangor) telah dikejarkan ke hospital Sabak Bernam akibat terjatuh dari tangga rumah mak aku kat kampung sehingga tertiarap diatas tv yang baru aku beli sempena Raya. Puncanya saluran jantung tersumbat & kencing manis yang mendadak naik. Selepas sehari didalam bilik ICU, baru dia sedarkan diri. Kes 4 - Selang 2 hari Mak Lang aku yang tinggal di Port Klang telah dikejarkan ke HUKL akibat terjatuh dari bilik air. Beliau di masukkan ke ICU akibat tidak sedarkan diri. Pembedahan dijalankan bagi membuang darah beku dalam kepalanya. Kes 5 - 2 hari kemudian Mak Uda aku yang tinggal di Puchong dimasukkan ke hospital Putrajaya akibat kencing manis. Keadaan fizikalnya sangat membimbangkan kerana beliau kurang selera makan. Kes 6 - Terbaru Faiz a.k.a godoy (sepupu Awin) telah ditahan di hospital Serdang akibat demam denggi.

Faiz a.k.a Godoy sebelum di kejarkan ke hospital

Recap 2 :
Dinie hafiy bulan ke 11.. Terbaru perlakuan yang suka mengigit orang lain. Selalunya Qistina & Afiq yang menjadi mangsa. Tak kurang juga mama & papa dia sekali dia gigit.



Recap 1 :
Kami sekeluarga menyambut Hari Raya Aidil Fitri tahun ini di Sungai Besar, Selangor (my hometown) Buat pertama kalinya juga Dinie menyambut Hari Raya bersama Papa,Mama, Opah & ahli keluarga aku yang lain. Comel mengenakan baju melayu kuning pada pagi raya. Namun hasrat Dinie ingin mengenakan sepasang baju melayu tidak berjaya dek kerana seluarnya yang terlalu sendat. huhuu... Dinie tu kan celomok... terpaksalah pakai seluar khakis je.


0 comments:

Blog Widget by LinkWithin

Pyzam Glitter Text Maker

KELIWON JC MURAH?

KELIWON JC MURAH?

NAK PINDAH RUMAH? CARI LORI?

NAK PINDAH RUMAH? CARI LORI?
0123113473 - MAZLAN

Rider Down!


  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP