Putrajaya Critical Mass Cycle 7

>> Nov 3, 2008


Date : 31 October 2008
Time : 9.30pm
Location : Putrajaya, Malaysia
Average Distance : 22km

Critical Mass is a monthly mass bike ride promoting cycling as a fun and healthy alternative to driving. Critical Mass rides occur on the last friday of every month in over 200 cities worldwide. Now we ride Putrajaya, Malaysia....

Alhamdulillah dengan limpah kurnianya berjaya juga aku "punch card" bagi menyertai Putrajaya Critical Mass kali ke-7 tahun ini. Dulu memang sama-sama R.O.P, Daoh, Apai dan lelain kayuh setiap malam jumaat kat Putrajaya. Namun setelah impian Daoh untuk menganjurkan Critical Mass berjaya aku pulak yang kritikal masa nak join dorang. Seingat aku PCM kali pertama aku datang naik kereta je bawak family jalan-jalan kat Putrajaya. PCM seterusnya pulak asyik busy dengan drawing kat ofis & di rumah. Lagipun jumaat malam memang terpaksa mengalah disebabkan wife aku main futsal. So, terpaksalah aku jaga Dinie kat rumah ataupun kat tepi pitch. Hati meruntun.. jiwa tertekan.. aku tak kira.. PCM kali nie aku nak join jugak.

Memandangkan hari Jumaat aku bercuti dan berada di kampung bagi urusan pernikahan adik aku, terpaksalah aku bertolak dari kampung. Lebih kurang pukul 4.00 petang aku start journey dari kampung dan sampai Serdang sekitar jam 6.15 petang. "Paaa... malam nie nak celebrate bird..day kat mana?" Aisey! malam nie nak kayuh ler.. join PCM" hehee.. muka wife aku berkerut siot... Kedengaran suara kakak ipar aku plak... "Pegi news KTV ler.. beli small cake dah ler.. kita tong..tong.." Mak mertua aku plak sound.. "Jom! bird..day boy belanja makan" Aduuuhhh!! musnahlah harapan PCM aku kali nie.

Selepas solat maghrib aku inform wife lagi.. "u.. nak ler join PCM malam nie.. huhuuu..." Nada serius.. Ok! tapi jangan balik lewat! Yes! Yes!! Dapat lesen wey!!! Kali nie aku betul-betul berkobar join PCM. Berbekalkan itik kuning yang ter-screw rapi kat handlebar aku terus ride dari Presint 9 (depan The Star office) menuju ke Presint 1 dan seterusnya melalui Lebuh Perdana Timur berhampiran Alamanda. Selepas sedikit dakian terus menuju ke Persiaran Timur yang merupakan long distance highway yang memaksa pendakian tarmac berpanjangan. Sebelum meneruskan kayuhan sempat jugak merakamkan gambar-gambar kayuhan rider lain. Seterusnya memasuki Persiaran Selatan menuju ke PICC. Kelihatan semua rider berhenti rehat sambil berfoto.

Selesai berkongsi sebatang rokok kayuhan diteruskan menuju ke Presint 4, Presint 3 Presint 2, Presint 8 dan akhirnya ke Presint 9. Akhirnya dapat juga men"join"kan diri pada sesi kayuhan PCM kali ke-7 ini. Selamat dah satu episod..huhuuu...

2 comments:

Anonymous November 26, 2008 at 5:39 PM  

lagu proud to be malaysian tu band maner yg main? mcm familiar je lyrics dia?

Haitsan December 1, 2008 at 8:34 PM  

kalo tak silap the official kot..hoi

Blog Widget by LinkWithin

Pyzam Glitter Text Maker

KELIWON JC MURAH?

KELIWON JC MURAH?

NAK PINDAH RUMAH? CARI LORI?

NAK PINDAH RUMAH? CARI LORI?
0123113473 - MAZLAN

Rider Down!


  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP